Nilai Strategik Pulau Pisang


AMBIL iktibar daripada kes Pulau Batu Puteh yang diserahkan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (IJC) kepada Singapura pada 2008. Justeru, dengan rasa tanggungjawab, khuatir dan penuh insaf, maka Malaysia perlu bertindak segera ‘menyelamatkan’ rumah api Pulau Pisang di perairan Pontian dengan menyemak semula perjanjian 6 Oktober 1900 antara Sultan Johor ketika itu, Sultan Ibrahim dengan Gabenor Negeri-Negeri Selat, Sir James Alexander Sweethenham.

Andai benar perjanjian itu bersifat ‘selagi ada bulan dan bintang’, maka pakar perundangan negara perlu bijak mencermati kaedah mencari klausa keluar daripada perjanjian tersebut untuk melepaskan rumah api di Pulau Pisang daripada penguasaan Singapura seterusnya mengembalikan pengurusannya kepada Malaysia.

Antaranya, kerajaan boleh merujuk kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895. Fasal 15 dan 16 secara ringkasnya menyebut, tiada sesiapa boleh menyerahkan negeri dan kerajaan Johor atau suatu bahagian kepada mana-mana pihak termasuk sebarang kerajaan atau kuasa bangsa Eropah. Fasal ini adalah kekuatan dan kuasa mutlak yang melindungi setiap inci tanah Johor daripada terlepas atau diserahkan kepada pihak lain. Fasal ini mungkin boleh dirujuk sebagai klausa keluar bagi perjanjian dalam kes rumah api Pulau Pisang.

Bagi menghindari konflik, perundingan dua negara perlu dirintis segera. Singapura perlu bersikap jujur dan berlapang dada untuk melupuskan perjanjian itu. Malaysia pula tidak boleh bersikap pasif dan membiarkan masa menentukan keadaan. Atas semangat ASEAN dan setia kawan, kedua-dua negara perlu mengelakkan tindakan yang boleh mengheret soal penguasaan rumah api di Pulau Pisang masuk ke kancah pertikaian.

Rumah api adalah panduan navigasi zaman manusia kuno termasuk ketika tamadun Mesir purba. Jadi, Singapura perlu keluar dari Pulau Pisang dengan bersandarkan hakikat – rumah api sudah tidak ada fungsi dan tidak lagi menjadi rujukan pelayaran zaman berteknologi tinggi sekarang mahupun masa akan datang.

Tugas rumah api sudah diganti dengan sistem kedudukan global (GPS) menerusi paparan di atas skrin. Ia lebih pantas dan cekap bagi membantu kapten kapal membuat keputusan tepat. Apabila GPS dijadikan rujukan navigasi, maka rumah api hilang fungi sekali gus Singapura tidak lagi perlu berada di Pulau Pisang untuk meneruskan pengurusan rumah api tersebut.

Selat Melaka adalah laluan perkapalan paling sibuk di dunia. Lebih 100,000 kapal dagang, kontena, tangki minyak, persiaran mahupun pengangkut tentera menggunakan selat itu. Ia meliputi laluan perkapalan lebih 100 kilometer perairan Pengerang, Selat Singapura dan Selat Melaka.

Tetapi rumah api Pulau Pisang sekadar ‘binaan kecil’ di atas tanah sekangkang kera yang tidak lagi menyumbang dari sudut navigasi di Selat Melaka yang sesak itu.

Namun, dari segi maruah dan kedaulatan, ia tetap milik mutlak Malaysia. Pulau Pisang adalah milik sebuah negara merdeka dan berdaulat!

HELIKOPTER
Perjanjian Oktober 1900 antara lain menyebut kawasan rumah api yang dipersetujui ialah 1 ekar, 1 rod dan 18 poles. Keluasan laluan dari jeti ke rumah api pula ialah 1 ekar, 5 poles manakala keluasan jeti ialah 17 poles. Penguasaan Singapura adalah untuk ruang di atas keluasan tanah yang disebutkan ini. Tidak lebih dan tidak kurang.

Namun, difahamkan pihak berkuasa Singapura ada membina tempat pendaratan helikopter. Oleh itu, Malaysia perlu memastikan tindakan Singapura itu tidak melanggar dan melebihi batasan perjanjian.

Penduduk tempatan pula didakwa dilarang penjaga rumah api untuk menggunakan jeti yang disifatkan menjadi milik persendirian Singapura.
Apakah keeksklusifan ini termaktub dalam perjanjian tersebut?

Pada masa sama, Malaysia perlu menyegerakan tindakan-tindakan strategik lain. Jalan lain meredakan kekhuatiran dalam isu Pulau Pisang ialah kerajaan mengambil tindakan pre-emptive (terlebih dahulu) dan drastik bagi menyediakan pelan pembangunan di situ.

Bawa pembangunan melibatkan sektor pelancongan – pembinaan resort, pusat dan produk makan angin. Atau jika perlu jadikan Pulau Pisang sebagai pangkalan pemantauan dan penguatkuasaan keselamatan bersepadu membabitkan polis marin, maritim, kastam, imigresen dan pasukan elit tentera laut.

Lagipun, penguasaan Malaysia adalah penting untuk membuktikan kedaulatannya terhadap pulau itu! Ketegasan dan penguasaan juga perlu dilakukan terhadap Pulau Sauh, Kemudi dan Tunda di sekitar Pulau Pisang yang memiliki nilai strategik serta perlu dimanfaatkan.

Mengimbas kandungan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), terdapat keperluan segera dan mendesak untuk merealisasikan komitmen mempertingkatkan kesiapsiagaan pertahanan negara. Langkah ini memang wajar berikutan perkembangan mutakhir di rantau ini yang kerap dilanda provokasi China-Amerika Syarikat terutama di Laut China Selatan.

Jadi, Pulau Pisang boleh diangkat menjadi lokasi untuk dijadikan pangkalan bersepadu melindungi kepentingan dan keselamatan Selat Melaka serta memantau ancaman yang datang dari arah selat itu terhadap selatan Semenanjung.

Negeri di selatan Semenanjung khususnya Johor juga terdedah kepada kegiatan pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran melalui jalan laut ke jalan-jalan tikus di sepanjang lebih 250 kilometer pantainya. Walaupun rumah api Pulau Pisang sudah tidak lagi memenuhi keperluan navigasi, namun kapal-kapal dagang yang melalui Selat Melaka tetap memerlukan perlindungan daripada gangguan lanun tempatan mahupun tindakan sabotaj dan jenayah kumpulan radikal atau militan.

Nilai keamanan dan kemakmuran adalah keutamaan masyarakat global. Pulau Pisang boleh menyumbang peranannya ke arah matlamat tersebut. Justeru, pembangunan Pulau Pisang tetap menyumbang kepada kelancaran kapal dagang di Selat Melaka seperti mana sumbangan rumah api di situ suatu ketika dahulu.

Oleh: Mohd. Kamal Ahmad

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/10/nilai-strategik-pulau-pisang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selagi Ada Matahari Bintang Rumah Api Pulau Pisang Diurus Singapura

Selagi Ada Matahari Bintang Rumah Api Pulau Pisang Diurus Singapura

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 325 hits
PONTIAN Malaysia tidak akan hilang kedaulatan terhadap Pulau Pisang di sini tetapi rumah api di kepulauan tersebut akan diuruskan Singapura selagi terbitnya matahari dan bintang Ketetapan itu selaras perjanjian ditandatangani pada tahun 190...
Pulau Pisang Bakal Terlepas

Pulau Pisang Bakal Terlepas

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 350 hits
PETALING JAYA Malaysia di khuatiri hilang kedaulatan ke atas Pulau Pisang yang terletak di Pontian Johor jika terus membiarkan negara lain membina dan mengurus rumah api di kepulauan tersebut sekali gus bakal me ngulangi nasib Pulau Batu Pu...
Mungkin Benar Kata Najib Kehilangan Pulau Batu Puteh Salah Dr M Kata Pemimpin Dap

Mungkin Benar Kata Najib Kehilangan Pulau Batu Puteh Salah Dr M Kata Pemimpin Dap

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 196 hits
Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menarik balik permohonan semakan kes Pulau Batu Puteh pada 2018 atas alasan ia tidak boleh dimenangi PETALING JAYA Kenyataan bekas Perdana Menteri Najib Razak bahawa Dr Mahathir Mohamad bertanggungj...
Hiburan Tak Perlu Bersesak Hairul Azreen Bawa Hanis Zalikha Anak Anak Naik Helikopter Bercuti Di Pulau

