Novel Calon Menantu Hantu
Novel Calon Menantu Hantu | Novel terbaru Fajar Pakeer karya Hani Amizan.
Sinopsis Novel Calon Menantu Hantu
Dia YUSUF ABID, dan aku BUNGA AISHAH. Dia orang panggil Usop Hantu, manakala aku pula orang sapa Ecah, Ecah? Tak glamour langsung, tapi tak apalah, nama Ecah lebih baik daripada digelar hantu macam Usop dan wajarlah orang gelar dia hantu.
Dalam semua orang menyapa diriku dengan nama Ecah, hanya Usop sahaja yang memanggil namaku dengan panggilan Bunga. Bila kutanya mengapa memanggil namaku Bunga? Sahutnya kerana hidungku kembang seperti bunga raya.
Kenyataan berani mati Usop buat hatiku marah. Suka sangat cari pasal
"Tengok sayur ke tu? - USOP HANTU"Taklah, tengok anak ayam." - BUNGA
"Ceh, belajar tinggi-tinggi, sampai keluar negara, tapi sayang tak juga bijak. Sayur dengan anak ayam pun tak dapat beza. Rabun ke buta?" - USOP HANTU
Setiap kali berjumpa, setiap kalilah Usop akan cari pasal dengan Bunga. Kenapalah dia jadi macam tu?! Ada masalah jiwa atau kurang kasih-sayang?
Tapi, bila selalu sangat bergaduh, tiba-tiba Usop senyap tanpa usikan. Bunga rasa kosong dan rindu pada usikannya. Bila dapat tahu Usop sudah bertunang, rasa rindu itu perlahan-lahan pergi. Namun satu kejadian yang tak disangka telah mengubah kehidupan Bunga dan Usop.
"Awak dah patahkan tulang saya, awak juga dah hampir patahkan hati saya." - USOP HANTU
"Maaf, saya tak sengaja. Kalau awak nak tuntut ganti rugi...sila berikan jumlahnya. Saya akan cuba cari duit dan bayar." - BUNGA
Ganti rugi yang Usop mahukan bukan berbentuk wang ringgit namun ganti ruginya adalah sekeping hati kepunyaan Bunga. Benci? Cinta? Peratus manakah yang mendominasi hati Bunga? Adakah Bunga dan Usop antara manusia yang ditakdirkan untuk merasa luka dan bahagia?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2018/11/novel-calon-menantu-hantu.html