Nilai Hartanah Kawasan Banjir Dijangka Menyusut



Nilai hartanah di kawasan yang dilanda banjir dijangka terkesan, termasuk penurunan nilai sehingga 30 peratus membabitkan hartanah berharga lebih RM500,000 dalam tempoh setahun ke tiga tahun.
Namun, hartanah yang bernilai di bawah RM500,000 dijangka akan menyusut pada kadar minimum.
Ketua Pegawai Eksekutif ALIY Group of Companies, Datuk Mohd Ali Abdul Majis bagaimanapun menegaskan, bukan semua kawasan yang pernah dilanda banjir akan mengalami penurunan nilai, sebagaimana yang berlaku di Kelantan dan Terengganu.
“Untuk jangka masa pendek, orang akan rasa takut untuk membeli rumah yang ada sejarah banjir. Tapi, berdasarkan kejadian banjir yang berlaku sekarang ini, bukan semua kawasan yang dinaiki air ini pernah mengalami banjir.
“Bagi kawasan yang bukan biasa banjir, akan alami kesan jangka pendek iaitu orang akan takut dan mula berfikir sama ada untuk terus menetap di sana atau tidak, tapi selepas enam bulan ke setahun, ia akan cepat pulih.
“Walaupun ada yang akan berpindah, golongan yang akan datang selepas kesan jangka pendek ini akan ada kerana tak banyak rumah teres mampu milik di kawasan permintaan tinggi seperti kawasan perindustrian, kawasan banyak pekerjaan dan universiti,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Jelasnya, berbanding kawasan pembangunan baharu, harga rumah lebih mahal iaitu kira-kira RM1 juta di bandar Shah Alam dan antara RM600,000 ke RM800,000 di luar bandar Shah Alam.
Justeru, kawasan yang mempunyai banyak perumahan lama dan berharga di bawah RM500,000 seperti di Sri Muda, Seksyen 19, Seksyen 23, 25 dan 27 di Shah Alam masih akan menjadi pilihan terutamanya bagi golongan B40 dan M40.
Sementara itu, pakar dalam bidang pelaburan hartanah, Dr Azizul Azli Ahmad berkata, faktor bencana alam seperti tanah runtuh, banjir dan tanah jerlus merupakan antara indikator yang dinilai dalam menentukan susut nilai hartanah di sesuatu kawasan.
Namun jelasnya, turun naik sesuatu hartanah itu turut bergantung kepada lokasi kawasan berkenaan.
Mengambil contoh kawasan yang berkepadatan tinggi terutamanya di bandar besar, permintaan sewa masih lagi kekal namun daripada segi transaksi jual beli, orang akan ambil ia sebagai indikasi untuk penilaian.
“Saya percaya, orang masih perlukan rumah sewa untuk duduk, namun untuk transaksi jual beli, mungkin orang akan mula mempertimbangkan kawasan yang lebih baik dan selamat kerana hartanah bukan macam beli kereta.
“Kesan tetap ada tetapi orang akan lebih berhati-hati dan orang akan ‘marking’ kawasan itu sebagai kawasan yang pernah dilanda banjir.
“Tapi, jika dibuat perbandingan, Kelantan adalah antara negeri yang dilanda banjir setiap tahun tapi hartanah di Kelantan masih tetap tinggi, begitu juga di Terengganu.
“Jadi, selain faktor banjir, kadang-kadang faktor setempat seperti macam orang Kelantan ni, walau macam mana sekalipun, dia tetap nak balik dan menetap di Kelantan. Dia tahu akan berlaku banjir tapi dia akan buat rumah yang tinggi sedikit,” katanya.
Beliau berkata, kawasan TTDI Jaya di Shah Alam pada tahun 1990-an pernah mengalami banjir.
Bagaimanapun, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) membuat keputusan yang tepat dengan memperbesarkan kawasan tadahan hujan, menyebabkan kawasan itu agak lama tidak mengalami banjir.
“Jadi, seperti kawasan Sri Muda dan Seksyen 25 di Shah Alam, jika MBSA ambil tindakan yang komprehensif, mungkin sekali ini sahaja kawasan itu mengalami banjir. Apabila sungai didalamkan, kawasan tadahan hujan yang baharu ditambah, mungkin tidak akan berlaku banjir lagi.
“Nilai hartanah boleh meningkat balik kerana tiada sesuatu yang kekal. Saya yakin, terutamanya penempatan di kawasan bandar yang diuruskan oleh pihak berkuasa tempatan yang sistematik, tindakan pencegahan akan dilakukan dengan cepat.
“Sebagaimana di Kuala Lumpur, Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil tindakan cepat membuat Terowong SMART (Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir). Tindakan itu banyak menyelamatkan faktor harta benda,” ujar beliau.
Nilai hartanah kawasan banjir dijangka menyusut
Baca Artikel Menarik:
Yang penting Cina tempatan berjiwa Malaysia, kata Najib kepada Mahathir Najib label Mahathir rasis, pembohong ekoran isu Forest City Pelawak Achey Tegur Sistem Agihan Di PPS Sumbangan Orang Ramai Untuk Mangsa Banjir [VIDEO] ‘Abang Viva’ kini takut, malu “Cantik Weh Dia. Ada Iras Lisa BlackPink” Pelakon Didie Alias Dulu Dan Sekarang [VIDEO] Hina Nabi Muhammad bukan kebebasan bersuara – Putin Baby Shima dilabel betina bantu orang guna duit haram Guru agama baru selesai mengajar rentung kereta terbakar Doktor Kongsi Tentang Vaginismus Dan Pasangan Tak Pernah ‘Bersama’ Bila Suami Datang Dia Tolak” Gearbox X70 rosak tak selesai, pengguna berang hantar surat peguam Suzuki Katana kembali dengan lebih kompak Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bodohnya pemimpin ultra kiasu pertikai ‘PM tak hadir’ acara Krismas

