Kembara Suci Di Tv Alhijrah Sempena Hari Raya Aidiladha


Hari Raya Korban atau atau Hari Raya Aidiladha adalah antara hari kebesaran Islam yang Allah SWT kurniakan kepada hamba-Nya setelah berjaya menunaikan perjuangan ibadah yang cukup besar iaitu ibadah haji


Tidak mahu ketinggalan untuk meraikan hari yang penuh hikmah dan sarat dengan kisah pengajaran ini, TV AlHijrah memilih untuk menyiarkan barisan rancangan-rancangan istimewa khas buat tontonan penonton setianya. Kembara Suci, adalah ‘tagline’ yang dipilih TV AlHijrah kali ini bagi merayakan sambutan Aidiladha 1440H

Kembara Suci digunapakai sebagai asas penyiaran dan penerbitan kesemua rancangan istimewa Aidiladha TV AlHijrah. Ini bermaksud, rancangan-rancangan ini memaparkan kesungguhan, ketaatan, kesederhanaan dan kesyukuran hamba yang menagih kasih sayang dan keberkatan Ilahi dalam perjalanan menjadi Duyufurrahman
Antara rancangan-rancangan yang akan disajikan buat semua adalah Labbaikallah, Siaran Langsung Pertukaran Kain Kiswah Kaabah Di Mekah, Telefilem Nasi Dagang Lembu Korban dan Telefilem Animasi Arafah

LABBAIKALLAHSetiap Isnin-Jumaat/ 6 petang – 7 malam
Labbaikallah adalah sebuah program bual bicara interaktif perdana TV AlHijrah yang dinanti-nantikan oleh penonton setia stesen ini setiap kali tibanya musim haji. Tahun ini, penonton disajikan dengan pelbagai informasi serta  perkembangan terkini pelaksanaan ibadah Haji 1440H serta pelbagai tips dan panduan untuk Duyufurrahman




Disiarkan secara langsung setiap Isnin hingga Jumaat, rancangan Labbaikallah tahun ini menampilkan Dato’ Dr. Izhar Ariff dan PU Rozi Harun sebagai hos rancangan yang akan membincangkan tajuk-tajuk seperti Bagai Bulan Jatuh Ke Riba, Taybah Yang Dirindui, Tiga Cara, Pohonku disahut, Tandus Tapi Mulia dan banyak lagi dalam dua puluh episod yang penuh warna warni. Istimewa, penonton juga berpeluang untuk memenangi hadiah berupa wang tunai dengan menjawab soalan kuiz terkumpul pada setiap episod rancangan

Nasi Dagang Lembu Korban Sabtu / 10 Ogos 2019 / 10 malam
Telefilem istimewa Nasi Dagang lembu Korban mengisahkan Umaira, menantu Pak Hassan yang sedang hamil anak sulung secara tiba-tiba mengidam mahu menikmati hidangan nasi dagang dan rendang daging lembu sewaktu hari raya Aidiladha. Amira memberitahu dia hanya mahukan daging Johny, lembu kesayangan Pak Hassan untuk dimasak rendang


Pak Hassan menjadi cemas lantas sanggup menyorokkan lembu kesayangannya, Johny agar tidak menjadi korban. Namun begitu, lembu kesayangannya itu tiba-tiba hilang. Usaha menjejaki Johny dilakukan secara sendirian oleh Pak Hassan. Malang sekali, bukan hanya Johny yang hilang, Pak Hassan juga hilang tanpa dapat dihubungi selama beberapa hari. Seluruh kampung heboh dengan misteri kehilangan Johny dan Pak Hassan



Saksikan gelagat anak menantu Pak Hassan yang pastinya mencuit hati dengan pelbagai ragam dan telatah yang menghiburkan. Telefilem ini membariskan pelakon hebat tanah air seperti Shah Iskandar dan Mira Filzah Kazaruddin Saisi dan Hashimah Zaki

SIARAN LANGSUNG PERTUKARAN KAIN KISWAH KAABAH DI MEKAHSabtu / 10 Ogos 2019 / 10.30 pagi - 7malam
Ramai yang pernah melihat kain kiswah namun tidak ramai yang tahu perincian kain penutup Kaabah ini serta bagaimana proses pertukaran kain kelambu Kaabah ini berlangsung saban tahun pada hari Arafah. Mahu berkongsi ilmu, TV AlHijrah memperuntukkan 8 jam siaran secara langsung untuk membawa penonton untuk sama-sama menyaksikan proses pertukaran kain kiswah Kaabah ini

Turut diselitkan sepanjang siaran langsung ini adalah sejarah pembuatan kain kiswah, kisah pertukaran kain kiswah pada zaman sebelum kelahiran Baginda Nabi Muhammad SAW sehinggalah teknologi yang digunapakai untuk menyiapkannya

TELEFILEM ARAFAH ANIMATED Isnin/ 12 Ogos 2019 / 10.30 pagi
Istimewa buat penonton cilik TV AlHijrah, animasi Arafah, akan disiarkan pada Selasa, 12 Ogos 2019 jam 10.30 pagi. Animasi menarik ini mengisahkan sekumpulan serangga yang berada di padang Arafah ketika musim haji. Makhluk kecil ini menjadi saksi kepada perjalanan suci umat Islam sepanjang mengerjakan Ibadah haji malahan mereka menjadi sangat arif dengan pergerakan jemaah haji serta berpengetahuan luas mengenai setiap ibadah yang dilaksakanakan. Saksikan mereka meneruskan kehidupan, mencari makanan dan bermain sewaktu musim Haji telah bermula



Jangan lupa untuk terus setia bersama TV AlHijrah untuk menikmati siaran rancangan-rancangan istimewa  lain seperti rancangan Dikir Zikir Istimewa Aidiladha, Assalamualaikum, Konsert Ku Mohon, Halwa Jiwa, Ibrah Tanah Suci, Jejak Melayu di Haramain dan banyak lagi sepanjang cuti Aidiladha ini











Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mahagosip.com/2019/08/kembara-suci-di-tv-alhijrah-sempena.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Lakukan Kesalahan Undang Dosa Pada Hari Raya Aidiladha Mufti Perlis

Jangan Lakukan Kesalahan Undang Dosa Pada Hari Raya Aidiladha Mufti Perlis

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 84 hits
KANGAR Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin malam tadi mengingatkan umat Islam agar menjauhi beberapa perbuatan berkaitan ibadah korban yang bukan sahaja tidak membawa pahala bahkan boleh mengundang dosa Antaranya jika a...
Selamat Hari Raya Aidiladha Dari Kisahsidairy Com

Selamat Hari Raya Aidiladha Dari Kisahsidairy Com

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 103 hits
Selamat Hari Raya AidilAdha dari Kisahsidairy com Alhamdulillah Berjumpa kita pada Hari raya Korban Tengah siap menyediakan menu hari raya The post appeared first on
Hari Raya Aidiladha Operasi Mencari Menyelamat Nora Anne Diteruskan

Hari Raya Aidiladha Operasi Mencari Menyelamat Nora Anne Diteruskan

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 66 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Keistimewaan Hari Raya Aidiladha

Keistimewaan Hari Raya Aidiladha

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 47 hits
Ahad ini umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Haji atau juga Hari Raya Qurban Walaupun ia tidak semeriah Hari Raya Aidilfitri yang signifikan dengan ibadah berpuasa selama sebulan kesibukan uma...
Hari Raya Aidiladha Sultan Johor Menunaikan Solat Sunat

Hari Raya Aidiladha Sultan Johor Menunaikan Solat Sunat

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 98 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Waktu Solat Sunat Hari Raya Aidiladha 2019

Waktu Solat Sunat Hari Raya Aidiladha 2019

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 178 hits
Waktu Solat Sunat Hari Raya Aidiladha 2019Ketetapan waktu solat sunat hari raya Aidiladha 2019 bagi seluruh negeri Terengganu ialah pada jam 8 00 pagiSelamat Hari Raya Aidil Adha
Masak Bersama Keluarga Di Hari Raya Aidiladha Menu Kari Daging Ayam Berempah Dan Sayur Campur

Masak Bersama Keluarga Di Hari Raya Aidiladha Menu Kari Daging Ayam Berempah Dan Sayur Campur

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 95 hits
hai assalammualaikumMasak Bersama Keluarga Di Hari Raya Aidiladha Menu Kari Daging Ayam Berempah dan Sayur Campur Seronok bila masing masing berkumpul dekat rumah mak Bila semua ada part masak memasak sorang ambil satu menu hahaa Tu yang na...
7 Sajian Nasi Enak Dihidang Di Hari Raya Aidiladha

7 Sajian Nasi Enak Dihidang Di Hari Raya Aidiladha

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 67 hits
Lauk daging korban pasti bertambah menyelerakan dengan sajian nasi istimewa ini Olahan nasi dari Timur Tengah dan nasi warisan tempatan dengan segala rempah ratus memang terbaiklah Jom teliti aneka resipi dari Food Institute of Malaysia has...
Hari Raya Aidiladha Exodus Out Of Klang Valley Begins

Hari Raya Aidiladha Exodus Out Of Klang Valley Begins

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 55 hits
KUALA LUMPUR Aug 9 Klang Valley residents have started heading back to their hometowns and kampungs for the Hari Raya Aidiladha celebration and week long school holiday break A PLUS Malaysia Berhad spokesman said that as of 5 pm on Friday t...
Kegagalan Yang Memalukan

Budaya Sharenting Yang Merbahaya Ramai Ibubapa Moden Kurang Prihatin

Mimpi Letusan Dahsyat Gunung Krakatau Yang Terbukti Terjadi

7 Golongan Yang Di Lindungi Di Bawah Bayangan Rahmat

Plot Drama Bukan Gila

Mandi Air Terjun Ulu Yam

Wow Tabik Anggota Tentera Kutip Jalur Gemilang Di Tepi Jalan Undang Sebak Terima Kasih Pahlawan

Cara Pemilihan Fesyen Pakaian Wanita Muslimah



7 Fakta Dahsyat Tentang Kes Rampasan Pesawat Oleh D B Cooper

Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Wafiy Ilhan

Kisah Pembunuh Bersiri Kejam Amerika Dengan IQ 145 Edmund Kemper

Kisah Pembunuh Bersiri Kejam Amerika Dengan IQ 145 Edmund Kemper

Kisah Bagaimana Harley dan Davidson Mencipta Jenama Motorsikal Popular Dunia


Tart Telur Sukatan Cawan Masak Guna Kuali

Stings Kusapu Air Mata Perpisahan Chord

Crossfire Abadikan Memori Chord

Sweet Child Kau Guriskan Perasaan Chord

Tempe Goreng

7 Ranking Alexa Blog Sii Nurul