Norwex Kain Buruk Kayangan Memudahkan Kerja Membersih
hai assalammualaikum
Norwex, Kain Buruk Kayangan, Memudahkan Kerja Membersih - Terjebak juga ye dengan kain buruk kayangan ni. Sana sini kain Norwex tu lalu timeline, tak facebook, ada dekat instagram, ada juga dekat twitter. Mula tu memang pejam mata jela, malas nak layan, tapi layan jugala demo kain Norwex punya video, gambar tu semua, yela dah lalu kan. Tiba-tiba, dalam hati, ' bestnya tengok, guna air je. Lap apa pun boleh, senangnya '..arghh sudah. Sabar nad, sabar..kain biasa, harga murah je kau guna, sama je kain buruk juga. Sekaliiiiiii....jeng,jeng,jeng..Kain Norwex sampai dekat rumah..kihkihkih.
Orang cakap belum cuba belum tau. Nad ingatkan sama je macam kain buruk biasa tapi tak ye. Kain Norwex ni banyak jenis, ada untuk kitchen, window, kereta, lantai, tuala, haishh banyak la. Tapi nad punya yang penting jela, kain Norwex Kitchen, Norwex Window dan Norwex Enviro.
Norwex, Kain Buruk Kayangan, Memudahkan Kerja MembersihKain Norwex ni microfibre, boleh hilangkan kotoran dengan hanya menggunakan air sahaja.produk Micofibre Norwex mengandungi BacLock yang boleh membersih dengan mudah secara menyeluruh apabila basah. Lepas pakai kain Norwex ni, nad nampak bezanya. Kerja membersih, mengelap jadi mudah dan menjimatkan masa. Macam sebelum ni, Nad kerap tukar kain buruk sebab setiap kali bersihkan dapur, cermin, atau apa sahaja, kain tu akan kotor dan hitam, yela kerap guna. Lagi kalau bersihkan dapur, kain akan melekit, berminyak.. Setiap tempat lain-lain kain. tapi semua kain jadi sama, hitam dan kotor, kemudian berbau
Lagi kalau dapur berminyak, sambal, kain biasa akan jadi berminyak dan melekit. Tapi bila guna Norwex Kitchen, hanya basahkan kain, kemudian lap je macam tu. Walaupun dapur berminyak, kesan sambal merecik, lap je guna kain tu, terus bersih. Kain pulak bila dibersihkan semula dengan air takde melekit, takde berminyak. Jimat spray dan sabun dan tak perlu guna selalu
Sebelum ni, nad akan bersihkan cermin atau apa sahaja, dengan pencuci-pencuci lain, macam sabun, kemudian spray, atau suratkhabar, tapi dengan kain Norwex, nad hanya guna dua kain sahaja iaitu Norwex Enviro dan Norwex Window untuk bersihkan cermin, peti ais, dan benda-benda berkilat ni la. Oh dua kain ni pun boleh digunakan untuk bersihkan kabinet
Cara nad guna, nad akan bersihkan kain Norwex Enviro tu untuk mengelap. Kain Enviro ni bagus tau sebab kain ni mengelap segala kekotoran tanpa tinggalkan kesan pun. Lepas tu nad guna Norwex Window tanpa basahkan, kering sahaja untuk lap lagi, macam polish bagi berkilat. Memang berkilat habis setiap cermin, peti ais, kabinet.
Macam cermin, peti ais, sebelum ni pakai kain biasa macam ada tompok-tompok macam tu, masih ada kesan garisan lagi kat cermin, even guna pembersih cermin jenis tarik tu, tapi pakai kain norwex terus kilat.. Takde tompok, takde kesan kotor.
Oh, nad pun ada cuba-cuba lap almari ikea anak, dengan Norwex Enviro, eh tak sangka contengan anak buat dekat almari tu hilang. Tapi biasalah kena sental sikit. Korang boleh nampak dekat video nad buat tu. Puas hati tau
Video nad bersihkan kitchen, peti ais, cermin dan almari ikea anak. Tengokla, betapa mudahnya kerja membersih
Kain mengikut jenis tempat permukaan yang sesuai.
Nad boleh nampak beza pakai kain Norwex ni. Nad boleh cakap kain ni memudahkan kerja membersih, menjimatkan masa dan tenaga. Korang ingat kerja membersih tu tak penat ke, tiada siapa suka kerja membersih ni, sebab tu kadang ada orang sanggup upah orang untuk bersihkan rumah. Dengan kain Norwex ni, korang akan jadi suka untuk membersih
Lagi satu kain Norwex ni tak berbau walau dah berulng kali pakai. Kelebihan Kain Norwex
Norwex Enviro - E untuk segalanya, bersihkan setiap bahagian rumah sama ada menggunakannya kering atau basah, ia dapat mengangkat zarah-zarah debu dan kotoran terkecil ke kotoran dan menghalangnya daripada menetap di permukaan, dan juga mengeluarkan minyak minyak dengan hanya air.
Norwex Kitchen - Kain dapur sangat sesuai untuk dapur kerana tidak setebal kain enviro, oleh itu ia kering dengan cepat. Keluarkan minyak gris dengan berkesan juga! Boleh nampak nad dah tunjukkan kain tu berkesan membersih minyak, sambal dengan berkesan. Boleh dilipat dan dilipat semula untuk membuat beberapa permukaan untuk pembersihan tanpa henti.
Norwex Window - Kain tingkap berfungsi sebagai kain pengilat untuk tingkap, barang kaca, pintu pancuran, cermin dan juga perhiasan. Kain ini sesuai digunakan kering. Anda boleh menyemburkan permukaan dengan sedikit air dan kemudian menggunakan kain tingkap untuk mengeringkan dan menggosok atau hanya menggunakan kering untuk menggosok
Oh nad suka lagi, kain ni bila basuh, lepas diperah, dia tak menitik-nitik air dekat kain
Cara Menjaga Kain Norwex - Jangan gunakan peluntur, pelembut fabrik atau lapisan pengering apabila mencuci microfiber, ia akan menyeliputi fibre dan mengurangkan keupayaannya membersihkan dengan berkesan
- Cuci tuala microfibre berasingan atau dengan pakaian bebas tiras. Keringkan sepenuhnya
- Bilas sekejap tuala mikrofiber dengan air suam yangmengalir dan sidai hingga kering atau masukkan dalam mesin pengering
- Norwex pun ada sabun tersendiri, untuk hasil terbaik, gunakan detergen dobi yang bebas dari bahan pemekat, Norwex Ultra Plus laundry detergent.
Korang kena cuba. Try tiga kain nad guna ni Norwex Kitchen, Norwex Enviro dan Norwex Window. Boleh roger instagram @mandy_sim. Nak tanya apa, tanya je, dia boleh jawab. Ada banyak jenis lagi kain Norwex ni. Korang boleh contact mandy sim di 017 334 9119
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2020/11/norwex-kain-buruk-kayangan-memudahkan.html