Nikmati Kopi Lovns Dengan Cawan Berinsulasi Ais Pertama Dunia
NIKMATI LOVNS COFFEE DENGAN CAWAN R-PET BERINSULASI AIS PERTAMA DUNIA | Assalammualaikum semua! Dah lama Ruby tak berkongsi aktiviti memburu kopi. Kali ini Ruby nak kongsikan keunikan kopi di kafe yang lain dari yang lain iaitu di kafe LOVNS. Dibuka secara rasmi pada 28 Julai 2024 dan cawangan pertama LOVNS adalah di 1Utama Shopping Centre (New Wing). Lokasi yang sangat strategik di pintu masuk 1Utama Ground Floor.
Kafe ini tiada bahan-bahan berasaskan alkohol dan khinzir. Semua bahan-bahan yang ada di sini dari pembekal yang memiliki Sijil Halal JAKIM. Kafe ini juga dalam usaha untuk mendapatkan Sijil Halal JAKIM agat kita semua boleh menikmati kopi enak dari LOVNS tanpa ragu-ragu.
Jenama LOVNS didorong oleh sifat belas kasihan dan berdedikasi dermawanan. Diinspirasikan daripada kisah mereka yang memerlukan, pengasas mencipta jenama kopi yang menggabungkan kualiti premium dengan sokongan amal. Setiap cawan LOVNS adalah satu langkah ke arah membuat perubahan positif dunia.
Apa yang unik lagi di LOVNS adalah, menu minuman dicipta oleh Juara Barista Antarabangsa. Pada pendapat Ruby, proses ini tidak mudah. Rasa dan kualiti sangat penting bagi penggemar kopi. Ada yang menggemari kopi dengan tambahan espressso dan ada juga yang menggemari susu dari susu segar, susu bukan tenusu dan lain-lain. Begitulah subjektif pilihan minuman setiap manusia.
Ruby semasa di kafe LOVNS
Lokasi kafe LOVNS di Ground Floor, 1Utama Shopping Centre (New Wing)
LOVNS WORLD'S FIRST PATENTED ICE-INSULATED COFFEE CUPTahniah LOVNS kerana berjaya mencipta cawan yang bermanfaat. Pencarian global pengasas LOVNS untuk cawan yang sempurna membawa kepada kerjasama dengan barista juara bersara, menghasilkan resipi tandatangan kami. Setiap butiran, daripada ramuan hingga reka bentuk cawan, mencerminkan komitmen kami terhadap kecemerlangan dan kemampanan. Kami menyasarkan Kopi LOVNS terkenal dengan cita rasa yang hebat dan kerja amal yang berkesan, menyatukan pelanggan, pekerja dan keluarga mereka ke arah masa depan yang lebih cerah dengan setiap teguk.
Bekerjasama dengan juara barista yang terkenal dengan inovasi minuman tanpa ais bagi mengekalkan minuman kekal sejuk. LOVNS melalui proses mencari material dan mengubah suai reka bentuk cawan secara meluas dengan pereka serta mencubanya. Maka, inovasi kopi dikelilingi ais tercetus. Idea inovatif ini, dikongsikan oleh pengasas yang membawa kepada penciptaan World’s First Patented Ice-Insulated Coffee Cup. Kini, kita semua boleh menikmati minuman dengan kualiti rasa yang sama sehingga 2 jam!
Cawan LOVNS Signature diperbuat dari bahan-bahan kitar semula yang dikenali sebagai Recycled Polyethylene Terephthalate (r-PET). Merupakan plastik yang diperbuat daripada sisa buangan PET daripada perniagaan dan pengguna.
Perbandingan cawan LOVNS Signature World’s First Patented Ice-Insulated Coffee Cup dalam dua keadaan iaitu sebelum dibekukan dan setelah dibekukan.
Cawan LOVNS Signature setelah dibekukan, ia adalah teknik lawan arah graviti agar ais membeku sekata di seluruh cawan
BIJI KOPI LOVNS MEDIUM ROAST DAN DARK ROAST DARI THAILAND DAN BRAZILDi LOVNS, dua jenis biji kopi yang digunakan bagi memenuhi permintaan penggemar kopi. Dua jenis biji kopi yang digunakan di sini memberi aroma yang digemari oleh pelanggan. Karakter aroma kopi memiliki perbezaan apabila anda mendalami bau dan menikmati rasa. Medium Roast menggunakan biji kopi dari Thailand. Manakala untuk Dark Roast adalah campuran biji kopi Thailand dan Brazil.
Thailand adalah salah satu pengeluar kopi teratas di dunia, tetapi statusnya sebagai asal kopi belum diketahui secara meluas. Thailand secara tradisinya mengeluarkan kopi jenis Robusta untuk kegunaan perindustrian, tetapi negara itu dengan cepat menjadi pengeluar untuk kopi Arabica dan kopi Robusta yang istimewa.
Asalnya unik kerana ia mengeksport kopi yang sangat sedikit dan sebahagian besar penggunaannya kekal di negara Thailand sahaja. Terdapat ekosistem kopi khusus yang berkembang pesat di mana petani, pemanggang, kafe dan pengguna wujud bersama secara simbiotik. Kini anda boleh mendapatkan kopi istimewa dari Thailand di LOVNS
MENU LOVNS SIGNATUREDi LOVNS, terdapat sepuluh minuman Signature yang menjadi kegemaran ramai. Disediakan dalam saiz 12 auns minuman. Semua minuman, terutamanya minuman Signature dinamakan dengan perkataan positif yang menjadikan setiap cawan bermakna. Sebahagian daripada keuntungan daripada setiap cawan kopi yang dijual akan disalurkan kepada tabung untuk membantu mereka yang memerlukan.
“Nama-nama minuman di LOVNS memiliki kata-kata semangat untuk memberi inspirasi kepada anda. Selain minuman yang sedap dicipta oleh Juara Barista Antarabangsa, nama minuman itu sendiri memberi aura positif. Membawa kegembiraan kepada dunia melalui kopi yang luar biasa dan sokongan amal. Untuk mewujudkan komuniti kopi global yang menyebarkan kebahagiaan dan memberi impak positif kepada mereka yang memerlukan.” - Lim Zhe Hao, Pengasas LOVNS
“Saiz cawan di LOVNS terdapat lima jenis. Untuk minuman panas, anda boleh memesan dalam cawan hitam saiz 14 auns atau 16 auns. Manakala untuk minuman sejuk dalam cawan plastik biasa 12 auns dan 22 auns. Cawan Signature World’s First Patented Ice-Insulated Coffee Cup pula bersaiz 12 auns. Harga minuman di LOVNS bermula dari RM 13.90 hingga RM 22.90” - Sofea, Barista LOVNS
SIGNATURE CAFFEINEDream LatteInspired LatteJoy LatteWonderful LattePassion LatteInnovative Cold BrewAircanoSIGNATURE CAFFEINE FREESuccessful ChocolateAlive MatchaPleasant MatchaWonderful TaroHappiness TeaCLASSIC COFFEEAmericano HotEspresso Latte Hot/ColdLatte Hot/ColdCappucino Latte Hot/ColdFlat White Hot/ColdMocha Hot/ColdCLASSIC NON-COFFEEMatcha HotChocolate Hot Dream Latte
Dream Latte dihasilkan dengan LOVNS Milk eksklusif dengan double shot espresso. Campuran indah ini menawarkan rasa kopi yang mantap dengan tekstur halus yang mewah
Wonderful Latte
Wonderful Latte dihasilkan daripada campuran susu taro dengan espresso yang mantap, ia menawarkan pengalaman dua lapisan yang menarik, menghasilkan kepuasan yang unik
Passion Latte
Passion Latte merupakan gabungan kaya LOVNS Milk dan espresso berganda, dicampur bersama decadent cookie syrup dan di atasnya velvety cookie cream. Rasai keenakan biskut dengan tegukan pertama, menjadikannya minuman yang benar-benar menarik
Aircano
Aircano merupakan Americano klasik diselitkan dengan wap, menghasilkan tekstur yang licin, baldu dengan buih. Kaedah unik ini meningkatkan rasa Americano yang kaya, menawarkan pengalaman kopi yang menarik dan memuaskan
Successful Chocolate
Successful Chocolate merupakan minuman mewah kaya dengan coklat, buih licin, biskut rangup dan salted caramel sauce. Pengalaman rasa yang tiada tandingannya bagi penggemar coklat
