Nnuar Musa Langgar Ketetapan Parti Sudah Boleh Diambil Tindakan






 Bekas Setiausaha Agung BN, Annuar Musa berkata, beliau tidak akan sesekali berputus asa untuk menyatukan parti-parti Melayu meskipun berdepan kemungkinan dipecat daripada UMNO.
Menteri Wilayah Persekutuan itu menambah, beliau sedar ada pihak mendakwanya cenderung kepada ‘sebuah parti Melayu’ tertentu.
“Saya tidak akan ‘give up’ walau saya dipecat kerana dikatakan pro kepada sebuah parti Melayu.
“Saya istiqamah dengan pendirian bahawa parti saya hanya akan menjadi kuat sekiranya parti saya berupaya bermuafakat dan berkerjasama dengan semua parti Melayu yang lain,” katanya melalui satu hantaran di laman sosialnya.
Walaupun tidak menyebut nama parti berkenaan, semua orang tahu parti Melayu yang dikaitkan dengan Annuar itu adalah Bersatu pimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.
Dalam beberapa kenyataannya sebelum ini, Annuar memang terkenal dengan ketegaran pegangannya bahawa UMNO harus bekerjasama dengan Bersatu, selain bersama Pas, jika ingin menang dalam PRU15 akan datang.


Bagi Annuar, UMNO tiada harapan untuk menang jika bersendirian kerana BN yang ditunjanginya kini sudah menjadi semakin kecil dengan hanya ada empat parti saja di dalamnya, berbanding 16 parti pada PRU14 lalu.
“Sebelum kita fikir untuk meletakkan calon Perdana Menteri daripada UMNO, fikirkan dulu sama ada BN boleh menang atau tidak pada PRU akan datang,” katanya dalam sebuah wawancara dua hari lalu.
Begitu pun, di ketika Annuar sehingga hari ini masih mahu berusaha menyatu-padukan parti-parti Melayu, termasuk memastikan UMNO bekerjasama dengan Bersatu dan Pas, UMNO bahagian-bahagian dalam mesyuarat perwakilan pada 1-3 Januari lalu secara majoritinya telah pun meluluskan usul putus hubungan dengan Bersatu.
Keputusan muktamad berhubung usul itu dijadual akan dibawa untuk dibahas dalam Perhimpunan Agung UMNO, 31 Januari lalu bagi menjadikannya sebagai ketetapan parti.
Namun demikian, perhimpunan itu terpaksa ditangguhkan kerana perlaksanaan PKP dan darurat.
Sehingga ini, belum ada tarikh baru bila Perhimpunan Agung UMNO bakal diadakan, tetapi Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan baru-baru ini ada membayangkan kemungkinan ia akan diadakan secara maya jika PKP berlarutan lebih lama.
Dengan tertangguhnya perhimpunan itu, bermakna keputusan untuk memuktamadkan ketetapan berhubung usul putus hubungan dengan Bersatu juga jadi tertunda.

Tetapi, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, dalam kenyataan media pada 9 Januari lalu ada menegaskan, MT UMNO yang bermesyuarat pada 6 Januari telah bersetuju untuk putus hubungan dengan Bersatu, sesuai dengan usul yang telah diluluskan oleh UMNO bahagian-bahagian sebelum itu.
Oleh kerana MT adalah badan pembuat keputusan tertinggi parti ketika tiada Perhimpunan Agung UMNO diadakan, bermakna keputusan bersetuju untuk putus hubungan dengan Bersatu yang dibuat pada 6 Januari lalu adalah sah dan terpakai buat masa ini.
Dengan itu, sepatutnya tiada mana-mana pihak dalam UMNO dibenarkan lagi bercakap untuk membawa UMNO bekerjasama dengan Bersatu lantaran ketetapan MT ialah setuju putus hubungan dalam PRU akan datang.
Maka, jika Annuar terus berusaha untuk membawa UMNO bekerjasama dengan parti-parti Melayu lain, termasuk Bersatu, ia adalah suatu tindakan yang salah dan bertentangan dengan ketetapan parti.
Termasuk dengan beberapa kecaman yang dibuatnya secara terbuka terhadap Zahid Hamidi, beliau sebenarnya sudah boleh diambil tindakan disiplin oleh parti.
Apakah Annuar tidak tahu atau tidak sedar tentang kesalahan yang telah dilakukannya?
Tetapi, mengapa pula Annuar ada menyebut tentang kemungkinan dirinya dipecat daripada UMNO?
Tidakkah ia menunjukkan Annuar sedar tentang kesalahan melanggar ketetapan parti yang mungkin telah dilakukannya?
Jika begitu, mengapa beliau masih terus mahu bercakap tentang kerjasama UMNO dengan Bersatu?
Apakah Annuar sebetulnya sedang mencabar Zahid Hamidi dan UMNO agar memecatnya atau beliau memang menunggu untul dipecat agar dengan itu akan memudahkannya menyeberang menyertai Bersatu? (Shahbudindotcom 08/02/2021)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/02/annuar-musa-langgar-ketetapan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Segera Diambil Tindakan Menteri Bebas Langgar Undang Undang

