Nilai Bahagia Atau Syukur


KONSEP Keluarga Malaysia yang telah dilancarkan secara rasmi adalah gagasan praktikal yang perlu dijadikan ideologi negara, yakni prinsip sebagai panduan untuk rakyat hidup bernegara tanpa mengira etnisiti atau wilayah yang dihuni sebagai kelompok kekal di negara tercinta ini. Ini kerana keluarga bukan sahaja institusi sosial yang paling dekat dengan manusia, ia juga nilai penting pada etika dan akhlak manusia.

Oleh itu, konsep ini mudah difahami untuk diterima baik oleh setiap rakyat dari semua lapisan di segenap pelosok Malaysia. Sebagai ideologi negara, konsep Keluarga Malaysia akan bertindak sebagai pemangkin kepada perpaduan negara, iaitu hubungan etnik antara pelbagai kaum dan integrasi nasional yakni hubungan wilayah Semenanjung-Sabah-Sarawak.

Dengan ini, ia bukan sahaja akan mempertingkat hubungan itu agar lebih mantap, ia juga akan mencorakkan destini negara supaya selalu makmur. Oleh itu, konsep ini hendaklah bermula pada landasan tepat selain betul.

Ini bermakna prinsipnya sebagai panduan itu harus persis untuk difahami dengan baik bagi tujuan amalan yang serupa oleh semua rakyat. Sehubungan itu, tiga nilai keluarga iaitu keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran diangkat sebagai tiga nilai teras pada konsep Keluarga Malaysia.

Dengan itu, ia bermakna tiga nilai ini adalah panduan utama pada konsep Keluarga Malaysia. Sehubungan itu, keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran pula masing-masing mempunyai pelbagai ciri untuk mendukungnya.

Sebagai nilai, ia adalah piawai baik dan terpuji. Selaku ciri pula, ia merupakan unsur untuk menyokong. Natijahnya di sini ialah pemahaman baik tentang perbezaan makna antara nilai dengan ciri, antaranya akan menentukan kejayaan pelaksanaan konsep ini selari dengan matlamatnya yang berdasarkan rasional tuntas.

Sehubungan itu, tiga nilai pada institusi keluarga dipilih khas untuk menjadi tiga prinsip utama pada konsep Keluarga Malaysia. Untuk ini, ia ikut dinyatakan dalam bahasa Inggeris pada masa ini yang pasti akan juga diterjemahkan ke dalam bahasa Mandarin dan Tamil sebagai kebiasaan pada beberapa siaran kerajaan yang penting sebelum ini.

Daripada tiga nilai pada konsep itu, kelihatan ada semacam kesilapan berlaku antara perkataan bahasa Melayu dengan yang berbahasa Inggeris. Ini kerana bukan sahaja kedua-duanya berbeza, ia juga memberi pemahaman berlainan.

Ini pasti bukan sahaja akan mempengaruhi penerangannya nanti kepada khalayak, ia juga akan menjejaskan pemahaman konsep Keluarga Malaysia itu sendiri sebagai ideologi negara. Ini kerana perkataan kesyukuran dalam bahasa Melayu sama sekali berbeza pengertiannya dengan contentment dalam bahasa Inggeris.

Perkataan dalam bahasa Melayu adalah bentuk rasminya kerana dicetak dengan huruf tebal selain berada di atas. Oleh itu, ia boleh dianggap sebagai perkataan sahih yang kemudiannya dicari padanannya dalam bahasa Inggeris.

HATI
Secara umumnya, kesyukuran membawa erti menghargai atau mengiktiraf sesuatu, berterima kasih atau terhutang budi kepada pihak yang melakukan sesuatu itu. Secara rohaninya, ia berkenaan penzahiran rasa penghargaan atas sesuatu nikmat yang dipercayai adalah anugerah daripada Tuhan.
Perkataan contentment langsung tidak mempunyai maksud sebegitu. Ia hanya bermakna kepuasan (hati), kegembiraan, perasaan senang dan seronok serta yang seumpama itu. Dengan kata lain, ia langsung tiada pengertian terima kasih, apatah lagi syukur secara rohani itu.

Dengan wujudnya dua perkataan yang maknanya berbeza, bukan sahaja konsep Keluarga Malaysia sebagai aspirasi jangka panjang dikhuatiri tidak boleh mencapai matlamat, hala tujunya juga dibimbangi akan tersasar. Ini kerana mesej yang mahu disampaikan itu berlainan, justeru hasilannya nanti juga akan berbeza.

Sehubungan itu, konsep Keluarga Malaysia sebagai perutusan induk didapati membawa mesej berbeza pada versi bahasa Melayu dan bahasa Inggerisnya pada nilai ketiga, iaitu kesyukuran dan contentment.

Apabila diteliti dengan lebih hemat pada catatan ringkas konsep Keluarga Malaysia yang disebarkan pada majlis prapelancarannya, kelihatan nilai ketiga itu lebih menjurus kepada makna kepuasan daripada kesyukuran. Ini antaranya dapat dilihat dengan jelas pada hasrat untuk mengukur nilai itu dengan mewujudkan mekanisme keberhasilan kebahagiaan dalam bentuk Key Happiness Outcome.

Tidak dapat dinafikan banyak dasar kerajaan digubal dalam bahasa Inggeris dan kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Dalam kes konsep ini, kelihatan jelas bahawa itu juga caranya. Apabila itu caranya, tidak menghairankan versi bahasa Melayu itu bukan sahaja sering salah, ia juga selalu berbunyi pelik dari banyak segi.

Antaranya pemilihan kata, struktur ayat dan wacana penyampaian.

Untuk memastikan konsep Keluarga Malaysia difahami sebaik-baiknya apabila mahu dijayakan nanti, tiga nilai yang diangkat itu haruslah bukan sahaja tepat sebagai mesej teras dalam semua bahasa, ia juga harus dapat membantu mencapai gagasan utamanya. Antara yang terpenting ialah perpaduan negara dan integrasi nasional melalui rasa puas dan senang hati rakyat daripada pelbagai etnik di semua wilayah di negara ini terhadap urus tadbir negara.

Dengan ini, pemilihan perkataan pada konsep Keluarga Malaysia hendaklah tepat agar maknanya betul. Oleh itu, ia adalah kepuasan yang boleh digantikan dengan kebahagiaan yang tidak selalunya diikuti kesyukuran, walaupun itulah nilai yang seafdal-afdalnya. 
Oleh: Prof. Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/10/nilai-bahagia-atau-syukur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Melaka Kerjasama Pn Atau Bertanding Sendirian Umno Buat Keputusan 14 Oktober

Prn Melaka Kerjasama Pn Atau Bertanding Sendirian Umno Buat Keputusan 14 Oktober

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 340 hits
KUALA LUMPUR UMNO akan membuat keputusan sama ada akan bertanding secara sendirian atau bekerjasama dengan Perikatan Nasional pada pilihan raya negeri Melaka pada 14 Oktober ini kata Setiausaha Agungnya Datuk Ahmad Maslan Katanya perkara it...
Saya Tidak Tahu Ph Boleh Sabar Atau Tidak Untuk Teruskan Persefahaman Ini

Saya Tidak Tahu Ph Boleh Sabar Atau Tidak Untuk Teruskan Persefahaman Ini

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 201 hits
SURI LAILAKejatuhan kerajaan Negeri Melaka sehingga menyaksikan pembubaran Dewan Undangan Negeri mengundang rasa tidak senang pada Pakatan Harapan yang telah membuat perjanjian persefahaman dan kestabilan politik dengan Perdana Menteri Datu...
Tiada Umno Baru Atau Umno Lama Kata Zahid

