Normalkah Baby Tidur Semalam
Biasanya ibu akan mengalami masalah bila anak tak mahu tidur malam dan ia turut menjejaskan kesihatan ibu yang perlu memberi perhatian pada si kecil. Tapi berbeza pula bila bayi sering tidur normalkah?
Ya, setiap bayi berbeza-beza di mana ada yang mudah tidur dan ada juga yang tidak. Bayi yang sukar tidur malam mungkin berasa lapar atau dia inginkan waktu dengan anda.
Hal ini kerana, dalam beberapa bulan pertama, bayi akan kerap minta payudara setiap masa. Ia bukan sekadar untuk hilangkan rasa lapar, tapi lebih kepada tempat kehangatan, keakraban dan rasa nyaman saat menyusu bersama si ibu.
Sebab itu, menyusu bukan untuk pertumbuhan fizikal bayi saja, tapi ia sama penting dengan perkembangan keseluruhan si kecil.
Persoalannya, bayi sering tidur normalkah? Ya, ia normal sebagai tanda dia kenyang kerana menyusu sebelum tidur dan tidak lagi perlu berjaga di malam hari.
Bayi sering tidur normalkah dan apa yang anda patut buat?
#1. Kurangkan minum susu di waktu malam
Untuk mengelak bayi dari terjaga di tengah malam, kurangkan penyusuan di malam hari. Anda boleh melakukannya selama seminggu hingga bayi tak lagi berjaga malam untuk minum susu.
#2. Mengikut jam tidur yang betul setiap hari
Lakukan rutin tidur yang sama setiap hari akan membantu si kecil tidur dengan lebih mudah dan nyenyak. Beberapa strategi boleh dilakukan seperti mandian hangat sebelum tidur, membaca buku berkaitan kisah dogeng atau pelukan mesra.
#3. Jangan “poo poo” di waktu malam
Biasanya si kecil terjaga bila lampin basah dengan kencing atau najis. Jadi, jika anda lihat lampin sudah penuh, segera ganti dan cuci punggungnya dengan cepat sebelum tiba waktu tidur.
Jika memang anda perlu tukar lampin si kecil semasa dia sedang tidur, lakukan dengan lampu redup dan jangan buat bising kerana dia boleh terjaga.
#4. Jangan terburu-buru memberinya susu
Ketika si kecil terbangun lalu menangis, anda harus tunggu sebelum menawarkannya payudara atau botol susu.
Dia mungkin ingin bermain sementara waktu dan cuba tenangkannya dengan lagu berentak perlahan seperti berselawat atau mengalunkan ayat suci Al-Quran.
Semakin cepat anda mengajarnya tentang ini, kemungkinan besar dia akan tidur sepanjang malam.
Tapi, kenapa bayi selalu terjaga di malam hari?
Antara beberapa alasan bayi bangun malam adalah kerana:
Bayi ingin luangkan banyak masa bersama ibu Gigi baru tumbuhDalam fasa perkembangan seperti merangkak, bercakap dan lain-lain Demam Alergi atau ruamLampin basah Lapar Semoga bermanfaat.
Sumber : The Asian Parent
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://blogpetua.blogspot.com/2019/01/normalkah-baby-tidur-semalam-tidak.html