Nonny Menangis Dilamar Kekasih


KUALA LUMPUR: Tidak mudah buat pelakon dan penyanyi, Nonny Nadirah, 31, membuka pintu hatinya buat lelaki selepas berpisah dengan bekas suami, dua tahun lalu.
Namun, kehadiran pelakon, Niezam Zaidi, 28, mengubah sisi hidupnya sejak setahun lalu. Akhirnya, pelakon filem Mama itu meluahkan hasrat menyunting Nonny sebagai suri hidupnya, sebelum penghujung tahun ini.
Nyata, kenyataan Niezam mengejutkan Nonny, malah pelakon kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu menangis membaca pengakuan ‘teman tapi mesra’ yang mahu membawa hubungan kepada ikatan yang halal.
“Sebelum ini, Niezam pernah bertanya soal kahwin, tetapi saya buat tak tahu dan ingat hanya main-main. Cara bertanya ketika itu seperti berseloroh, jadi saya tak fikir serius.
“Niezam bertanya lagi, baru-baru ini. Apa yang saya tak sangka, dia nak minta izin dan tanya Mama untuk membawa hubungan ini ke fasa seterusnya. Saya hanya mengiyakan.
“Saya tak duga, Niezam keluarkan kenyataan mahu melamar. Saya memang terkejut dan menitiskan air mata membaca kenyataannya. Tak sangka, dia berani dan bersungguh-sungguh memaklumkan hal ini satu Malaysia,” katanya kepada BH Online.
Pelakon yang menempa nama menerusi drama Istikharah Cinta itu berkata, sejujurnya, dia cukup gembira dengan apa yang dikongsi Niezam.
“Sebagai wanita, saya terharu dengan kejujuran Niezam. Tak tahu nak beri reaksi bagaimana. Saya solat sambil menangis dalam kesyukuran. Saya turut berkongsi hal ini dengan Mama.
“Akhirnya, ada lelaki yang boleh menerima saya dan status sebagai ibu tunggal. Apa yang saya inginkan, Niezam boleh sayang saya kerana Allah SWT. Saya nampak kesungguhannya untuk tidak mempersia-siakan saya,” katanya.
Nonny berharap, apa yang dirancang Niezam akan dipermudahkan.
“Saya mengharapkan doa yang baik. Semoga urusan kami dipermudahkan dan hubungan ini bahagia sampai ke syurga, insya-Allah,” katanya.
Terdahulu, Niezam berhasrat untuk menyunting Nonny sebagai isteri sebelum hujung tahun ini. Cuma katanya, belum ada tarikh untuk melangsungkan hari bahagia mereka.
“Saya dan Nonny masih terikat dengan penggambaran drama Luka Di Hati Diya. Jika boleh, saya tak nak melambatkan perkara yang baik,” katanya yang mula akrab sejak setahun lalu.
“Sebelum drama Luka Di Hati Diya, kami pernah berlakon dalam telefilem Bedah Motor. Ketika itu, hubungan tak lebih daripada seorang rakan.
“Kami rapat selepas Nonny bercerai. Kami banyak berkongsi hal sama termasuk hubungan yang tak menyebelahi diri.
“Status dia sekarang pun bukan masalah bagi saya. Apa yang utama saya selesa dengannya dan hati dia sangat baik,” kata Niezam.
The post Nonny menangis dilamar kekasih appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/06/23/nonny-menangis-dilamar-kekasih/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=nonny-menangis-dilamar-kekasih

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sepasang Kekasih Ditangkap Ketika Sedang Khayal

Sepasang Kekasih Ditangkap Ketika Sedang Khayal

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 396 hits
Pasangan suspek yang masing masing berusia 19 dan 32 tahun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi untuk siasatan lanjut LANGKAWI Sepasang kekasih ditangkap di sebuah rumah di Taman Dahlia Kuah di sini ketika sedang khayal dipercayai ba...
Risteena Dapat Kereta Mewah Daripada Kekasih Sempena Ulang Tahun Percintaan

Risteena Dapat Kereta Mewah Daripada Kekasih Sempena Ulang Tahun Percintaan

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 274 hits
Baru baru ini pelakon Risteena Munim memuatnaik satu posting di Instagram yang menyambut sempena ulang tahun bercinta bersama kekasihnya Apa yang lebih menarik dia telah menerima hadiah kereta mewah jenis Audi daripada Isa Khan Video yang b...
Justin Bieber Nafi Tuduhan Seksual Siap Libatkan Nama Bekas Kekasih

Justin Bieber Nafi Tuduhan Seksual Siap Libatkan Nama Bekas Kekasih

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 219 hits
Penyanyi lagu Love Yourself Justin Bieber berusia 26 tahun telah dituduh buat gangguan seksual terhadap dua wanita pada tahun 2014 dan 2015 tetapi dia tampil untuk memberi penjelasan menerusi akaun Twitternya Wanita pertama mendakwa bahawa ...
Hubungan Kami Masih Utuh Park Shinhye Jawab Persoalan Mengenai Kekasih Choi Taejoon

Hubungan Kami Masih Utuh Park Shinhye Jawab Persoalan Mengenai Kekasih Choi Taejoon

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 305 hits
Semua pastinya sedia maklum dengan hubungan di antara pelakon Park Shin hye dan juga Choi Tae joon Mula menyulam kasih sejak tahun 2017 ramai yang seronok melihat pasangan selebriti ini meskipun mereka jarang muncul di khalayak ramai Walaup...
Melaka Polis Tahan Pasangan Kekasih Kes Buang Mayat Bayi Di Loji Kumbahan Rumah

Melaka Polis Tahan Pasangan Kekasih Kes Buang Mayat Bayi Di Loji Kumbahan Rumah

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 414 hits
Polis menahan sepasang kekasih bagi membantu siasatan berhubung kes menyembunyikan kelahiran dan membuang mayat bayi dalam loji kumbahan sebuah rumah di Kampung Kandang di sini hari ini Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Mohd Nor Yha...
Dituduh Kahwin Kerana Harta Suami Pula Bermesej Kekasih Lama Wanita Ini Terus Cekal Amp Tabah

Dituduh Kahwin Kerana Harta Suami Pula Bermesej Kekasih Lama Wanita Ini Terus Cekal Amp Tabah

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 311 hits
Siapa yang tak sakit hati bila dituduh kahwin kerana harta terutama bila perkataan itu disebut oleh ibu mentua sendiri Tentunya perasaan sedih dan kecewa akan terus meracun dalam diri Begitulah kisah yang dikongsikan wanita ini apabila suam...
Banyak Kisah Kekasih Jun Somin Terdedah Di Running Man Ramai Persoal Hubungan Cinta Dengan Sechan

Banyak Kisah Kekasih Jun Somin Terdedah Di Running Man Ramai Persoal Hubungan Cinta Dengan Sechan

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 448 hits
Episod Running Man baru baru ini nyata menghiburkan apabila pihak produksi menyelitkan satu bahagian baru di mana penonton setia telah menghantar kisah mereka bersua muka dengan ahli program itu dalam apa jua situasi pun Paling menarik perh...
Lelaki Rimas Dikawal Kekasih

Lelaki Rimas Dikawal Kekasih

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 252 hits
Alahai Baru beberapa jam saja ketemu takkan nak berjumpa lagi Asyik nak berkepit Begitu juga apabila si kekasih dapat tahu ada nama perempuan lain tertera di dalam telefon bimbit teman lelaki pasti disoal bertubi tubi Gambar hiasan Belum la...
Kekasih Baru Ke Intan Najuwa Kongsi Foto Seseorang Mirip Bekas Tunang Buat Netizen Tertanya2

Kekasih Baru Ke Intan Najuwa Kongsi Foto Seseorang Mirip Bekas Tunang Buat Netizen Tertanya2

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 506 hits
Pelakon Intan Najuwa memuat naik sekeping foto bersama bekas tunang di laman Instagram miliknya Walaupun tanpa kapsyen dan foto yang dikongsi bukanlah secara penuh namun ia seakan akan menceritakan perihal perkembangan hubungan baik di anta...
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Puasa Tarwiyah 2024 Maksud Hari Tarwiyah Hukum Berpuasa

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Pesawat Helikopter Tldm Di Lumut Terhempas



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Get To Know About And Benefits Of Bulk Sms For Business

Wish List April 2024

Sentiasalah Mengharapkan Rahmat Redha Allah

Puding Kastad Mangga

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Uncover The Secrets Of Riversweeps The Online Casino That S Different