Nikmati Kelazatan Menu Padang Besar Di Restoran Mai Kedaghah


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Kalau sebut sahaja makanan Utara, pastinya Laksa antara menu yang aku paling suka. Yalah, dilahirkan dan dibesarkan di sana, laksa antara menu wajib ada ketika hari raya dan sebagainya. Kalau nak makan makanan ala Thai yang sedap-sedap pula mesti akan ke kawasan Padang Besar, Perlis

Okay, sekiranya anda craving atau rindu nak makan makanan ala Thai dan Utara, aku sarankan untuk anda datang ke Restoran Mai Kedaghah yang terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

NIKMATI MAKANAN INSPIRASI PADANG BESAR DI 
RESTORAN MAI KEDAGHAH, SEPANGRestoran Mai Kedaghah ini merupakan sebuah restoran yang menyediakan pelbagai menu menarik dari Padang Besar, Perlis dan juga Utara tanah air. Terletak sekitar 20 minit sahaja dari KLIA, restoran ini sememangnya menjadi lokasi pilihan terutamanya bagi mereka yang mencari citarasa utara di Sepang dan kawasan sekitarnya. 
Mula beroperasi sejak 16 Julai 2023, Restoran Mai Kedaghah ini diusahakan oleh Puspa Gomen dan suaminya, Kasyah. Ya, merekalah pasangan Tiktokers yang popular dan kini melebarkan sayap perniagaan melalui Restoran Mai Kedaghah. 

Mengenai Puspa Gomen, beliau merupakan seorang figura yang mula dikenali seawal tahun 2018 di Tiktok. Beliau aktif dengan pelbagai video komedi dan sehingga kini telah menyertai pelbagai rancangan di TV. Selain itu, beliau turut mempunyai sebuah single pertama berjudul Abiy Sayang dan bakal muncul dengan single kedua tidak lama lagi. 

Dibuka setiap hari pada jam 4 petang sehingga 12 tengah malam, Restoran Mai Kedaghah menawarkan pelbagai menu  menarik seperti Char Kuey Teow, Laksa Calat, Ayam Penyet, dan juga beberapa pilihan Thai Riffic yang sungguh lazat

MENU MENARIK DI RESTORAN MAI KEDAGHAH
Sekarang tibalah masanya untuk memperkenalkan antara menu yang menjadi pilihan pelanggan di Restoran Mai Kedaghah ini. Antara yang menjadi menu pilihan (signature) adalah Laksa Calat, Ayaq Kedaghah, Char Kuey Teow, dan juga Garam Belacan


Laksa Calat merupakan antara menu pilihan di Restoran Mai Kedaghah ini kerana beberapa sebab dan antaranya adalah kuahnya yang betul-betulpekat dengan isi ikan. Sukar sebenarnya mencari laksa di Lembah Klang dengan kuah yang betul-betul pekat. Selain itu, saiz hidangannya juga besar, sepadan dengan harga yang ditawarkan



Ayaq Kedaghah menjadi menu wajib cuba di sini kerana saiznya yang besar, buih yang melimpah ruah, air bandung yang ditambah dengan laici dan aiskrim. Memang betul-betul menyengat


Menu Char Kuey Teow pula terdapat beberapa pilihan seperti ayam, udang, kerang, sotong, ketam dan juga kambing. 


Garam Belacan atau dikenali sebagai colek, dihasilkan sendiri oleh Puspa Gomen, memang sedap dicicah dengan buah-buahan seperti jambu dan mangga. 
MENU - MENU LAIN YANG PERLU DI CUBASelain menu-menu signature di atas, anda juga boleh cuba beberapa menu lain yang tak kurang lazatnya juga seperti Ayam Kiecap Desik, Keli Penyet, Ayam Penyet, Talapia Penyet, Keropok Lekor serta menu Thai Riffic seperti Mukbang Seafood, Ikan Miang Pla Pao, Tomyam Goong, Kerabu Maggie dan juga Kerang Rebus



Untuk menu penyet, anda boleh memilih dua jenis kos iaitu desik (pedas) dan juga manjah (kurang pedas). 

Ayam Kiecap Desik di sini juga sangat sedap, setanding dengan menu ayam kicap pedas lain yang popular. ayam kicapnya tidak terlampau pedas, sesuai untuk setiap golongan mencubanya. 


Peminat menu Thai pastinya akan berpuas hati dengan Mukbang Seafood dan juga Ikan Miang Pla Tao, dinikmati dengan sos hijau pedas manis dan memang sangat sedap



Kerabu Maggie di restoran ini juga tidak kurang hebatnya, rasa yang betul-betul unik, penuh dengan seafood dan sebagainya


Tomyam Goong dengan resipi asli Thai ini enak dimakan dengan nasi, mee, bihun, kuetiau mahupun maggie





Untuk air pula, selain Ayaq Kedaghah, anda juga boleh mencuba Teh Tarik Kedaghah dan juga Milo Tabuq Kedaghah yang bersaiz besar. Aku sendiri telah mencubanya, mengjangkakan airnya sangat manis, tetapi sebenarnya tidak! Kemanisannya pada tahap biasa sahaja, cuma saiznya sahaja yang besar. 

JOM KE RESTORAN MAI KEDAGHAH! #KOMPOMRIPIT
Jom beramai-ramai ke Restoran Mai Kedaghah dan cuba makanan yang tersedia di sini. Setelah mencuba beberapa menu, aku sendiri sememangnya suka dengan Laksa Calat dan juga Mukbang Seafoodnya. Memang betul-betul sedap dan menepati citarasa aku. 
Walaupun baru sebulan beroperasi, Restoran Mai Kedaghah ini menerima kunjungan pelanggan dari jauh seperti Pulau Pinang, Kuantan, Pahang, dan juga Johor yang datang semata-mata mahu menikmati hidangan di sini. 
In shaa Allah, jika tiada aral aku akan bawa keluarga dan juga rakan-rakan aku yang lain untuk datang lagi ke restoran ini. 
RESTORAN MAI KEDAGHAH (PUSPA GOMEN)
LOKASI : 22, Jalan KLIA Avenue, 43900 Sepang, SelangorWAKTU OPERASI  : (Setiap Hari) 4 Petang - 12 Tengah malam

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh hubungi : 0127020010
Facebook : https://www.facebook.com/profile.php?id=100094711980528Instagram : https://www.instagram.com/restorankedaghah/Tiktok: https://www.tiktok.com/@restoranmaikedaghah

SEKIAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2023/08/restoran-mai-kedaghah-puspa-gomen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Makan Di Restoran Mai Kedaghah Puspa Gomen Di Kota Warisan

Makan Makan Di Restoran Mai Kedaghah Puspa Gomen Di Kota Warisan

papar berkaitan - pada 4/8/2023 - jumlah : 230 hits
Hi Korang Arituh kan kak lily ke Utara untuk projek makan makan ya ampun kemain sedap wei sampai siap beli buat bekal lagi Itulah sampai sekarang masih teringat ingat lagi hah Alangkah bestnya kalau hari hari kita dapat makan menu menu utar...
Padangs On Wheels Damansara Utama Ada Lebih 40 Menu Asli Padang Untuk Korang Try

Padangs On Wheels Damansara Utama Ada Lebih 40 Menu Asli Padang Untuk Korang Try

papar berkaitan - pada 26/7/2023 - jumlah : 218 hits
Assalamualaikum Makan tengah hari paling best kalau dapat makan Masakan Minang restoran Nasi Padang memang ada di mana mana tambahan pula kalau area Sg Buloh nie memang banyak cuma sedap dengan tak sedap jer Untuk kali ini Fiza sediakan rev...
Nikmati Menu Middle East Dinner Buffet Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Nikmati Menu Middle East Dinner Buffet Di Renaissance Johor Bahru Hotel

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 281 hits
Nikmati Menu Middle East Dinner Buffet di Renaissance Johor Bahru Hotel Hujung minggu yang lepas Ummi menghabiskan masa dengan kawan kawan sambil makan menu Timur The post appeared first on
Mendapan Tanah Besar Di Lebuhraya Karak

Mendapan Tanah Besar Di Lebuhraya Karak

papar berkaitan - pada 26/7/2023 - jumlah : 138 hits
Mendapan besar berlaku di KM66 1 arah timur dan barat Bentong Lebuhraya Kuala Lumpur Karak malam ini PETALING JAYA Pengguna jalan raya dinasihatkan berwaspada susulan mendapan tanah besar di KM66 1 arah timur dan barat Bentong Lebuhraya Kua...
Mendapan Besar Di Km 66 1 Arah Timur Dan Barat Lebuhraya Kuala Lumpu Karak

Mendapan Besar Di Km 66 1 Arah Timur Dan Barat Lebuhraya Kuala Lumpu Karak

papar berkaitan - pada 26/7/2023 - jumlah : 166 hits
BENTONG Pengguna jalan raya dinasihatkan berwaspada susulan mendapan tanah besar di KM66 1 arah timur dan barat Bentong Lebuhraya Kuala Lumpur Karak malam tadi Lebuhraya Pantai Timur dalam hantaran di Twitter kejadian mendapan telah menghal...
Pengambilan Besar Besaran Di Maiwp Tahun 2023

Pengambilan Besar Besaran Di Maiwp Tahun 2023

papar berkaitan - pada 25/7/2023 - jumlah : 222 hits
Pengambilan Besar besaran Di MAIWP Tahun 2023 Assalamualaikum semua diucapkan kepada para pemohon jawatan kosong bagi tahun 2023 Terkini admin nak maklum bahawa majlis agama Islam wilayah Persekutuan telah membuka peluang kerjaya kepada rak...
Malam Berinai Besar Berarak Lilin Shira Mansor

Malam Berinai Besar Berarak Lilin Shira Mansor

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 220 hits
Assalamualaikum Selamat petang kawan kawan jom la SA update malam berinai besar anak buah SA Shira Mansor dan suami dia Tarmizi Nama suami dia sama ngan nama adik ipar SA yang bongsu Jumaat tu diorang nikah kat rumah lepas sembahyang Jumaat...
Police Receive Report On Fake Fb Account Using Che Puan Besar Khaleeda S Name

Police Receive Report On Fake Fb Account Using Che Puan Besar Khaleeda S Name

papar berkaitan - pada 27/7/2023 - jumlah : 194 hits
Johor police received a report over a fake Facebook account bearing the name of the wife of Tunku Mahkota of Johor Che Puan Besar Khaleeda Bustamam yesterday State police chief Kamarul Zaman Mamat said the 40 year old complainant lodged a p...
Dibuka Jawatan Perkhidmatan Awam Secara Besar Besaran Bagi Ogos 2023

Dibuka Jawatan Perkhidmatan Awam Secara Besar Besaran Bagi Ogos 2023

papar berkaitan - pada 30/7/2023 - jumlah : 352 hits
Dibuka Jawatan Perkhidmatan Awam Secara Besar besaran Bagi Ogos 2023 Dengan penuh sukacita kami ingin memaklumkan kepada semua mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan bahawa pihak Kementerian Kerja Raya Malaysia sedang membuka peluang ...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord