Nik Zawawi Mohon Maaf Pada Penganut Kristian Atas Isu Bible Asal
Anggota  Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh hari ini memohon maaf  kepada penganut Kristian dan rakyat Malaysia atas ucapannya yang  dianggap menghina.“Saya mohon maaf jika ada yang terguris, saya tidak berniat begitu. 
“Apa  yang saya niat saya adalah hendak pertahankan kitab Injil asal yang  diturunkan kepada Nabi Isa, tanpa ada sebarang perubahan,” katanya di  Dewan Rakyat, hari ini. 
Terdahulu,  Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun memerintahkan anggota Parlimen  PAS itu menarik balik kenyataannya sebelum ini dan memohon maaf.
Nik  Zawawi sebelum ini dilaporkan enggan meminta maaf berhubung ucapannya  di parlimen bahawa kitab Injil “dipesongkan” dan penganut Kristian tidak  mempunyai “hak untuk tersinggung”.
Nik  Zawawi membuat kenyataan itu ketika membahaskan rang undang-undang  untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan bagi meningkatkan hukuman terhadap  pemandu mabuk.
Menurut Nik Zawawi, langkah kerajaan untuk meminda  undang-undang tidak boleh dianggap sebagai masalah agama kerana tidak  ada agama yang membenarkan penganutnya meminum alkohol.
“Dari apa  yang saya pelajari mempelajari agama perbandingan, tidak ada kepercayaan  yang membenarkan penganutnya meminum alkohol. Tidak ada agama. Bukan  agama Buddha, Hindu atau yang lain membenarkannya.
“Ini tidak seharusnya menjadi isu sensitif bagi penganut agama lain,” kata Zawawi.
Zawawi  kemudian ditegur oleh anggota parlimen Beruas, Ngeh Khoo Ham, yang  berkata agama lain membenarkan pengambilan alkohol tetapi tidak sampai  ke tahap mabuk.
Zawawi bagaimanapun menolak penjelasan Ngeh,  dengan alasan bahawa “sebelum Injil dipesongkan, agama Kristian telah  melarang alkohol”.
MR :  Tidak mengubah fakta jika tentang bible jika Ustaz Zawawi memohon maaf.. memohon maaf menunjukkan kemuliaan 
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
  
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mindarakyat.net/2020/11/nik-zawawi-mohon-maaf-pada-penganut.html