Kah Kah Patut Sultan Murka Patut Kena Buang Jadi Mb Sebab Tak Tahu Isu Pulau Batu Putih Sebelah Rumah


 
Kerajaan batal semakan kes Pulau Batu Puteh susulan pandangan peguam asing

V Anbalagan -October 12, 2021 Pada 23 Mei 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa memutuskan kedaulatan Pulau Batu Puteh diserahkan kepada Singapura, manakala ‘South Ledge’ diputuskan milik negara di mana wilayah perairannya berada.PETALING JAYA: Putrajaya membatalkan idea memohon semakan keputusan kedaulatan Pulau Batu Puteh, tiga tahun lalu, selepas mengambil kira pandangan konsultan perundangan asing, menurut dokumen mahkamah.
Dokumen itu menunjukkan, Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad, berpandangan semakan tidak perlu diteruskan demi kepentingan negara, termasuk mengambil kira faktor kos.
“Defendan pertama (Mahathir) berpendapat bahawa perlu ada perancangan dalam tuntutan semula ke atas ‘Middle Rocks’ (di mana Mahkamah Keadilan Antarabangsa atau ICJ telah memutuskan Malaysia mempunyai kedaulatan),” kata kerajaan dalam pernyataan pembelaan terhadap saman difailkan Mohd Hatta Sanuri, pada 28 Mei.
Kenyataan pembelaan yang difailkan minggu lalu itu telah dilihat FMT.
Pada 23 Mei 2008, ICJ memutuskan Singapura mempunyai kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh, manakala ‘South Ledge’ diputuskan milik negara di mana wilayah perairannya berada.
Pembelaan berkata, Kabinet turut bersetuju supaya semakan kes itu dibatalkan. Keputusan itu kemudian disampaikan kepada Sultan Johor pada 4 Jun 2018.
Pembatalan permohonan semakan telah direkodkan di ICJ, pada 29 Mei 2018.
“Keputusan kerajaan (defendan kedua) juga diperjelaskan Peguam-peguam Negara menerusi kenyataan media pada 31 Mei dan 13 Julai 2018,” kata pernyataan pembelaan itu.
Menurut pernyataan itu, bekas Timbalan Menteri Undang-Undang Mohamad Hanipa Maidin, turut menjelaskan keputusan berkenaan di Dewan Negara pada 3 September 2018.
Pada 2016, kerajaan Barisan Nasional membenarkan Peguam Negara Mohamed Apandi Ali, melaksanakan kajian dan kerangka perundangan sebagai persediaan untuk memfailkan semakan.
Apandi kemudian melantik dua peguam tempatan, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan Abu Bakar As-Sidek Mohd Sidek, serta tiga warga asing – Malcolm Shaw, Daniel Lincoln Bethlehem, dan Brendan Plant.
Kajian itu dijalankan secara rahsia dan hanya diketahui Apandi. Tiga dokumen kajian, yang tidak diserahkan bagi prosiding ICJ pada 2017, adalah untuk permohonan semakan difailkan.
Kerajaan berkata, ia berhak memfailkan permohonan membatalkan saman Hatta berkenaan.
Dalam pernyataan tuntutannya, Hatta berkata, kerajaan tidak memberi penjelasan bagi pembatalan permohonan itu walaupun ada bukti baharu yang mengukuhkan tuntutan Malaysia terhadap pulau terbabit.
Hatta antara lain menuntut defendan menjelaskan keputusannya menarik balik permohonan itu, selain deklarasi bahawa ia cuai dan melanggar kepercayaan yang diberikan rakyat negara ini.
Hatta juga mahu defendan membayar minimum RM10 juta pampasan kepada setiap rakyat Malaysia kerana kehilangan kedaulatan pulau terbabit, yang turut dikenali sebagai ‘Pedra Branca’.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/10/kahkahpatut-sultan-murkapatut-kena.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pulau Batu Putih Dah Hilang Baru Nak Sembang

Pulau Batu Putih Dah Hilang Baru Nak Sembang

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 533 hits
PUTRAJAYA Malaysia sudah terlepas peluang untuk mendapatkan semula Pulau Batu Puteh selepas Perdana Menteri Ke 7 Tun Dr Mahathir Mohamad membuat keputusan untuk menarik balik semakan dan pentafsiran penghakiman berhubung kes kedaulatan pula...
Tuntutan Pulau Batu Puteh Perlu Libatkan Sultan Johor Kerajaan Negeri

Tuntutan Pulau Batu Puteh Perlu Libatkan Sultan Johor Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 633 hits
PASIR GUDANG Keputusan kerajaan untuk menyemak semula undang undang berkenaan Pulau Batu Puteh atau Pedra Branca perlu melibatkan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mungkin boleh menzahirkan pandangan Baginda dalam perkara itu...
Pulau Batu Putih

Pulau Batu Putih

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 319 hits
1 Baru ni keluar kenyataan PM dia set up satu Task Force Tujuannya nak check balik kes Pulau Batu Putih yang Malaysia kalah dengan Singapura Isunya kenapa semakan kes tak dibuat oleh Kerajaan PH pada tahun 2018 Bagi mereka yang tertinggal k...
Pulau Batu Puteh Sultan Johor Mahu Penjelasan Tindakan Kerajaan Tun M Dulu

Pulau Batu Puteh Sultan Johor Mahu Penjelasan Tindakan Kerajaan Tun M Dulu

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 349 hits
Mengapa soal kedaulatan Johor seperti tak penting pada waktu itu Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar JOHOR BAHRU Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mahu tindakan diambil ke atas pihak ...
Johor Sultan Demands Clear Explanation Why Pulau Batu Puteh Case Dropped

Johor Sultan Demands Clear Explanation Why Pulau Batu Puteh Case Dropped

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 253 hits
JOHOR BARU Johor Ruler Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar demands a clear explanation why the Federal Government under Tun Dr Mahathir Mohamad in 2018 dropped the review application for the Pulau Batu Puteh case in the Internation...
Q A Isu Pulau Batu Puteh

Q A Isu Pulau Batu Puteh

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 300 hits
Q A ISU PULAU BATU PUTEH Perdana Menteri Ismail Sabri umum tubuh pasukan khas untuk kaji dan ambil tindakan undang undang ke atas pihak yang di dapati melakukan kecuaian dan kekhilafan kerana tidak meneruskan permohonan semakan penghakiman ...
Apa Rahsia Di Sebalik Keputusan Ph Isu Pulau Batu Puteh

Apa Rahsia Di Sebalik Keputusan Ph Isu Pulau Batu Puteh

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 274 hits
Ahmad Tarmizi SulaimanDaripada Pakatan Harapan ghairah dalam pelbagai rencana muslihat politik serta bercita cita kembali mengambil kuasa yang hilang ada baiknya tampil jujur menjelaskan isu Pulau Batu Puteh Dalam perkembangan terakhir dahu...
Harapan Should Face Music If It Neglected Pulau Batu Puteh Suit Khaled

Harapan Should Face Music If It Neglected Pulau Batu Puteh Suit Khaled

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 259 hits
Pakatan Harapan should be held responsible if it had neglected its duty by not pursuing a judicial review in the Pulau Batu Puteh legal dispute with Singapore while it was in power said an Umno vice president Mohamed Khaled Nordin made the ...
Hilangnya Pulau Batu Puteh Kepada Singapura Disalahkan Kepada Ph

Hilangnya Pulau Batu Puteh Kepada Singapura Disalahkan Kepada Ph

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 222 hits
Umno tidak perlu memperbodohkan rakyat Isu Pulau Batu Puteh ini isu di zaman kerajaan mereka Kes tuntutan Pulau Batu Puteh dibawa ke Mahkamah Antarabangsa di Belanda pada tahun 2007 Tahun 2007 itu kerajaan siapa yang memerintah Kemudian kep...
The Hidden Light Bioluminescence In Deep Sea Ecosystems

Bersarapan Di Warung Santai Santai Padu Ahak

Kes Tuntutan Palsu Rm450 Juta Datuk Dicekup Lagi

Mma No May 6 Symbolic Walk Of Healthcare Practitioners Just Peaceful Gathering Of Mostly Gps

Xiaomi Dilapor Akan Bekerjasama Dengan Huawei Dan Bbk Lancar Os Bebas Google

Suplemen Pesakit Ckd Dan Ihd

Ketua Polis Pahang Nasihat Orang Ramai Agar Hormati Undang Undang Jangan Ceroboh Tanah Kerajaan

Continuous Learning In Business


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kedah Tiga Penjenayah Mati Ditembak Polis Di Sik

Bersatu Atau Pas Tinggalkan Pn Dulu

Tak Perlu Besarkan Isu Cuti Panjang Rafizi Kata Nik Nazmi

Ada Tak Orang Menyesal Lepas Berdoa

Saya Cuba Jadi Morning Person Tapi Terjaga Pukul 3 Petang Kisah Sedih Seorang Pejuang Snooze

Ical Mosh Bintang Tidak Bersinar Chord