Nor Aina Ambil Suntikan 1 Tahun Di Klinik Kesihatan Salak
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang
Selawat ke atas Nabi Muhammad sollallahu álaihi wassalam, keluarga Baginda, dan juga para sahabat.
14:30 - Di Klinik Kesihatan Salak
Kami berada di Klinik Kesihatan Salak untuk mendapatkan suntikan buat Nor Aina sempena umurnya setahun.
Sepatutnya disuntik semasa umurnya 12 bulan, kini dah nak 13 bulan, tertangguh kerana Aina ditahan wad lebih seminggu sebelum ini.
Berat Aina ialah 6.8 kilogram. Kali ini dia ditimbang tanpa buka pakaian, mungkin sebab umurnya sudah setahun? Atau mungkin sebab sudah lewat petang?
Tinggi Aina ialah 69 sentimeter.
Usai Aina menerima suntikan, kami pergi ke arah kereta yang diletakkan di hadapan Speed Mart 99 di unit bangunan komersial bersebelahan Klinik Kesihatan Salak.
Kami beli susu tepung formula Néstlé NANKID OPTIPRO langkah tiga di sana seberat 1.3 kilogram pada harga RM 69.50. Harganya adalah RM 10 lebih mahal berbanding Anmum Step 3 seberat 1.2 kilogram, tapi sengaja Master beli sebab dalam susu NANKID OPTIPRO ni dikatakan ada bakteria.
Masalahnya susu bayi Nestle NANKID OPTIPRO ni bukan sahaja lebih mahal, tetapi sukatan hidangannya juga lebih banyak iaitu 7 pencedok bagi setiap 210 ml (satu scoop susu bersamaan tiga puluh mililiter air suam). Mungkin ia bersamaan satu scoop untuk satu ounce susu.
Ini adalah perbandingan susu Néstlé NANKID OPTIPRO step 3 vs susu formula Anmum Essential step 3 yang sempat Master tengok.
Néstlé NANKID OPTIPRO step 3
Anmum Essential step 3
Berat keseluruhan
1.2 kg
1.3 kg
Harga
RM 69.50
RM 59.50
Harga 100 g
RM 5.80
RM 4.58
Rugi RM 14.58 jika beli 1.2 kg
Untung RM 15.9 jika beli 1.3 kg
Saiz hidangan
33 gram atau 7 scoop per 210 mililiter air suam
28 gram atau 4 scoop per 180 mililiter air suam
16:56 - menconteng
Sekarang Tedi berada di rumah, mengambil kesempatan menconteng dalam interpretZZ.
Suhu sangat bahang sedangkan di luar sedang hujan lebat. Hujan baru sahaja turun menyejukkan bumi Salak Tinggi ini, namun bahang bumi masih terasa dan belum jua hilang.
Mommy kata nak cari makanan di Pasar Malam Taman Seroja pada malam nanti, tapi hujan lebat ni seakan membantutkan impian kami.
Aina sedang tidur, nafasnya kembali berbunyi kuat. Mommy dan Master berikan dia Salbutamol menggunakan Aerochamber dengan dos sebanyak dua kali puff dan sepuluh kali sedutan.
Mata semakin layu dek kepanasan. Master sedang debug sistem pihak ketiga yang ada masalah. Master bancuhkan kopi di dapur, tapi mungkin tak sedap sebab gunakan air Cuckoo yang dikatakan tidak mencecah suhu 100 darjah celsius.
20180319
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.interpretzz.com/2018/03/nor-aina-ambil-suntikan-1-tahun-di.html