Tahniah Ds Anwar Ibrahim Pmx Pemimpin Islam Berpengaruh Di Dunia Diman




Perdana Menteri Anwar Ibrahim menduduki tempat ke-15 sebagai individu Islam paling berpengaruh di dunia, berdasarkan edisi terbaru The Muslim 500: The World's 500 Most Influential Muslim 2025. Perkara itu dikongsikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menerusi hantaran di aplikasi X hari ini, yang mengucapkan tahniah kepada perdana menteri apabila berjaya menaikkan kedudukannya di tangga ke-15 berbanding ke-17 tahun lepas bagi kategori sama. “Kejayaan ini menunjukkan satu teladan ketokohan dan kepimpinan yang inklusif untuk masyarakat berbilang kaum,” menurut Nga dalam hantaran berkenaan. Berdasarkan penerbitan itu, Anwar merupakan antara 50 individu yang tersenarai sebagai individu Islam paling berpengaruh di dunia selain Raja Jordan Raja Abdullah II Al-Hussein yang menduduki tangga pertama; Raja Arab Saudi Raja Salman Abdul-Aziz Al-Saud (kelima); dan Presiden Indonesia Prabowo Subianto (ke-18). The Royal Islamic Strategic Studies Centre (RISSC) yang menerbitkan buku itu juga berkata Anwar berada di tangga kesembilan bagi kategori pemimpin dan ahli politik Islam berpengaruh dunia, mengatasi Prabowo (ke-10) dan Presiden Mesir Abdel Fattah Saeed Al-Sisi (ke-11). Penilaian ke atas mereka dibuat berdasarkan pengaruh masing-masing dalam membuat perubahan dari segi budaya, ideologi, kewangan, politik dan lain-lain ke atas komuniti Islam dan juga di peringkat antarabangsa. Dalam pengenalan ringkas mengenai Anwar, penerbitan itu menyatakan perdana menteri lantang mengenai perjuangan rakyat Palestin dalam menghadapi kekejaman Israel. "(Anwar) Ibrahim telah menjadi penyokong lantang hak Palestin untuk menentang pendudukan. Pertemuannya dengan pegawai Hamas (termasuk pemimpin Hamas yang dibunuh, Allahyarham Ismail Haniyeh) telah mendapat kritikan daripada Amerika Syarikat. "Siaran media sosialnya yang menyampaikan ucapan takziah selepas pembunuhan Ismail Haniyeh telah diturunkan, yang mendorongnya untuk berkata: "Biar ini menjadi mesej yang jelas dan tidak berbelah bahagi kepada Meta: hentikan sikap pengecut ini dan berhenti bertindak sebagai instrumen rejim Zionis Israel yang menindas," menurut penerbitan itu.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/10/tahniah-ds-anwar-ibrahim-pmx-pemimpin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perkembangan Usul Undi Tidak Percaya Ds Anwar Ibrahim Pmx Berada Di Pak

Perkembangan Usul Undi Tidak Percaya Ds Anwar Ibrahim Pmx Berada Di Pak

papar berkaitan - pada 3/10/2024 - jumlah : 329 hits
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengesahkan sekali lagi tidak menerima sebarang usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Beliau berkata tidak sebarang percubaan untuk menghantar usul undi tidak per...
Lirik Lagu Dunia Baru Islam 2024 The Zikr

Lirik Lagu Dunia Baru Islam 2024 The Zikr

papar berkaitan - pada 5/10/2024 - jumlah : 862 hits
DUNIA BARU ISLAMMasih basah kenangan indahZaman cemerlang era gemilangKetika Rasul ada di sisiPara sahabat mentadbir bumiZaman nubuwwah era khulafa Islam laksana api yang menyalaMenerangi teman dan juga sahabatBahang panasnya membakar lawan...
Akhirnya Video Keluar Interview Cnbc Bersama Dengan Pm Ds Anwar Ibrahim

Akhirnya Video Keluar Interview Cnbc Bersama Dengan Pm Ds Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 8/10/2024 - jumlah : 335 hits
ADA JUGA VIDEO INTERVIEW YANG DIPOTONG POTONG OLEH GENG PEMBANGKANG UNTUK MEMBERIKAN MAKSUD YANG LAIN DAN TUJUAN UNTUK MENJATUHKAN PMX AKHIRNYA VIDEO KELUAR INTERVIEW CNBC BERSAMA DENGAN PM DS ANWAR IBRAHIM
Anwar Nafi Bincang Tolak Islam Dalam Perlembagaan

Anwar Nafi Bincang Tolak Islam Dalam Perlembagaan

papar berkaitan - pada 6/10/2024 - jumlah : 432 hits
IPOH Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak sesekali akan mengubah ketetapan Islam sebagai agama rasmi Perlembagaan Persekutuan seperti didakwa oleh seorang pemimpin pembangkang baru baru ini Anwar berkata kenyat...
Panas Mimpi Apa Ini Ds Anwar Pmx Bidas Pembangkang Parti Pas Memfitna

Panas Mimpi Apa Ini Ds Anwar Pmx Bidas Pembangkang Parti Pas Memfitna

papar berkaitan - pada 7/10/2024 - jumlah : 452 hits
Pembangkang sekali lagi membuat tuduhan jelik dengan menabur fitnah dan kebencian terhadap Kerajaan Harus diingat bahawa Kerajaan sama sekali tidak pernah berbincang untuk mengubah prinsip sama ada bahasa atau Islam atau hak keistimewaan Me...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Hentian Rehat Rawat Seremban

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Senarai Sampah Untuk Ganjaran Diri

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun

Trio Basikal Trek Negara Cipta Sejarah Rangkul Emas Dan Pecah Rekod Kebangsaan Di Sukan Sea 2025

Ini Senarai 10 Hotel Yang Terdekat Dengan Masjidil Haram