Tiada Umno Baru Atau Umno Lama Kata Zahid

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 657 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengulas laporan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih dikenali sebagai Ku Li yang bermesyuarat bersama sekumpulan veteran Umno bagi membincangkan usaha mewujudkan Umno lama semalam Kam...
Berapa Jumlah Honor Pemateri Seminar Webinar Atau Pelatihan

Berapa Jumlah Honor Pemateri Seminar Webinar Atau Pelatihan

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 497 hits
Berapa jumlah honor pemateri atau narasumber seminar webinar atau pelatihan dan sejenisnya Berapa besaran fee atau bayaran buat pembicara atau instruktur Adakah standarnya Jika yang menyelenggarakannya lembaga pemerintah maka honor pemateri...
Buang Bekas Makanan Botol Minuman Plastik Yang Telah Lama Digunakan Atau Rosak Bercalar Bahaya Untuk Kesihatan

Buang Bekas Makanan Botol Minuman Plastik Yang Telah Lama Digunakan Atau Rosak Bercalar Bahaya Untuk Kesihatan

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 243 hits
Pada 2 Mac 2011 Kementerian Kesihatan telah membuat pengumuman mengharamkan penjualan botol susu polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A di pasaran tempatan berkuatkuasa pada 1 Mac 2012 BPA merupakan bahan kimia yang digunakan dalam pembu...
Prn Melaka Boleh Atau Tidak

Prn Melaka Boleh Atau Tidak

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 187 hits
Dr Musa Mohd Nordin7 Oct 2021Ada beberapa indikator kesihatan awam yang asas yang harus dipenuhi sebelum kerajaan membenarkan piliharaya diMelaka Kesemua data kesihatan awam ini mesti dinilai secara integratif supaya memberi petunjuk yang h...
Hiburan Pelakon Tak Perlu Merungut Atau Cerita Di Media Sosial Dibayar Murah Faizal Hussein

Hiburan Pelakon Tak Perlu Merungut Atau Cerita Di Media Sosial Dibayar Murah Faizal Hussein

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 262 hits
Pelakon Faizal Hussein mengutarakan pendapatnya mengenai seseorang pelakon tidak seharusnya bercerita atau merungut di media sosial apabila dibayar murah ataupun disenarai hitam ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMenurut pelakon yang pernah men...
Blog Lambat Loading Internet Problem Atau Blog Yang Problem

Blog Lambat Loading Internet Problem Atau Blog Yang Problem

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 345 hits
Baru baru ni ramai blog yang mengalami masalah blog lambat loading blog loading slow lain macam Lama betul loading sampai kena refresh sekali barulah dia loading macam biasa Blog saya pun terkesan sama Ada rakan blogger bagitahu blog saya l...
Guna App Maps Senang Nak Tahu Lokasi Pasangan Atau Anak Bila Keluar Rumah

Guna App Maps Senang Nak Tahu Lokasi Pasangan Atau Anak Bila Keluar Rumah

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 372 hits
Teknologi sekarang sebenarnya banyak membantu jika digunakan dengan betul Begitu juga dalam hal melibatkan pengesanan ahli keluarga yang tidak ada bersama dengan kita Ada beberapa aplikasi yang boleh digunakan dan salah satunya teknik track...
Khutbah Dikuasai Dap Laporan Polis Dibuat Pada Pemimpin Pas

Many Malaysians At Risk Of Depression Says Dzulkefly

Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Lelaki Oku Tetak Bapa Akhirnya Ditahan Setelah Dua Hari Menghilangkan Diri

Lirik Lagu Sesalku Edysport

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns

Zarina Anjoulie Dakwa Bekas Suami Culas Bayar Nafkah Zaman Sekarang Banyak Bapa Tak Guna Tengok Anak Pun Taknak


echo '';
Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3


Drama Deejay Kampung

Anggrek Cinto Putiah Babungo Ungu Chord

Bufet Ramadan 2025 Sinar Ramadan Di I Dahlia Corner

Penerangan Jenis Jenis Hidung Manusia Dan Ciri Hidung Menarik

Dua Pilihan

Umrah Diy Panduan Lengkap Tips Penting