Nik Abduh Yakin Ahli Umno Pas Buang Pemimpin Yang Rosakkan Mn
Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz  yakin seluruh ahli dan penyokong partinya dan Umno akan segera membuang  mana-mana pemimpin yang cuba merosakkan Muafakat Nasional (MN).
Ahli Parlimen Bachok itu percaya seluruh pemimpin Umno dan Pas menjunjung MN yang “diikat kukuh dengan nama Allah”.
Walau bagaimanapun, dia mengingatkan kekeliruan yang berlaku tidak  boleh menjadi punca dan alasan kepada kepanasan, kemarahan dan  kebencian.
“Ia adalah ujian daripada Allah yang bertujuan menguji kekuatan dan kesabaran para hamba-Nya yang dirahmati.
“Tumpu kepada penyatuan, pemurnian dan kesepakatan. Hindari wasangka  dan keraguan sesama sendiri. Kenali tipu daya musuh,” katanya dalam  hantaran di Facebook.
Hari ini, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu  kenyataan menyatakan kesemua 18 Ahli Parlimen parti itu menyokong  kerajaan Perikatan Nasional (PN) dipimpin Muhyiddin.
Beliau turut menyeru seluruh Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN)  untuk terus istiqamah mempertahankan kepemimpinan Perdana Menteri dan  kerajaan PN.
Mengulas lanjut, Nik Abduh menegaskan pentingnya MN dipertahankan kerana PN tidak wujud tanpa MN.
“Negara kita perlukan Muafakat Nasional demi kesejahteraan bersama. Tanpanya, tiadalah Perikatan Nasional (PN),” tegasnya lagi.
MN merupakan kerjasama politik Umno dan Pas yang secara rasmi  memeterai piagam bersama pada Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan  Dunia Putra (PWTC), 14 September tahun lalu.
Dari segi penguasaan Dewan Rakyat pada masa ini, Pas hanya mempunyai  18 kerusi berbanding Umno yang menguasai 39 kerusi Parlimen.
MR :  Rakyat tak suka politik 'klu klik' 
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
  
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mindarakyat.net/2020/10/nik-abduh-yakin-ahli-umno-pas-buang.html