The post Nilai hartanah kawasan banjir dijangka menyusut appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/12/28/nilai-hartanah-kawasan-banjir-dijangka-menyusut/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banjir Beberapa Kawasan Dijangka Alami Tekanan Air Rendah

Banjir Beberapa Kawasan Dijangka Alami Tekanan Air Rendah

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 190 hits
Oleh DIANA SURYA ABD WAHAB KUANTAN Hampir semua loji rawatan air di beberapa daerah yang mengalami banjir di negeri ini kembali beroperasi sepenuhnya bagi membekalkan air kepada pengguna Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Pahang Berhad ...
Banjir Nilai Hartanah Lembah Klang Mungkin Menurun

Banjir Nilai Hartanah Lembah Klang Mungkin Menurun

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 203 hits
Banjir Nilai hartanah Lembah Klang mungkin menurun Nilai hartanah di kawasan Lembah Klang termasuk beberapa kawasan di Shah Alam dan Hulu Langat Selangor yang dilanda banjir teruk baru baru ini berkemungkinan akan menurun dalam jangka masa ...
Hiburan Penghantaran Dan Perkhidmatan Pos Malaysia Di Kawasan Banjir Dijangka Mengalami Kelewatan

Hiburan Penghantaran Dan Perkhidmatan Pos Malaysia Di Kawasan Banjir Dijangka Mengalami Kelewatan

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 257 hits
Susulan tragedi banjir yang melanda sebahagian negeri di Malaysia perkhidmatan kurier Pos Malaysia dijangka akan mengalami sedikit kelewatan bagi urusan penghantaran bungkusan dan mel di kawasan kawasan yang terjejas banjir Perkara tersebut...
Awas Banjir Malam Tahun Baharu Dijangka Melanda Pantai Timur

Awas Banjir Malam Tahun Baharu Dijangka Melanda Pantai Timur

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 263 hits
FAZLI RADZIMalam tahun baharu 2022 dijangka menyaksikan banjir serentak di empat negeri iaitu Kelantan Terengganu Pahang dan Johor Ramalan Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati bah akan berlaku bermula Jumaat dan Sabtu ini susulan amaran ...
Boleh Pulak Dia Makan Angin Di Iran Ketika Kawasan Parlimennya Banjir

Boleh Pulak Dia Makan Angin Di Iran Ketika Kawasan Parlimennya Banjir

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 383 hits
Seorang ahli Parlimen Amanah dikecam pengguna media sosial selepas memuat naik gambar bercuti di Iran di Facebook ketika kawasan Parlimennya teruk dilanda banjir Rata rata pengguna media sosial meluahkan rasa kemarahan terhadap Ahli Parlime...
9 Mayat Ditemui Di Kawasan Banjir Shah Alam

9 Mayat Ditemui Di Kawasan Banjir Shah Alam

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 233 hits
Polis berkata dua mayat lelaki dijumpai masing masing di lampu isyarat Kemuning Utama Seksyen 33 dan satu lagi di Jalan Utama masuk ke Alam Idaman Seksyen 22 pada Ahad lepas SHAH ALAM Sembilan mayat ditemui di sekitar Shah Alam setakat ini ...
Ahli Parlimen Lembah Pantai Gotong Royong Bersih Kawasan Banjir

Ahli Parlimen Lembah Pantai Gotong Royong Bersih Kawasan Banjir

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 287 hits
Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil melawat di beberapa kawasan terkesan banjir dan membantu membersihkan sampah sarap Beliau berpuas hati dengan kerjasama yang ditunjukkan khususnya dalam gotong royong di Kampung Pasir bersama sukarel...
Jelebu Kawasan Paling Kering Alami Banjir Terburuk

Jelebu Kawasan Paling Kering Alami Banjir Terburuk

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 203 hits
BH ONLINE Begitu banyak kerosakan yang ditinggalkan oleh bencana banjir yang melanda Jelebu baru baru ini termasuk ada yang kehilangan tempat tinggal Foto BERNAMA SEREMBAN Bencana banjir yang melanda lapan negeri termasuk Negeri Sembilan pa...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Cat888 1 2024