Pulau Pisang Bakal Terlepas


PETALING JAYA: Malaysia di­khuatiri hilang kedaulatan ke atas Pulau Pisang yang terletak di Pontian, Johor jika terus membiarkan negara lain membina dan mengurus rumah api di kepulauan tersebut, sekali gus bakal me­ngulangi nasib Pulau Batu Puteh.

Hal ini kerana Malaysia membenarkan Singapura mem­bina dan mengurus rumah api di Pulau Pisang sedangkan pulau berkenaan milik negara ini.

Rumah api Pulau Pisang dibina pada 1914 diuruskan Lembaga Maritim dan Pelabuhan Singapura.

Bercakap kepada Utusan Ma­laysia, penganalisis undang-un­dang antarabangsa Universi­ti Tek­nologi Mara (UiTM), Prof. Datuk Dr. Rahmat Mohamad berkata, tidak mustahil situasi itu memberikan peluang kepada negara asing untuk membuat tun­tutan pada masa akan datang walaupun ia tidak berlaku sekarang.

Katanya, walaupun Malaysia dan Singapura memeterai perjanjian untuk membenarkan republik itu membina rumah api bagi menguruskan perjalanan laluan kapal di perairan Johor tetapi tindakan itu seolah-olah ‘merestukan penguasaan ke atas kepulauan tersebut’.

Katanya, situasi sama berlaku di Pulau Batu Puteh sebelum ini apabila Singapura membina rumah api di pulau tersebut yang akhirnya menjadi alasan kemenangan negara itu ketika proses tuntutan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2008.

“Walaupun ICJ mengatakan Batu Puteh adalah milik Kesultanan Johor, sebaliknya apa berlaku adalah pembinaan rumah api menjadi asas kemenangan Singapura bagi menunjukkan negara itu menguasai kepulauan tersebut.

“Jadi, apa berlaku di Pulau Pisang adalah sama dengan Pulau Batu Puteh. Mungkin hari ini mereka tidak membuat sebarang tuntutan, tetapi tidak mustahil pada masa akan datang,” katanya.

Utusan Malaysia kelmarin melaporkan Malaysia boleh melupakan usaha mendapatkan hak Pulau Batu Puteh kerana peluang terakhir negara bagi menuntut kepulauan menerusi semakan undang-undang di ICJ telah pun berakhir pada 2018.

Semakan keputusan oleh ICJ boleh dilakukan tempoh 10 tahun dan perkara tersebut tidak boleh dilakukan pada sekarang meskipun negara mempunyai bukti baharu dan berasas.

Selaku peguam dilantik kerajaan negeri Johor ketika tuntutan Pulau Batu Puteh, Rahmat menegaskan, Malaysia perlu melupakan tuntutan kepulauan itu kerana segala usaha demikian tidak langsung mendatangkan sebarang hasil dan kerajaan seharusnya perlu fokus kawalan kedaulatan tanah air daripada terus terlepas kepada tangan ­asing.

Katanya, malah kerajaan perlu membuat pembangunan di Batuan Tengah bagi menunjukkan wujudnya penguasaan di kepulauan tersebut dan memfokuskan tuntutan hak Tubir Selatan.

“Sebaliknya apa berlaku kini pemimpin kita sibuk berpolitik setiap masa, tetapi kedaulatan terus tergugat apabila alpa de­ngan membiarkan hak milik kita sendiri diduduki orang asing,” katanya.

Dalam pada itu, Rahmat berpandangan adalah lebih baik sekiranya Malaysia mewujudkan jawatankuasa teknikal kawasan kemakmuran bersama bersama negara lain di lokasi pertikaian untuk membentuk kerjasama daripada segi alam sekitar dan isu saintifik yang boleh membawa impak kepada semua pihak.

“Jika membuat tuntutan di ICJ, bukan sahaja akan menjejaskan hubungan diplomatik tetapi kita tidak tahu kemungkinan pulau itu akan terus hilang di tangan pihak lawan,” katanya.

Sementara itu, pakar undang-undang maritim antarabangsa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Madya Dr. Mohd. Hazmi Mohd. Rusli berpanda­ngan daripada kerajaan menghabiskan waktu dan tenaga membuat semakan undang-undang terhadap Batu Puteh, lebih baik menetapkan sempadan maritim tetap antara Batuan Tengah dengan Batu Puteh de­ngan Singapura serta meletakkan Tubir Selatan di bawah kedaulatan negara.

Tambahnya, sekiranya pe­netapan sempadan maritim ini tidak dilakukan secepatnya, Singapura mungkin berpotensi menuntut wilayah laut yang lebih luas malah sekiranya Batu Puteh dianggap sebagai sebuah pulau besar dan bukan sekadar batuan kecil.

