Nikah Khitbah Perkahwinan Kampus


Khitbah Bukan Tunang


Salah seorang remaja dari salah sebuah IPT di Gombak pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”.


Penulis menjawab: “Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang halal…iaitu bernikah!”.


Jika diutarakan persoalan nikah, ramai yang akan memberikan respon yang skeptic. “Mana ada duit!”, “Nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak bapak tak kasi!”, “Nak tinggal di mana?”, “Mana ada kerja lagi!”, “Diri sendiri pun tidak terjaga!” dan pelbagai alasan lagi. Mengapa mereka boleh mengemukakan alasan-alasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja… “Kamu wajib berkhitbah!”.


Apakah “khitbah”? Jika diterjemahkan secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak.


Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung”. Bukankah bunyinya amat mengerikan?


Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan para siswa dan siswi kampus yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.


Khitbah di IPT


Jika pelbagai alasan yang dikemukakan demi mengatakan bahawa bernikah di alam kampus itu mustahil, maka khitbah adalah solusinya. Kedua-dua pasangan tidak perlu duduk sekali, tidak perlu mencari rumah berasingan, tidak perlu menanggung satu sama lain, tidak perlu makan lebih,tidak perlu membeli peralatan rumah dan perabot-perabot. Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja.


Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa akan tidak bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kebejatan moral menggila. Lihatlah apa yang berlaku di IPT-IPT seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh sebuah akhbar harian baru-baru ini mengenai aktiviti pengangguran di IPT-IPT Lembah Klang sudah cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus kea rah maksiat dan nafsu.


Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.


Kebanyakan ibu bapa menyuarakan kerisauan mereka terhadap kemungkinan anak mereka akan hamil dan ia sudah pasti mengganggu pembelajaran. Penyelesaian untuk perkara tersebut amat mudah. Pasangan itu sendiri perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan pelbagai cara untuk mengelakkan kehamilan sewaktu belajar. Adalah amat naïf bagi mereka yang hidup alaf baru ini tidak mengetahui cara untuk mencegah kehamilan. Jika kaedah pencegahan tersebut gagal, dan dengan izin Allah, pasangan tersebut terpaksa menghadapi fasa kehamilan, maka sokongan ibu bapa amat diperlukan.


Risiko


Seperkara yang perlu diingat, perkahwinan di kampus ini juga tidak sunyi dari risiko. Adalah terlalu silap untuk menyangkakan semuanya indah belaka tanpa sebarang cabaran. Pernikahan di kampus hanyalah salah satu penyelesaian untuk masalah perhubungan bebas di antara jantina dan juga salah satu kaedah rawatan untuk gejala maksiat di IPT. Sekurang-kurangnya, walaupun ia berisiko, namun ia masih dapat mengelakkan risiko yang lebih besar. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang tidak terlibat dengan gejala berpacaran, serta boleh mengawal diri dan nafsu, adalah digalakkan untuk mereka hanya menumpukan perhatian kepada pembelajaran. Cadangan nikah kampus atau nikah khitbah ini hanyalah untuk mereka yang tidak mempunyai ketahanan jiwa dan keyakinan diri yang mantap untuk menghadapai cabaran semasa yang begitu menggila. Akhirnya kepada para siswa dan siswi kampus dan juga para aktivis di universiti, walau apapun tindakan yang diambil, pastikan mardhatillah menjadi matlmat utama! : )


link daripada mavourneen :)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sukasuki-ayessain.blogspot.com/2011/10/nikah-khitbah-gantung-perkahwinan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nikah Khitbah Satu Alternatif

Nikah Khitbah Satu Alternatif

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 283 hits
Isi Kandungan Muqadimmah Nikah Khitbah Satu Alternatif untuk mengelakkan berlaku perkara yang tidak dingini masih ramai yang tidak tahu dengan maksud nikah khitbah berikut penjelasan Klik link untuk bacaan selanjutnya
Hiburan Ds Vida Buat Majlis Hari Jadi Tema Perkahwinan Sempena Resepsi Nikah Yang Tak Jadi

Hiburan Ds Vida Buat Majlis Hari Jadi Tema Perkahwinan Sempena Resepsi Nikah Yang Tak Jadi

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 206 hits
Berikutan majlis perkahwinan usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida bersama bekas pembantu peribadinya Iqbal Zulkefli tidak menjadi kenyataan nampaknya resepsi tersebut telah bertukar menjadi majlis sambutan hari jadi Vida pula yang dis...
Bila Pengantin Wanita Tunjuk Bakat Terpendam Di Majlis Perkahwinan

Bila Pengantin Wanita Tunjuk Bakat Terpendam Di Majlis Perkahwinan

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 276 hits
Karaoke di Majlis Perkahwinan bukan satu perkara yang trending lagi maka timbullah idea seperti ini Selamat Pengatin Baru ye Share Iklan
Mengapa Cincin Perkahwinan Disarungkan Di Jari Manis

Mengapa Cincin Perkahwinan Disarungkan Di Jari Manis

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 145 hits
Info ini Dahujan copy dari sebuah blog yang idea nya boleh masuka akal juga satukan kedua tangan anda dan tekuk jari tengah ke bahagian dalam kemudian 4 jari lainnya pertemukan ujungnya permainan dimulai 5 pasang jari tetapi hanya sepasang ...
Perkahwinan Lelaki Pilih 4 Wanita Terima 2

Perkahwinan Lelaki Pilih 4 Wanita Terima 2

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 143 hits
Siapa mampu jaga ikhtilat berlandaskan iman dan taqwa in shaa allah pasangan itu bahagia ad dunya wal akhirah Lelaki pilih 4 wanita terima 2 Bila sampai masanya lelaki kena pilih bakal isteri Wanita pula kena pilih bakal suami Lelaki Wahai ...
Majlis Perkahwinan

Majlis Perkahwinan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 257 hits
nikah dan resepsi pada 10 01 14 dan 11 01 14cerita kami pada 11 01 14Alhamdulillah masih bernafas hingga saat ini kesian blog dah berhabuk huuu laptop dah lama uzur tu yang payah dapat update blog ini pun untung update guna tab via Blogaway...
Cool Gambar Perkahwinan Ala Tentera

Cool Gambar Perkahwinan Ala Tentera

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 268 hits
Mungkin dorang pasangan gamer first person shooter freak Tapi cool boleh la lepas ni orang lain cuba
Pakej D Majlis Perkahwinan Pertunangan

Pakej D Majlis Perkahwinan Pertunangan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 213 hits
Pilihan 1 RM13 00Pilihan 5 RM13 00Nasi Minyak 90 Nasi Beriani 90 Nasi Putih 10 Nasi Putih 10 Ayam Masak MerahAyam Goreng BerempahDaging Masak KurmaDaging Masak KurmaAcar JelatahAcar Sila Kelaman Website Kami Untuk Post Penuh
5 Tahun Pertama Perkahwinan Fasa Paling Menduga Suami Isteri

5 Tahun Pertama Perkahwinan Fasa Paling Menduga Suami Isteri

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 238 hits
gambar hiasan Assalamualaikum acik cukup tertarik dengan perkongsiaan berdasarkan pengalaman beliau sendiri dan acik kongiskan kembali 5 tahun pertama di alam perkahwinan orang tua pesan ini fasa yang paling susah sekali kalau kita mampu ha...
Captain America Brave New World Di Tgv Imax Padat Dengan Aksi Kombat Di Awan Untuk Menyelamatkan Dunia

Things To Ponder Self Reflection 12

Syafiq Kyle Mimi Lana Kini Sah Bergelar Suami Isteri

Kenyataan Mp Raub Seharusnya Ditolak Tiada Keperluan Wujud Menteri Khusus Masyarakat Bukan Islam

Are The Interfaith Guidelines Though Scrapped A Harbinger Of More Malaysian Apartheid To Come

Sampai Kuantan Akhirnya

Crowd Throngs Star Education Fair 2025

Grand Tourers Two Royal Enfield Continental Gt 650s Built For The Alps


echo '';
AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis


Kelantan Negeri Dibawah Kepimpinan Ulama Teratas Salah Guna Dadah

Titah Adendum Agc Cuba Tutup Silap Sendiri Dengan Gag Order Peguam

Doa Setelah Sholat Tarawih Dan Artinya

Missi Tawan Johor

Fixed Sums For Sabah Sarawak Against Constitutional Vision Says Academic

Don T Turn Madani Cny Celebration Into Polemic Jakim