Hiburan Tak Perlu Bersesak Hairul Azreen Bawa Hanis Zalikha Anak Anak Naik Helikopter Bercuti Di Pulau

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 698 hits
Jika orang ramai berpusu pusu menempah tiket penerbangan untuk bercuti sejak sempadan negeri dibuka semula pasangan selebriti Hairul Adzreen dan Hanis Zalikha pula bercuti dengan penuh gaya ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMasakan tidak merek...
Bawa Anak Naik Helikopter Pergi Pulau Peminat Kata Ini Next Level Bila Lihat Momen Cuti Hairul Azreen Hanis Zalikha

Bawa Anak Naik Helikopter Pergi Pulau Peminat Kata Ini Next Level Bila Lihat Momen Cuti Hairul Azreen Hanis Zalikha

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 321 hits
Pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha dilihat mengisi masa dengan membawa dua anak mereka Yusuf Iskandar dan Alisa Aishah bercuti ke sebuah pulau peranginan Apa yang menarik video yang dikongsi kedua mereka memaparkan momen ter...
Resort Eko Pelancongan Mewah Bernilai Rm1 Bilion Dirancang Di Pulau Mengalum

Resort Eko Pelancongan Mewah Bernilai Rm1 Bilion Dirancang Di Pulau Mengalum

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 199 hits
KUNJUNGAN Hajiji Chou dan Joniston merakamkan kenangan selepas menerima kunjungan hormat wakil syarikat berkenaan Syarikat hartanah terbesar Taiwan rancang labur RM1 bilion untuk pelancongan Pulau Mengalum KOTA KINABALU Syarikat hartanah te...
Pemimpin Dap Setuju Mungkin Kehilangan Pulau Batu Puteh Kerana Mahathir

Pemimpin Dap Setuju Mungkin Kehilangan Pulau Batu Puteh Kerana Mahathir

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 166 hits
Pemimpin Dap setuju mungkin kehilangan Pulau Batu Puteh kerana Mahathir Kenyataan bekas Perdana Menteri Najib Razak bahawa Dr Mahathir Mohamad bertanggungjawab atas kehilangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura mungkin ada benarnya kata Timb...
Kah Kah Patut Sultan Murka Patut Kena Buang Jadi Mb Sebab Tak Tahu Isu Pulau Batu Putih Sebelah Rumah

Kah Kah Patut Sultan Murka Patut Kena Buang Jadi Mb Sebab Tak Tahu Isu Pulau Batu Putih Sebelah Rumah

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 240 hits
Kerajaan batal semakan kes Pulau Batu Puteh susulan pandangan peguam asing October 12 2021 Pada 23 Mei 2008 Mahkamah Keadilan Antarabangsa memutuskan kedaulatan Pulau Batu Puteh diserahkan kepada Singapura manakala South Ledge diputuskan mi...
Amanah Dakwa Bn Sebabkan Malaysia Hilang Pulau Batu Puteh

Amanah Dakwa Bn Sebabkan Malaysia Hilang Pulau Batu Puteh

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 198 hits
Tindakan bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang menuding jari kepada kerajaan Pakatan Harapan berhubung isu Pulau Batu Puteh didakwa hanyalah bermotifkan politik Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara Johor Dzulkefly Ahma...
Celebrate A Peranakan Christmas In Kuala Lumpur With Santa Grand Signature S Exclusive Buffet

Maggi Malam S Roadside Success Sparks Controversy Over Alleged Unlicensed Operation

Lirik Lagu Sejarah Dato Sri Siti Nurhaliza

Latheefa Koya Tak Nak Masuk Umno Ker

Siti Nurhaliza Sejarah Chord

Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

We Buy Small To Medium Sized Companies


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Makna Dan Jobbie Meraikan Pink Wobbly Breast Odyssey Di Kpj Damansara 2

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian

Lelaki Maut Dihempap Batu Kuari

Israel Mahu Kebebasan Serang Lubnan Selepas Gencatan Senjata

Yang Nak Berpeluang Miliki Microsoft Surface Pro Terpakai Jangan Lepaskan Peluang Ni

Pemandu Wanita Dihempap Kontena Sempat Telefon Ibu 4 Minit Sebelum Meninggal