Joy Latte - Alami gabungan sempurna espreso yang kaya dengan LOVNS Milk, ditambah dengan salted caramel sauce yang enak
Inspire Latte - Nikmati perisa espresso kami yang kaya, dipadankan dengan LOVNS Milk dan pati kacang hazelnut panggang
Alive Matcha - Nikmati single-origin Yame matcha dengan kekacang seperti pistachio yang unik, disajikan dengan LOVNS Milk yang kaya. Pengalaman rasa yang halus dalam setiap tegukan
Happines Tea - Nikmati minuman teh sejuk yang dihiasi dengan buih berkrim taro yang kaya. Pengalaman rasa yang unik dan menyegarkan pada bila-bila masa
Wonderful Milk - Nikmati minuman susu taro iaitu adunan berkrim yang kaya dengan pengalaman rasa yang menyenangkan
LOVNS MILKNak tahu apa yang membuatkan minuman kopi di LOVNS lebih sedap? Jenama ini memiliki susunya tersendiri. Kebanyakan minuman LOVNS Signature diperbuat dengan LOVNS Milk, jangan bimbang jika pelanggan tidak menggemari rasa manis, anda boleh gantikan dengan pilihan susu lain yang tersedia di sini. Walau apa pun, Ruby nak anda cuba LOVNS Milk. Nikmati kopi anda dengan rasa yang lebih lemak manis seimbang. Cuba dulu, baru tahu
NIKMATI LOVNS TANPA STRAWNikmati kopi LOVNS tanpa penghirup minuman iaitu straw. Sangat disyorkan untuk tidak menggunakan straw tetapi menghirup terus untuk mendapatkan rasa terbaik lapisan demi lapisan kopi LOVNS. Apabila Ruby mencuba minuman dari LOVNS, Ruby dapat rasakan keseimbangan kopi Robusta dan Arabica. Secara ringkas, apabila menikmati minuman berasaskan kopi, Ruby menggambarkan kopi dengan campuran manis dan pahit yang baik, selalunya dengan sedikit keasidan. Kopi berasal daripada biji botani yang mengandungi ratusan sebatian perisa yang menyukarkan untuk menentukan rasa kopi yang tepat atau membandingkannya dengan yang lain. Apabila sudah suka dengan sesuatu jenama, kita akan setia. Setuju
Ruby bersama minuman LOVNS Signature Dream Latte
Ruby sedang menikmati LOVNS Signature Dream Latte bersama pastri Croissant Cajun Beef & Cheese. Teman yang sempurna untuk kopi LOVNS.
PESAN DAN BAWA PULANG KOPI LOVNSMenjadi kebiasaan untuk Ruby bungkus bawa pulang secawan kopi apabila sudah selesai urusan mesyuarat bersama client, membeli-belah barang dapur di AEON atau menonton wayang di pusat membeli-belah 1Utama. Kalau Ruby beli kopi, mesti ada pastri untuk anak-anak juga. Minuman sejuk memang jarang Ruby beli bawa pulang sebab nanti ais akan cair dan membuatkan rasa minuman tawar. Ruby mencuba bawa pulang minuman sejuk dari LOVNS. Ternyata berjaya ya! Lain kali boleh beli untuk seisi keluarga.
Ruby menikmati LOVNS Signature Alive Matcha ketika mengambil anak pulang dari sekolah.
Perjalanan dari 1Utama ke Wangsa Maju ambil masa hampir satu jam dan minuman ini masih kekal sejuk dan paling mengujakan adalah rasa yang masih sama seperti baru terima dari barista. Nampak tak ais masih beku di cawan tu? Jadi, jom ngopi di LOVNS.. Anda boleh membeli minuman dan makanan di LOVNS 1Utama atau memesan di aplikasi GRAB
LOVNSLot G316A, 1Utama Shopping Centre (New Wing), Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, SelangorWaktu Operasi: 8AM - 10PM
"Make Every Cup Meaningful"
www.lovnscoffee.com | instagram | facebook
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ruby.my/2024/10/nikmati-kopi-lovns-dengan-cawan.html