Nobita Dan Shizuka Akhirnya Berkahwin


Akhirnya, Nobita dan Shizuka melangsungkan perkahwinan dan gambar ini pastinya menggamit memori bagi mereka yang mengikut rapat siri kartun tersebut. Gambar ini adalah sebahagian momen di dalam filem Stand By Me Doraemon 2 yang awalnya dijadualkan untuk ditayangkan di Jepun pada 7 Ogos 2020, tetapi ditunda kerana gelombang virus Covid-19.


Filem ini akhirnya dilancarkan di Jepun pada 20 November 2020, yang mana Nobita akan kembali menemui neneknya, yang meninggal dunia ketika dia masih bayi, ditemani oleh Doraemon, sambil memerhati dan mengikuti aktiviti neneknya tanpa disedari.

Pada satu ketika, Nobita secara diam-diam mendengar keinginan neneknya yang tersembunyi, iaitu untuk dapat melihat cucunya berkahwin pada masa akan datang.

Nobita juga pergi ke masa depan untuk menyaksikan hari perkahwinannya dengan Shizuka namun, pada hari perkahwinan itu, Nobita yang dewasa tiba-tiba melarikan diri.

Apa yang menjadi persoalan adalah, adakah Doraemon masih bersama Nobita semasa dia melangsungkan perkahwinan?

Persoalan ini turut ditanya oleh beberapa orang netizen yang lain, dan yang meminati siri kartun ini pastinya ingin melihat perkahwinan Nobita dan Shizuka bersama-sama dengan kehadiran Doraeman yang selalu menjadi tempat Nobita meluahkan rasa hatinya.

"Waktu berjalan sangat pantas, walaupun ketika saya masih kecil, hari saya ditemani oleh Nobita. Tahniah atas perkahwinan anda Nobita dan Shizuka. Kenapa Doraemon tidak ada?" tanya salah seorang netizen.

"Doraemon adalah robot dari era cucu Nobita, yang ditugaskan untuk membuat Nobita bahagia. Jadi kebahagiaan Nobita berkahwin dengan Shizuka. Sekiranya Nobita sudah gembira, Doraemon kembali pada abadnya," jawab salah seorang netizen.

Manakala yang lain pula membalas, "Pasti sedih jika Doraemon tidak ada di hari perkahwinan Nobita."

Tidak pasti ke mana perginya Doraemon, tetapi jika benar dia kembali ke abadnya dan tidak hadir di hari paling bahagia Nobita, ia pastinya sesuatu yang menyedihkan.

Namun, jawapan itu hanya mampu dijawab jika kita menonton filem Stand By Me Doraemon 2.

Mungkin kita akan tahu dimanakah Doreamon atau mungkin dia sebenarnya hadir, tetapi ditugaskan untuk mengambil gambar.

Filem ini masih belum memasuki Malaysia, tetapi akan ditayangkan terlebih dahulu di negara jiran, Indonesia.

Rumah Nobita di Tokyo bernilai RM2 juta di dunia nyata!


Hampir semua rakyat Malaysia dibesarkan dengan siri Doraemon yang sering bermain di layar tv sewaktu cuti hujung minggu. Kita dihidangkan dengan telatah Nobita, seorang budak lelaki berkacamata yang hidupnya ditemani kucing robot dari abad ke-22, Doraemon.

Sekiranya anda adalah peminat kartun Doraemon, anda pasti sudah terbiasa dengan selok belok kehidupan mereka, termasuk tempat tinggal Nobita dan Doraemon.

Rumah Nobita sering dipotretkan dengan 'mood' yang sederhana, mempunyai 2 tingkat dengan ruang tamu, bahagian dapur dan bilik Nobita yang direka dengan konsep minimalis.

Tahukah anda, walaupun kartun ini dibuat pada tahun 1962, tetapi rumah ini masih dianggap mahal pada zaman sekarang dengan nilai rumah Nobita 70 juta yen bersamaan dengan RM2 juta!

Di dalam satu ciapan yang ditulis oleh seorang penulis novel Jepun, SOW, di akaun Twitter miliknya, @sow_LIBRA11, dia membuat bebenang khas yang mengandungi pengiraan harga rumah yang terdapat di dalam anime Jepun.

"Untuk tahun 70-an, rumah keluarga Nobi dianggap sebagai 'rumah biasa' dua tingkat yang terletak di Nerima Ward, Tokyo, yang harganya sekitar 70 juta yen.

Jumlah pembayaran pinjaman adalah sekitar 200 ribu yen sebulan. Bapa Nobita tentu mempunyai gaji yang tinggi.

"Mungkin anda akan berkata, 'bukankah mereka menyewa rumah itu?' berdasarkan harga pasaran, rumah jenis ini mungkin disewa dengan harga 160 ribu yen [RM6,407]," kata SOW.

Bukan hanya rumah Nobita, SOW juga membuat pengiraan rumah keluarga Sazae-san yang sudah 'berdiri' sejak tahun 1946 dengan harga mencecah 150 juta yen atau RM60 juta.

Kemudian rumah Usagi Tsukino, Sailor Moon, harganya lebih tinggi pada 450 juta yen atau RM18 juta.

Dan yang terakhir, rumah keluarga Nohara aka Shin chan, yang harganya 20 juta yen atau RM800,000.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Benarkah Animasi Shin Chan Adaptasi Kisah Benar Yang Menyedihkan?Perkara Yang Anda Tidak Tahu Tentang Doraemon
sumber: 1 | 2



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2021/01/nobita-shizuka-berkahwin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nobita Berkahwin Dengan Shizuka Dalam Doraemon Stand By Me 2

Nobita Berkahwin Dengan Shizuka Dalam Doraemon Stand By Me 2

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 279 hits
Doraemon adalah siri kartun Jepun pertama bagi ramai individu terutamanya golongan 90an Kisah yang menceritakan tentang robot kucing dari masa depan yang menjadi rakan baik seorang pelajar sekolah itu menyerikan zaman kanak kanak kita baik ...
Tubuhnya Ditato Sejak Umur 12 Tahun Pemuda Ini Akhirnya Bertaubat Dan Jadi Muazin

Tubuhnya Ditato Sejak Umur 12 Tahun Pemuda Ini Akhirnya Bertaubat Dan Jadi Muazin

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 239 hits
Seorang pemuda membagikan cerita pengalamannya memutuskan bertobat usai kabur dari pesantren dan menjadi anak jalanan sejak umur 12 tahun Ia mengaku menjadi anak punk dan mentatu tubuhnya sejak lulus Sekolah Dasar Kisah pemuda bernama Yuda ...
Setahun Lebih Terpisah Akhirnya Dayah Bakar Amp Suami Kembali Bersatu

Setahun Lebih Terpisah Akhirnya Dayah Bakar Amp Suami Kembali Bersatu

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 222 hits
Perjuangan pesonaliti televisyen Dayah Bakar apabila terpaksa berjauhan dengan suami sepanjang proses kehamilan dan juga ketika melahirkan anak sulung mereka kerap kali menjadi perhatian peminat Suaminya Kapten Muhammad Hanif Hamidi yang be...
Hiburan Akhirnya Terjebak Peminat Teruja Mira Filzah Kini Dah Ada Akaun Tiktok

Hiburan Akhirnya Terjebak Peminat Teruja Mira Filzah Kini Dah Ada Akaun Tiktok

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 310 hits
Setelah Nora Danish nampaknya Mira Filzah turut terjebak apabila pelakon itu kini sudah mempunyai aplikasi TikTok selain media sosialnya yang lain Sumber Instagram Mira Filzah Pelakon drama Adelea Sofea ini memaklumkan kepada peminat bahawa...
Asyik Ditanya Punca Positif C0vid Emma Maembong Akhirnya Buka Mulut

Asyik Ditanya Punca Positif C0vid Emma Maembong Akhirnya Buka Mulut

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 198 hits
Pada 14 Januari 2021 pelakon Emma Maembong dan suaminya Shazli mengumumkan mereka disahkan positif COV1D l9 Bayi mereka pula negatif dan diserahkan kepada kakak Emma untuk dijaga sementara waktu Pada 18 Januari 2021 Emma telah membuka ruang...
Anwar Sokong Belanjawan Muhyiddin Akhirnya Kena Checkmate Juga Apa Nak Jadi Dengan Anwar Ibrahim

Anwar Sokong Belanjawan Muhyiddin Akhirnya Kena Checkmate Juga Apa Nak Jadi Dengan Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 176 hits
TUK Seri Anwar Ibrahim minta semua ahli Parlimen tulis surat kepada Yang di Pertuan Agong untuk batalkan perisytiharan darurat Apakah ini Anwar s move yang baharu
Hiburan Akhirnya Bersatu Dayah Bakar Dan Anak Berhijrah Ke Australia Untuk Bersama Suami Setelah Setahun Terpisah

Hiburan Akhirnya Bersatu Dayah Bakar Dan Anak Berhijrah Ke Australia Untuk Bersama Suami Setelah Setahun Terpisah

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 298 hits
Pengacara program sembang Borak Kopitiam Dayah Bakar khabarnya telah selamat tiba di Australia bersama anaknya Achbar Muhammad Fahri untuk kembali bersama suaminya Muhammad Hanif Hamidi Sumber Instagram Dayah Bakar Dia yang baru saja selesa...
Cetaphil Gentle Bright Technology Akhirnya Tiba

Cetaphil Gentle Bright Technology Akhirnya Tiba

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 215 hits
Memperkenalkan Cetaphil Bright Healthy Radiance rangkaian penjagaan kulit direka khas untuk kulit orang AsiaKuala Lumpur 21 Januari 2021 Cetaphil mempunyai rekod yang cukup dikenali dalam menyediakan solusi penjagaan kulit dengan asas perub...
Jalan Penghubung Bandar Utama Di Pahang Perlu Dinaiktaraf

Terengganu Fc Umum Harga Tiket Agarbomb Performance Cup 2024

3 Pelampau Khawarij Ditahan

Lost Opportunities In Labuan

Ocrevus Transforming Multiple Sclerosis Treatment Landscape In Malaysia

Hada Labo Hydrating Water Gel

Cops Fire 5 Shots During 70km Car Chase Near Baling

I Was Never Arrested Merely Barred From Overseas Travel Ex Src Director



10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kuih Muah Tonton

10 Filem Indonesia Terbaru Best 2023 2024 Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Terbaru Best Di Platform Online Netflix Malaysia 2024 Mesti Tonton


Artis Cahaya Manis Music Duruk Ngabang Chord

Yoursay Time And Patience Running Out For Anwar

Put Targeted Subsidy Plan In Place Quickly To Combat Diesel Smuggling Govt Urged

Zii Jia Won T Join National Team For Thomas Cup Training

Koleksi Video Melawat Taiping 2024

Dua Bersaudara Maut Tiga Cedera Parah Nahas 4wd