Kain Buruk Kayangan Atau Kain Lap Norwex
KAIN BURUK KAYANGAN ATAU KAIN LAP NORWEX | Seminggu dua ni heboh betul orang bercerita tentang kain buruk kayangan ataupun kain lap jenama Norwex. Memang panas sungguh cerita pasal kain buruk ni. Bukan sebarangan kain buruk tau. Bukan saja cerita tentang keberkesanan kain Norwex ni saja yang menarik malah harga nya tu yang buat lebih ramai orang bercaKap tentang kain NORWEX.
Apa itu kain NORWEX?Kalau sebut Norwex pun dah tahu jenama ni asalnya dari Norway. Sejak 2019 jenama Norwex berjaya memasuki pasaran Malaysia . Kain Norwex ni digunakan untuk mencuci permukaan dengan hanya menggunakan air sahaja. Contohnya macam permukaan meja, cermin, lantai dan macam-macam lagi.Sebab tu lah kain ni juga digelar sebagai kain magic.
Kain lap idaman para suri rumah ni khusus untuk penjagaan rumah dari dapur sampai la kedapan pintu pagar korang. Hebat tak?
Ciri Ciri Istimewa Kain NorwexKain Norwex terdiri dari beberapa koleksi kain yang menakjubkan yang berfungsi seperti berikut:
Keluarkan semua gris dari dapur gas, kuali, meja makan dan sebagainya! Tak perlu sebarang bahan pencuci.
Bersihkan pinggan, mangkuk dan peralatan makanan anda dengan hanya kain Norwex dengan air biasa sahaja, tanpa gunakan sabun!
Bukan sahaja dapur, ia boleh digunakan untuk bersihkan seluruh rumah anda!
Kain muka Norwex, dengan menggunakan air sahaja, membolehkan golongan wanita menanggalkan make-up dalam masa seminit
Kain mandian bayi Norwex membolehkan ibu bapa mandikan bayi mereka tanpa memerlukan sabun! Dalam kain tersebut ada ciri-ciri istimewa untuk menghapuskan 99.999% bakteria!
Ada juga kain Norwex untuk bersihkan dan mengilatkan kereta dan bahagian krom seperti baru habis polish!
Benda-benda krom di keliling rumah, tingkap, glas partition mandi dan sebagainya boleh dikilat seperti baru!
Harga kain NOrwex
Ni cuma sebahagian sahaja. Ada Banyak lagi jenis kain Norwex yang boleh korang beli. Nak tahu harga nya kena tanya la siapa yang menjual nya. Dah ramai yang jual kain Norwex ni. Selain tu juga ada juga kain khas untuk penjagaan diri yang terdiri daripada:
Makeup Removal Cloth SetFacial Pads,Exfoliating Facial MittHand TowelBody Pack, graphite
Dari apa yang kawan-kawan saya ceritakan , pengalaman mereka menggunakan kain Norwex ni sangat lah memuaskan hati. Ada yang dari pengguna dah jadi salah seorang agent jualan kain Norwex
InsyaAllah , kalau ada rezeki lebih saya pun nak try juga kain Norwex ni
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.dianarashid.com/2020/11/kain-buruk-kayangan-atau-kain-lap-norwex.html