Rakyat Segera Diambil Tindakan Menteri Bebas Langgar Undang Undang

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 180 hits
January 27 2021 Pemuda PKR mempersoalkan layanan berat sebelah diterima menteri Perikatan Nasional apabila ada di antara mereka bebas melakukan lawatan rasmi sedangkan rakyat diminta terus mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan Ketua...
Tidak Mengaku Salah Langgar Sop Puad Zarkashi Bidas Annuar Musa

Tidak Mengaku Salah Langgar Sop Puad Zarkashi Bidas Annuar Musa

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 265 hits
PETALING JAYA Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi membidas Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa kerana tidak mengaku salah selepas didakwa melanggar SOP perintah kawalan pergerakan Dalam hantaran di Facebook hari ini Puad berk...
Akaun Rahsia Umno Bersatu Parti Lain Jangan Keluar Kenyataan Tuduhan Annuar Musa

Akaun Rahsia Umno Bersatu Parti Lain Jangan Keluar Kenyataan Tuduhan Annuar Musa

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 334 hits
Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional Tan Sri Annuar Musa menafikan dakwaan bahawa UMNO pernah membuat keputusan membuka akaun bank rahsia Menurut beliau sepanjang lebih 20 tahun beliau sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti itu tiada keputu...
Annuar Musa Perlu Minta Maaf Dikenakan Tindakan Tegas Lip Eng

Annuar Musa Perlu Minta Maaf Dikenakan Tindakan Tegas Lip Eng

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 196 hits
Pada 15 Februari 2021oleh PENTADBIRoleh Ghafar NSTan Sri Annuar Musa wajar dikenakan tindakan undang undang tegas sama seperti orang lain tegas Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng Katanya perbuatan Menteri Wilayah Persekutuan itu melanggar Pro...
Tambah Denda Langgar Sop Akan Tambah Kluster Penjara Musa

Tambah Denda Langgar Sop Akan Tambah Kluster Penjara Musa

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 192 hits
Musa Hassan KUALA LUMPUR Kerajaan diminta tidak membebankan rakyat dengan meningkatkan denda kepada mereka yang melanggar Prosedur Operasi Standard Perintah Kawalan Pergerakan Bekas Ketua Polis Negera Tan Sri Musa Hassan berkata rakyat sema...
11 Makanan Yang Tidak Boleh Diambil Oleh Pesakit Gout

11 Makanan Yang Tidak Boleh Diambil Oleh Pesakit Gout

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 206 hits
Apakah makanan yang tidak boleh diambil oleh pesakit gout Artikel ini akan menjelaskan beberapa makanan yang menjadi larangan atau tidak boleh diambil oleh pesakit gout Gout merupakan satu bentuk radang yang menyebabkan kesakitan teruk dan ...
Kalau Kata Kat Parti Sendiri Makna Kata Memang Tak Boleh Haraplah Ruu 355

Kalau Kata Kat Parti Sendiri Makna Kata Memang Tak Boleh Haraplah Ruu 355

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 197 hits
malaysiakini comMAT DAHARI ALIKah kah kah puak lebai bukan faham isu ruu355 adalah isu Pas di parlimen Isu yang gagal diselesaikn Pas Akhirnya ditipu oleh Umno Sekarang dah jadi sekutu Umno dan pegang kerajaan Terusknlah ruu355 tu kalau Pas...
Sugarbook Tindakan Tegas Akan Diambil

Sugarbook Tindakan Tegas Akan Diambil

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 238 hits
HARAKAH DAILYAhmad Marzuk Shaary KUALA LUMPUR Kerajaan memandang serius berhubung isu yang timbul membabitkan pelajar Institut Pengajian Tinggi yang dikaitkan dengan kegiatan sugar daddy Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri D...
Annuar Musa Bakal Didakwa Kerana Langgar Sop Pkp

Annuar Musa Bakal Didakwa Kerana Langgar Sop Pkp

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 258 hits
February 14 2021 Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa digesa untuk memohon maaf dan menerima hukuman atas tindakannya yang didakwa melanggar prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan susulan pandemik COVID 19 Ahli Par...
Flexibility In Business Operations

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Generasi Milenial Dan Gen Z Dukung Nkri Nomor Urut 2 Simbol Harapan Baru Kalimantan Barat

Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Miliki Rumah Selesa Cipta Kenangan Indah Bersama Keluarga

Bukan Semua Cendawan Boleh Makan Ada Yang Beracun

Wanita Bersalin Semasa Buang Air Besar

Jangan Risau Jika Tak Terkenal

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun