Ph Mahu Jumpa Speaker Desak Lanjut Sidang Parlimen



FMT Reporters -April 23, 2020 2:56 PMPH mencadangkan sidang Parlimen diadakan selama 2 hari bagi membahaskan isu semasa, khususnya Covid-19.PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) akan bertemu Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof bagi menyuarakan pandangan mereka supaya persidangan Dewan Rakyat dijalankan lebih daripada sehari
Gabungan itu juga memberi contoh negara lain yang mampu melakukannya ketika berdepan penularan Covid-19
“Majlis presiden akan menghantar wakil PH untuk mengadakan pertemuan dengan yang di-pertua Dewan Rakyat pada kadar segera bagi membincangkan perkara-perkara di atas,” katanya
Pihaknya juga membantah keras mesyuarat Parlimen pada 18 Mei, yang akan bersidang ketika negara di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), berjalan tanpa sesi jawab lisan, waktu pertanyaan menteri serta usul daripada wakil rakyat
Gabungan itu berkata tindakan tidak membenarkan sesi berkenaan, yang dimaklumkan setiausaha Dewan Rakyat dalam notis 17 April, melanggar kelaziman dan peraturan mesyuarat Parlimen
Tegasnya, fungsi Parlimen adalah sebagai tiang seri demokrasi dan institusi semak dan imbang untuk mengawasi perjalanan kerajaan
“Majlis Presiden turut sedar keadaan PKP dan penularan wabak Covid-19 tidak memungkinkan perjalanan mesyuarat Parlimen seperti sediakala
“Namun, apabila dilihat Parlimen di United Kingdom, Kanada dan Singapura yang berjaya mengubah peraturan masing-masing untuk meneruskan sidang pada ketika wabak Covid-19 melanda, kami percaya usaha yang sama mampu dilakukan bagi Parlimen Malaysia,” katanya
Katanya, wakil rakyat yang hadir juga boleh dikurangkan ke jumlah yang munasabah untuk mengekalkan penjarakkan sosial tanpa menjejaskan korum mahupun peratusan parti masing-masing
“Teknologi video dalam talian juga boleh diguna bagi ahli-ahli yang berhormat yang ingin mengambil bahagian di dalam perbahasan tanpa berada secara fizikal di dalam Dewan. Peraturan Mesyuarat perlu dipinda bagi tujuan di atas,” katanya
Pihaknya turut mencadangkan supaya sidang Parlimen diadakan selama 2 hari bagi membahas dan membicangkan isu semasa, khususnya dalam membendung penularan Covid-19
“Kami mencadangkan agar sidang diadakan selama sekurang-kurangnya 2 hari selain hari perasmian Parlimen bagi membolehkan perbahasan dan perbincangan yang lebih mendalam. Perubahan ini boleh dilaksana ketua majlis berdasarkan Peraturan Mesyuarat 11(2),” katanya
Kenyataan bersama itu ditandatangani Presiden PKR Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng
Pada 17 April lalu, Setiausaha Dewan Rakyat Riduan Rahmat dilaporkan berkata, istiadat perasmian Parlimen ditetapkan untuk diadakan pada 18 Mei dan serentak itu diadakan mesyuarat Dewan Rakyat
Perkara itu dinyatakan dalam notis Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-14 yang dihantar kepada ahli Parlimen
Dinyatakan, penetapan itu mengambil kira pelaksanaan PKP yang mana Dewan Rakyat akan diadakan bagi membincangkan rang undang-undang dan usul kerajaan sahaja, serta tiada sesi pertanyaan jawab lisan serta usul daripada ahli Parlimen


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/04/ph-mahu-jumpa-speaker-desak-lanjut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Speaker Sidang Parlimen 18 Mei Disiar Secara Langsung Seperti Biasa

Speaker Sidang Parlimen 18 Mei Disiar Secara Langsung Seperti Biasa

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 305 hits
Sidang Parlimen pada 18 Mei ini akan disiarkan secara langsung seperti biasa kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof Bagaimanapun Ariff berkata tidak semua media akan dibenarkan masuk ke Parlimen ekoran pandemik Covid 19 Anda...
Manfaatkan Kepesatan Teknologi Dengan Adakan Sidang Parlimen Dalam Talian

Manfaatkan Kepesatan Teknologi Dengan Adakan Sidang Parlimen Dalam Talian

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 265 hits
Pada 28 April 2020Oleh LanggakKepesatan teknologi ketika ini terutama dalam bidang IT membawa 1001 kebaikan kepada kehidupan seharian kita Ia mempertingkatkan keupayaan dalam mendepani permasalahan terutama pada masa krisis Sehubungan itu k...
Sidang Parlimen Secara Maya Ganti Pembukaan Sehari 18 Mei

Sidang Parlimen Secara Maya Ganti Pembukaan Sehari 18 Mei

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 307 hits
Supremo DAP Lim Kit Siang mahu sidang Parlimen dilaksanakan secara maya bagi tempoh lebih lama dan berfungsi sepenuhnya bagi perbahasan dan sesi soal jawab Beliau membuat gesaan itu agar sesi mesyuarat kabinet pagi ini tidak meneruskan cada...
Anwar Sidang Parlimen Sehari 18 Mei Pn Ada Alasan Tersembunyi

Anwar Sidang Parlimen Sehari 18 Mei Pn Ada Alasan Tersembunyi

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 391 hits
Presiden Parti Keadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap Perikatan Nasional mempunyai alasan tersembunyi kerana enggan mengadakan Sidang Parlimen Khas mengenai COVID 19 Katanya kerajaan tidak berani melakukan sidang khas itu kerana tidak...
Apa Perlunya Sidang Parlimen Sehari

Apa Perlunya Sidang Parlimen Sehari

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 238 hits
DS Anwar Ibrahim mengkritik sidang Parlimen singkat Pakatan Harapan mencadangkan sidang khas membahaskan isu Covid 19 tetapi tidak diterima oleh PM Muhyiddin Yassin Dicadangkan sidang pada 18 Mei Mendengar titah Yang DiPertuan Agong dan bal...
Kit Siang Berhentilah Ratib Sidang Parlimen

Kit Siang Berhentilah Ratib Sidang Parlimen

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 253 hits
Pemimpin veteran parti tamak haloba DAP Lim Kit Siang patut berhenti meratib sidang Parlimen kerana rakyat sudah bosan dengan taktik politik yang sama Pemimpin parti cauvinis itu seolah olah tidak peka yang rakyat kini sedang berhadapan den...
Pakatan Harapan Tuntut Muhyiddin Panggil Sidang Khas Parlimen

Pakatan Harapan Tuntut Muhyiddin Panggil Sidang Khas Parlimen

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 264 hits
Pakatan Harapan menggesa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memanggil sidang khas Parlimen minggu ini bagi merangka pendekatan dwipartisan dalam memerangi wabak Covid 19 Dalam kenyataan dikeluarkan petang ini Majlis Presiden PH berkata langka...
Pertemuan Bersama Muhyiddin Tuntut Sidang Parlimen Disegerakan

Pertemuan Bersama Muhyiddin Tuntut Sidang Parlimen Disegerakan

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 317 hits
Menjelaskan pertemuan DS Anwar Ibrahim dan PM Tan Sri Muhyiddin Yasin Sebelum pertemuan pemimpin PH dimaklumkan selepas mesyuarat juga dimaklumkan Tidak timbul mengiktiraf kerajaan pintu belakang Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini tel...
Pos Malaysia Drops Fossil Stamps To Celebrate Dino Era Finds

Bullying Case Expulsions A Lesson For Mara College Students Says Asyraf

Momen Yang Tidak Akan Terhilang

Be A Critic But Don T Be Lazy With Your Facts Hannah Yeoh S Pol Sec Lambasts Mca Youth S Neow Over Fam Issue

The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around

Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide

Dorset Beach House A Sustainable Coastal Renovation By Architecture For London

Kesan Buruk Disebabkan Ikan Tilapia Hitam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sabtu Cari Makan Di Bandar Keningau

Just Because

Drama Jutawan Ekspres

Raja Selfie Malaysia

Ucapan Hari Lahir Untuk Isteri Islamik Romantik Lucu English

Tindakan Halau Individu Dari Surau Bukan Persetujuan Ajk Tegas Musolla Halaman 11