Hmm siapa yang kancheong dengan Korea bolehlah lepas ni pergi ke Marrybrown yang mana, bermula pada 8 April 2021 ni, korang boleh mula nikmati ayam Gangjeong sentuhan inspirasi daripada negara Korea tau. Yeahhhhh pasni jangan Gangjeong dah ye.
Sajian istimewa Ayam Gangjeong ni disaluti dengan gabungan mantap sos pedas kemanisan. Kinah yakin ayam Ganjeong ni mesti kena dengan citarasa korang. Korang boleh pilih sama ada untuk menikmati dua atau tiga ketul ayam dari Kombo Ayam Gangjeong bermula dengan harga RM17.90.
Kalau teringin nak makan burger, burger dihidangkan dengan charcoal bun, iaitu Kombo Burger Gangjeong yang bermula dengan harga RM15.90. Semua kombo ni disajikan dengan Potato Wedges dan segelas Coca Cola ® Rasa Asli.
Bagi yang ingin menikmati kedua-dua Ayam Gangjeong dan Gangjeong burger, Gangjeong Box adalah pilihan yang tepat untuk korang. Set ini dilengkapi dengan burger Gangjeong dan dua ketul ayam Gangjeong termasuklah segelas Coca Cola ® perisa asli serta potato wedges. Kesemua ini korang boleh beli dengan harga RM25.80.
Bagi mereka yang "hidup tak lengkap tanpa nasi, Marrybrown rice bowl sangat sesuai dengan citarasa korang. Bermula dengan harga RM11.90, Kombo Gangjeong Rice Bowl didatangkan dengan nasi kukus dan potongan ayam bersama sedikit sos pedas manis. |
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |