Nor Aina Bayi 8 Bulan 20 Hari
Assalamu'alaikum semua. Lama Tedi tak jenguk interpretZZ ni setelah diberi kritikan oleh penganalisa Google bahawa interpretzz ini tiada kandungan. Apa maksud tiada kandungan? Ada 1000 lebih kiriman dalam interpretZZ ni... takkan tiada kandungan kot? Ada pendapat yang menyatakan bahawa blog interpretZZ ini terlalu banyak gambar berbanding teks seperti kesukaan Google. Ah pedulikanlah, suka hati Tedi lah nak kirim apa pun... Tedi nak bina interpretZZ ni untuk masa depan, supaya senang tengok balik gambar-gambar Aina dan ahli keluarga yang lain nanti. Sudah tentulah Tedi ada album peribadi yang boleh dikongsi kepada keluarga secara peribadi namun ia tiada cerita di mana, bila, peristiwa apa dan sebagainya.
Gambar kolaj yang dijana Google Photos iaitu gambar Nor Aina semasa dia masih lagi seorang bayi berusia 8 bulan dan 20 hari. Gambar ini dirakam di Kota Warisan di Sepang di Selangor di Malaysia tetapi Tedi tidak dapat menjejak di kedai makan mana di Kota Warisan.
Jarang kami makan di Kota Warisan selalunya di medan selera di sana, kedai sotong besar, dan beberapa kedai makan lain. Melihatkan gambar ini tampak Nor Aina masih lagi sopan duduk atas bangku kanak-kanak semasa menemani Mummy dan Master makan malam.
Gambar menunjukkan jam 10 malam pada hari Jumaat, mungkin sahaja Mummy dan Master baru balik kerja.
Kolaj Nor Aina semasa masih seorang bayi perempuan berumur 8 bulan 20 hari
# Friday, 10 November 2017, 22:08 # 20171110 # DSC_000039-COLLAGE # Jalan Warisan Megah 1/6, Kota Warisan, 43900 Sepang, Selangor # RPG4+44 Sepang, Selangor #Gambar nasi goreng daging dan sup campur. Tak ingat di mana? Mungkinkah di Dapur Mama?
# Friday, 10 November 2017, 22:05 # DSC_2323 # Kamera telefon pintar Sony G3226 # Kota Warisan, 43900 Sepang, Selangor # RPG4+44 Sepang, Selangor #Lokasi gambar diambilhttps://goo.gl/maps/4PNg9Cm2raYDpBHVA
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.interpretzz.com/2019/05/nor-aina-bayi-8-bulan-20-hari.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29