“Malah zon ekonomi eksklusif juga boleh dituntut Si­ngapura seperti dibenarkan di dalam Perkara 121 (1) Konven­syen Undang-undang Laut Antarabangsa 1982

“Kehilangan Batu Puteh adalah suatu pengajaran besar bagi Malaysia. Marilah kita menjaga Batuan Tengah yang memang kekal milik kita. Janganlah kita alpa sehingga kehilangan Tubir Selatan pula,” katanya.

Kelmarin bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mendakwa mempunyai bukti fakta dan asas kukuh bahawa Pulau Batu Putih adalah milik Malaysia.

Sebaliknya beliau kecewa apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad membuat keputusan menarik balik semakan dan pentafsiran penghakiman berhubung kepulauan itu pada 2018. – UTUSAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/10/pulau-pisang-bakal-terlepas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ceo Lhdn Ditamatkan Kontrak Apakah Najib Bakal Terlepas Bayar Cukai Rm1 7 Bilion

Ceo Lhdn Ditamatkan Kontrak Apakah Najib Bakal Terlepas Bayar Cukai Rm1 7 Bilion

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 229 hits
NASUHA RAHMANAhli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar tidak menolak bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bakal terlepas daripada membayar cukai RM1 7 bilion kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Ini kerana katanya kontrak Ketua Pe...
Selagi Ada Matahari Bintang Rumah Api Pulau Pisang Diurus Singapura

Selagi Ada Matahari Bintang Rumah Api Pulau Pisang Diurus Singapura

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 332 hits
PONTIAN Malaysia tidak akan hilang kedaulatan terhadap Pulau Pisang di sini tetapi rumah api di kepulauan tersebut akan diuruskan Singapura selagi terbitnya matahari dan bintang Ketetapan itu selaras perjanjian ditandatangani pada tahun 190...
Ma Bakal Gelar Sidang Kasasi Perkara Rizieq Syihab Hari Ini

Ma Bakal Gelar Sidang Kasasi Perkara Rizieq Syihab Hari Ini

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 196 hits
Ichwan menyampaikan untuk perkara Petamburan bukanlah dia yang mengajukan kasasi melainkan jaksa penuntut umum Dan untuk perkara tersebut telah sebagian kasasinya ditolak
Piala Malaysia Terengganu Bakal Tempang Tanpa Enam Pemain

Piala Malaysia Terengganu Bakal Tempang Tanpa Enam Pemain

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 305 hits
Foto FAMKuala Lumpur Piala Malaysia bakal bersambung pada 29 dan 30 oktober ini pasukan B23 negara sedang dalam fasa latihan bagi menghadapi kelayakan Piala Asia B23 2022 pada 27 hingga 31 oktober 2021 di Mongolia Foto FAMSeramai lima pemai...
Permainan Squid Game Bakal Dilancar Di Emiriah Arab Bersatu

Permainan Squid Game Bakal Dilancar Di Emiriah Arab Bersatu

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 257 hits
Dek demam Squid Game di seluruh dunia nampaknya ramai yang cuba meniru permainan itu tak kira di mana sahaja Terbaru Pusat Kebudayaan Korea di Abu Dhabi Emiriah Arab Bersatu akan mengacarakan program KCC Squid Game tak lama lagi Khabarnya d...
Sewa Perut Sudah Habis La Cepat Keluar Bakal Bersalin Minggu Depan Maryam Ryzal Teruja Tunggu Baby

Sewa Perut Sudah Habis La Cepat Keluar Bakal Bersalin Minggu Depan Maryam Ryzal Teruja Tunggu Baby

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 321 hits
Siapa yang tak sabar menantikan kelahiran bayi sulung Selepas mengumumkan kehamilan cahaya mata sulung mereka pada April lalu pasangan instafamous Maryam You Narae dan Ryzal Ibrahim yang lebih dikenali sebagai nama Durian Kimchi ternyata cu...
Hiburan Uqasha Senrose Dan Kamal Adli Bakal Bernikah 21 Oktober

Hiburan Uqasha Senrose Dan Kamal Adli Bakal Bernikah 21 Oktober

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 304 hits
Spekulasi pernikahan pasangan merpati dua sejoli Uqasha Senrose dan Kamal Adli ini terus menjadi tanda tanya dan persoalan ramai hingga ke saat ini ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementTerbaharu pasangan tersebut dikatakan bakal disatukan pada 21...
Hiburan Tak Sabarnya Nak Balik Kampung Pm Ismail Sabri Bakal Umum Kebenaran Rentas Negeri Dalam Masa Terdekat

Hiburan Tak Sabarnya Nak Balik Kampung Pm Ismail Sabri Bakal Umum Kebenaran Rentas Negeri Dalam Masa Terdekat

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 352 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri baru baru ini ada membuat pengumuman khas mengenai kebenaran rentas negeri yang dilaporkan akan dimaklumkan tidak lama sahaja lagi ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementUjar Ismail Sabri kebenaran itu akan d...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation