Calon Berbeza Pandangan Pemilihan Cabang Julau


KUALA LUMPUR: Calon pemilihan PKR berbeza pendapat berhubung keputusan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR semalam yang menerima keputusan pemilihan Cabang Julau, Sarawak.
Calon Naib Presiden PKR, Datuk Johari Abdul, menganggap ia bukanlah keputusan ‘rasmi’ memandangkan masih banyak isu berbangkit yang belum diselesaikan sepenuhnya oleh JPP.
Kata Johari, banyak isu yang dibangkitkan sebelum ini seperti masalah undi ragu, pencerobohan data, jumlah pengundi yang berbeza dan sebagainya masih tidak diselesaikan dengan sepenuhnya.
”Difahamkan, Biro Politik PKR akan mengadakan mesyuarat malam ini bagi membincangkan perkara berkenaan.
“Terima atau tidak keputusan JPP itu, semuanya terpulang kepada hasil mesyuarat itu nanti,” katanya ringkas ketika dihubungi NSTP, hari ini.
Beliau mengulas laporan mengenai keputusan JPP, semalam yang menerima pakai keputusan pemilihan PKR Cabang Julau dan tidak akan mengadakan pemilihan semula memandangkan perincian undi yang direkodkan dan analisis teknikal menunjukkan tiada undi yang tercicir dan keputusan pengundian berkenaan sebenarnya boleh diterima pakai.
Pengerusi JPP PKR, Datuk Rashid Din, dalam kenyataannya, berkata analisis hasil kiraan undi membuktikan semua data selamat dan berjaya dimuat naik ke pelayan sistem walaupun terdapat aplikasi e-undi pada enam unit tablet sudah disapu bersih oleh perisian-perisian “Prey Anti-Theft.”
Kata Rashid, pihaknya juga mengadakan mesyuarat semalam dan mendengar penjelasan daripada Unit Operasi serta Unit Sistem dan IT serta mengambil kira laporan teknikal daripada pihak pembangun sistem e-undi.
“Keputusan pemilihan PKR bagi Cabang Julau, Sarawak akan dimuat naik dalam portal rasmi Pemilihan Parti (www.pemilihan keadilan2018.com) dalam masa terdekat,” katanya.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Keadilan yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, pula berkata tiada rumusan mengenai hal berkenaan sehingga pengumuman rasmi keputusan pemilihan itu dilakukan dan ahli parti diminta supaya kekal tenang.
Begitupun, kata Nik Nazmi, pimpinan parti perlu mengambil perhatian terhadap pelbagai aduan yang dikemukakan sepanjang pemilihan itu tanpa mengira ia daripada ‘pasukan’ mana sekalipun.
“Ahli parti pelbagai latar belakang sudah keluar mengundi pada pemilihan kali ini dan undian dilakukan berdasarkan idealisme bukannya warna kulit atau kepercayaan.
“Sehubungan itu, pihak JPP seharusnya mengambil langkah yang sesuai bagi memastikan ketelusan dan integriti pemilihan parti bukan sahaja untuk kali ini tetapi pada pemilihan akan datang,” katanya menerusi kenyataan, di sini.
Sementara itu, seorang lagi calon Naib Presiden, Tian Chua berkata beliau secara peribadi menganggap keanggotaan Cabang Julau penuh bermasalah dan kontroversi, ia sepatutnya diselesaikan sebelum pemilihan lagi.
Namun, kata Tian Chua, pihak JPP sudah memutuskan untuk menerima keputusan pemilihan cabang berkenaan dan pihaknya akur dengan keputusan itu.
“Saya akur namun pada masa sama berharap pembaikan senarai keanggotaan dapat diteruskan.
“Mengenai mesyuarat Biro Politik PKR pula, mereka tiada kuasa untuk mengatasi keputusan yang sudah diambil JPP,” katanya kepada NSTP.
The post Calon Berbeza Pandangan Pemilihan Cabang Julau appeared first on MySuara.Net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mysuara.net/berita/calon-berbeza-pandangan-pemilihan-cabang-julau/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Ada Pihak Cuba Membeli Yb Larry Sng Calon Ketua Cabang Julau

Kenapa Ada Pihak Cuba Membeli Yb Larry Sng Calon Ketua Cabang Julau

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 989 hits
Fakta Keanggotaan JulauHakikatnya menurut kenyataan rasmi KEADILAN melalui Sdr Fahmi Fadzil selepas permohonan keanggotaan pada 26 Jun 2018 proses bantahan keanggotaan bermula sehingga 17 Julai 2018 Bermula 26 Jun sehingga 17 Julai 2018 tia...
Pemilihan Pkr 10 Unit Tablet E Undi Cabang Julau Diceroboh Perisian Prey Anti Theft

Pemilihan Pkr 10 Unit Tablet E Undi Cabang Julau Diceroboh Perisian Prey Anti Theft

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 322 hits
JULAU Sepuluh unit tablet e undi yang digunakan untuk pemilihan Parti Keadilan Rakyat cabang Julau didapati telah dipasang perisian Prey Anti Theft Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti PKR Datuk Rashid Din dalam satu kenyataan di sini ber...
Polis Rampas 7 Tablet Keputusan Pemilihan Pkr Cabang Julau Ditangguhkan

Polis Rampas 7 Tablet Keputusan Pemilihan Pkr Cabang Julau Ditangguhkan

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 365 hits
JAWATANKUASA Pemilihan Pusat terpaksa menggantung keputusan pemilihan cabang Julau Sarawak selepas pihak polis merampas 7 tablet yang digunakan untuk mengundi Perkara itu diberitahu oleh ketua jawatankuasa itu Datuk Rashid Din Katanya penan...
Mengenai Keanggotaan Di Cabang Julau Dan Pemilihan Keadilan

Mengenai Keanggotaan Di Cabang Julau Dan Pemilihan Keadilan

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 334 hits
KENYATAAN MEDIAMengenai Keanggotaan di Cabang Julau dan Pemilihan KEADILANMesyuarat Biro Politik KEADILAN malam tadi telah membincangkan beberapa perkara berkait pemilihan parti termasuk isu keanggotaan di Cabang Julau Biro Politik KEADILAN...
Bagaimana Sabotaj Pemilihan Keadilan Di Julau Dijalankan

Bagaimana Sabotaj Pemilihan Keadilan Di Julau Dijalankan

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 280 hits
Siapa yang ada akses pada tablet pengundian jam 4 pagi dan yang ada kuasa sentuh tablet bagi aktifkan perisian semasa pengundian selain pengundi Bagaimana sabotaj di Julau dijalankan 1 Tiba tiba sewaktu tempoh mengundi ditukar kepada offlin...
Pemilihan Semula Pkr Tiga Cabang Di Sabah Hari Ini Esok

Pemilihan Semula Pkr Tiga Cabang Di Sabah Hari Ini Esok

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 332 hits
SINAR HARIANGambar hiasan Foto Bernama KOTA KINABALU Pemilihan PKR bagi tiga cabang di Sabah diadakan semula berikutan keputusan pemilihan pada 3 dan 4 November lepas yang ditangguhkan berlangsung mulai hari ini dan esok Tiga cabang berkena...
Latheefa Persoal Wan Azizah Ke Julau Menjelang Pemilihan Pkr Sarawak

Latheefa Persoal Wan Azizah Ke Julau Menjelang Pemilihan Pkr Sarawak

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 346 hits
November 7 2018 10 04 AMLatheefa Koya berkata orang ramai berhak tahu tujuan lawatan Wan Azizah Wan Ismail ke Julau menjelang pemilihan PKR Sarawak PETALING JAYA Ahli Jawatankuasa Pusat PKR Latheefa Koya mempersoalkan lawatan Presidennya Da...
Pemilihan Semula Di Julau Satu Proses Sukar Rafizi

Pemilihan Semula Di Julau Satu Proses Sukar Rafizi

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 398 hits
JULAU Calon Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli bimbang jika pemilihan semula terpaksa dilakukan di Cabang Julau berikutan masalah teknikal yang dihadapi ketika proses pengundian di cabang itu semalam Rafizi berkata kebimbangan itu bukan sah...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi