Normalisasi Dan Hilangnya Sensitiviti Beragama




Sedari kecil hasil didikan oleh ibu ayah juga guru di sekolah, kita tahu tentang apa itu malu, apa itu aurat, perbuatan apa yang salah dan perbuatan apa yang betul. Kita tahu membuka pakaian (baik lelaki atau perempuan) di khalayak awam adalah perkara memalukan, kita tahu pasangan berkelakuan secara intim di khalayak awam adalah salah dan memalukan, kita tahu apabila seorang wanita Muslimah berjoget di khalayak awam adalah salah dan begitulah seterusnya

Tetapi hari ini dalam era kecanggihan teknologi, kita terdedah dan mampu melihat segala perbuatan yang salah, perbuatan yang berdosa dan perbuatan yang memalukan, hampir pada setiap masa. Semuanya menjadi tontonan umum. Mula-mula kita rasa, eh…tak senonohnya pakaian si polan ni ketat sana sini, eh…tak malunya berpeluk intim suami isteri pun nak tayang, atau, eh…iklan jual pakaian ‘muslimah’ tapi bukan main modelnya berjoget . Itu mula-mula

Esok, lusa dan hari-hari seterusnya, mata kita mula terbiasa dengan perbuatan-perbuatan tersebut. Hati mula menerima itu semua sebagai kebiasaan zaman sekarang. Atau fikiran mula memproses, alah biarlah. Dosa masing-masing kot. Proses normalisasi telah berlaku!
Dan selepas itu yang lebih parah, tiada lagi penolakan di dalam hati kita pada perbuatan yang salah lagi berdosa. Kita sudah hilang sensitiviti dalam beragama! Kita tak lagi merasa apa yang salah adalah salah dan perbuatan yang salah harus ditegur. Biarpun selemah-lemah teguran hanya mampu bergumam sendiri atau terdetik di dalam hati, itu cukup menandakan kita masih ada sensitiviti beragama

Solusinya? Marilah kita belajar mengawal diri (lebih tepatnya mengawal mata) daripada melihat perbuatan tersebut. Unfollow, unlike, scroll laju-laju atau apa sajalah yang membuatkan mata kita jangan dibiasakan dengan melihat perbuatan yang salah. Ingatkan diri dan ahli keluarga apa yang boleh dilihat dan apa yang perlu dihindari. Mari kita jaga mata, demi menjaga agama


*Penulisan ini juga sebagai peringatan buat diri saya sendiri kerana setiap hari kita perlu cuba memperbaiki diri







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2022/03/normalisasi-dan-hilangnya-sensitiviti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kunjungi Banyuwangi Wamenag Serukan Moderasi Beragama

Kunjungi Banyuwangi Wamenag Serukan Moderasi Beragama

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 201 hits
Zainud Tauhid juga menjelaskan bahwa program moderasi beragama yang dicanangkan oleh Indonesia menjadi perhatian sejumlah negara Salah satunya adalah Arab Saudi
Waktu Hilangnya Islam Ustaz Wadi Annuar

Waktu Hilangnya Islam Ustaz Wadi Annuar

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 609 hits
Islam akan lenyap Lenyapnya tuan tuan lenyap ni sehingga tidak ada satu masjid pun di atas muka bumi Allah yang meluangkan azan Haih bila itu usta pernah berlakukah Jawapannya dekat dekat dengan kiamat Bermula malam ni tuan tuan baca je had...
Menyoroti Hilangnya Satwa Liar Dengan Lukisan Raksasa Di Pantai

Menyoroti Hilangnya Satwa Liar Dengan Lukisan Raksasa Di Pantai

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 176 hits
Menyoroti Hilangnya Satwa Liar dengan Lukisan Raksasa di Pantai Gambar hewan yang dibuat oleh Sand in Your Eyes itu untuk menyikapi dan menyoroti kekhawatiran anak muda atas hilangnya satwa liar di Scarborough
Hilangnya Kambing Hitam Politik Malaysia

Hilangnya Kambing Hitam Politik Malaysia

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 318 hits
Hilangnya Kambing Hitam Politik Malaysia Selepas mendengar berita pengunduran Lim Kit Siang daripada politik saya membaca kembali buku yang ditulis Ooi Kee Beng tentang politikus veteran itu Membaca sejarah pengalaman Kit Siang berpolitik s...
Jadual Sukan Sea 2025 Team Malaysia

Pu Rahmat Ikhsan Tular Di Aceh Momen Sebak Sukarelawan Malaysia Santuni Mangsa Banjir

Malaysia S Young App Creators Are Ready For The World

Lirik Lagu Aku Bukan Cinta Nyanyian Pasya

Uma Racing Stage 1 Malaysia Coil Plug Air Filter Iridium Spark Plug

Pagi Urus Mama Petang Settle Laptop

Best Vin Lookup Services In 2026

Asal Usul Pemutar Skru


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Attention

Skuad Harimau Malaya B 23 Sesi Pemanas Badan Menjelang Perlawanan

China Mencatat Rekod Surplus Perdagangan Usd 1 Trilion Pencapaian Baharu Ekonomi

Johari Ghani Minta Jangan Politikkan Isu Uec Hormati Pilihan Pendidikan Rakyat

Minta Sunting Gambar Konvokesyen Terhibur Lihat Hasil Tukang Edit

Warm Hearted Holiday Home Decorating And Sanitation Strategies