Nikmat Tenang Untuk Hambanya Yang Suci
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Nikmat Tenang Untuk Hambanya Yang Suci / Allhamdulillah.... dek kesibukan harian kalau macam saya ni memang huru hara la ngan anak-anak. Bila dah settlekan anak-anak ke sekolah saya masuk ofis baharu la tenang menyedup udara segar... Syukur! Aktiviti untuk masa sekarang bila masuk je ofis saya gemar walking. Sebab utama untuk saya memuji memuja Allah.... Bagi saya bila walking sorang-sorang sunyikan! so, masa tu la saya boleh zikir renung kealpaan diri.... Banyak dosa diri ni, hanya Allah sahaja yang tahu. Bila dah masuk ofis emngadap Allah, kadang-kala lupa nak zikir. Waktu pagi tu la saya ambl peluang untuk merenung dosa yang banyak ni.... huhu... bila mana saya dikekelingi tumbuhan alam menghijau dan juga haiwan seperti burung, rusa saya tahu mereka sama berzikir, rugi kalau saya tidak sama dengan mereka juga berzikir. Bukan la saya ni orang kuat zikir, orang kelaut ada la saya ni.... Malas nak zikir tapi bila saya dengan alam laut, sungai, tasik, tumbuhan dan juga haiwan, saya akan mereasa tenang!!! tak mampu saya ungkap macam mana saya rasa tenang dengan alam, sebab saya seakan mereasa mereka tanpa henti zikir dan berzikir..... sebab itu mungkin aura tersebut membuat saya rasa tenang...
Kalau boleh berumah di kelilingi tumbuhan, dan haiwan, sungai saya sangat suka! Allahu, bila mana merenung kejadian Allah dengan alam yang diciptakanNya, hati cukup tenang! dan saya mampu mencapai rasa tenang itu. Saya yakin bila kita dikelilingi alam semulajadi dan kehidupan lain makhluk Allah mereka sangat suci, dan hati kita juga turut menyelaminya..... LAgi banyak langkah, lagi banyak istigfar! Ye la kalau kita dah mula meletakkan diri di alam pekerjaan, mana mungkin mampu ,mencapai ketetangan. Bagi saya mereka yang mensucikan hati sahaja yang saya tengok dari sahabat-sahabat yang bersih hatinya, dalam keadaan apa pun mereka cukup tenang
Tsunami Bah Kuning 2014Banjir besar 2014, mengajarkan saya banyak perkara dengan sikap manusia yang meraih ketenangan dan ketegangan. Mereka yang tenang meneriama apa jua dugaan dan cabaran yang ditakdirkan. Manakala, mereka yang gelisah sering merungut itu dan ini menyalahkan orang lain dan sebagainya. Bila mana saya melihat air hujan berselut kuning deras berlalu saya tahu mereka kuatnya zikir dan hanya kita manusia yang kerdir sahaja tak mampu mendengarnya.
SuciKan HatiBetul! hanya mereka yang mensucikan hati sahaja mampu meraih ketengan walaupun pun di dalam situasi ketegangan. Saya akur! sebab itu setiap pagi sebolehnya kalau tiada keuzuran dan mampu saya berjalan saya akan walking untuk saya cuba mensucikan hati. Ye la, sebagaimana bah kuning itu, cuma lima hari sahaja dimasuki air, lantai rumah penuh berlumut, berkerak,,,, ini apakan lagi hati kita yang sering berdosa..... Cukup sukar dan dicuci walaupun cuma lima hari rumah ditenggelami air! Masa tu saya nampak, mereka yang penuh dengan kehitaman akan merungut-rungut, menyalahkan ini dan itu dan menyalahkan makhluk lain..... Semoga mereka dilindungi! InsyaaAllah....
Sukar Meraih TenangSukar meraih tenang walau di mana sahaja berada dek hati kita yang banyaknya debu dan habuk. Saya banyak belajar daripada persekitaran. Saya juga banyak belajar daripada negatif kehidupan. NEgatif kehidupan tersebut membuatkan saya beralih arah apabila, saya betemu dengan Nur yang satu..... Saya tak kisah la apa orang nak cakp janji apa pun yang orang sangka buruk pada kita, saya akan syukur dan perbaiki diri.... suci dan terus suci hati..... dan bersangka baik.... hanya itu yang mampu membawa kita kepada ketenangan.
AllhamdulillahDek tekad saya untuk dekat dengan alam dan membawa saya ke bumi Sintok, Allah temukan saya dengan ketenangan. Saya sangat bersyukur! nikmat mana yang saya mampu sangkalkan lagi..... Saya teringin untuk ada teratak usang seperti Bonda Rozita di kelilingi hutan..... Sepertimana saya cakap teratak usang, kalau macam teratak Bonda tu terlalu la sangat hebat! saya cuma nak di kelilingi hutan, haiwan, sungai..... Saya pernah ditemukan Allah tempat tersebut pada tahun 2015, cantik sangat tempatnya. Tapi hati saya tersentuh sangat, bila mana hamba Allah cakap "hanya mereka yang hati bersih sahaja boleh tinggal di situ".... Allahuakhbar! Hati yang banyak kotor! sejak hari itu saya tak pernah diberi peluang ke situ lagi. Saya berdoakan agar mampu saya mensucikan hati meraih cinta Allah.... Itu petanda hati saya penuh bedu....
Sebagai HambaHanya saya yang kita harapkan cinta Allah.... tiada cinta dunia! Mana boleh untuk mencintai keduanya, dan itu sangat kontradik dengan jiwa saya. Ia membuatkan saya rasa sangat meronta-ronta untuk keluar. Dan.... saya belajar sedikit demi sedikit keluar daripada semua itu! Saya tak kisah orang hebat daripada saya, hebat dunia saya tak kisah, hebat pangkat saya tak kisat, hebat kebijaksanaan saya tak kisah! Saya tak ada semua tu.... saya cuma harap saya mampu dekat dengan Allah, dapat solat tahajut tiap malam,,,,, itu saya sangat respek mereka yang mampu banyak memuja-memuji Allah tiap malam.... Allahuakhbar! hebatnya mereka...
Doakan sahaja mampu mereih kejayaan malam, dan saya doakan untuk para sahabat saya serta pembaca blog kerdil ini juga mampu bangu qiamualai setiap malam...
Aminnnn.....
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sheilainspire.com/2019/08/nikmat-tenang-untuk-hambanya-yang-suci.html