Niat Puasa Asyura Kelebihannya



Bagaimana niat puasa asyura?
Artikel ini akan memberi panduan tentang niat puasa asyura secara lengkap dan mudah.
Panduan ini juga menyenaraikan amalan yang digalakkan, doa yang disunatkan & kelebihan-kelebihan yang terdapat pada hari Asyura ini.
Jika anda sedang memerlukan panduan berkaitan hari Asyura, mari kita mulakan..

Panduan ini mengandungi perkara berikut: Pengenalan hari asyura Tarikh dan waktu puasa asyura Lafaz niat puasa asyura Amalan lain yang digalakkan Doa hari asyura Kelebihan puasa hari asyura Pengenalan Hari Asyura Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam.
Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.
Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi.
Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukha syafatul Qulub bahawa peristiwa besar pada tarikh tersebut:
Diterima taubat Nabi Adam a.s. Dicipta Adam a.s. Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga. Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang. Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s. Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud. Selamat Musa dan pengikutnya. Lemasnya Firaun. Dilahirkan Nabi Isa a.s. Diangkat Nabi Isa kelangit. Diangkat Nabi Idris ke langit. Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy. Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar. Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun. Nabi Ya’kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta. Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta. Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya. Hujan yang pertama turun dari langit kebumi. Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala’ (akibat dibunuh dengan kejam di padang Karbala oleh kaum Syiah Kufah, dan mereka kemudiannya memfitnah Khalifah Yazid dari Bani Umaiyah membunuh Saiyyidina Hussein r.a. Fitnah ini digembar gemburkan oleh kaum Syiah, dan mereka mengelirukan umat manusia dengan menyambut hari Asyura dengan ‘pesta menyakiti diri’ konon sebagai tanda kesal diatas kewafatan Saiyyidina Hussein r.a.) Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
 
Bilakah Tarikh & Waktu Untuk Puasa Asyura? Puasa sunat ini dilakukan pada setiap 10 Muharram dalam kalendar hijrah Islam.
Hukum berpuasa pada Hari Asyura adalah sunat.
Kebanyakan yang berpuasa Asyura ini sudah mula berpuasa pada 9 Muharram dan akan turut berpuasa pada 11 Muharram.
Mengapa?
– sebenarnya amalan ini adalah bertujuan untuk menyelisihi golongan Yahudi yang hanya berpuasa pada 10 Muharram secara tunggal (perayaan Yom Kippur).
Berdasarkan sebuah riwayat daripada Ibn Abbas, Nabi SAW bersabda:
Berpuasalah kalian pada hari ‘Asyura dan berbezalah dengan golongan Yahudi. Berpuasalah sehari sebelumnya ataupun sehari selepasnya.
— Riwayat Ahmad
Tetapi bolehkah kita berpuasa pada 10 Muharram sahaja? Mufti Wilayah Persekutuan mengatakan, untuk menyempurnakan puasa Hari Asyura adalah lebih baik dengan berpuasa sehari sebelum dan sehari selepas 10 Muharram.
Cara kedua yang terbaik adalah dengan berpuasa pada 9 dan 10 Muharram.
Manakala, cara ketiga adalah dengan berpuasa pada 10 Muharram secara tunggal.
Oleh itu, tidak menjadi kesalahan jika kita hanya berpuasa pada 10 Muharram sahaja.
 
Niat Puasa Asyura
 Nawaitu shauma ghadin ‘an ada’i sunnati Asyura lillahi taala 
Maksudnya:
Sahaja aku berniat puasa puasa sunat asyura esok hari kerana Allah Taala
 
Amalan Lain Yang Digalakkan Pada Hari Asyura Terdapat beberapa amalan yang digalakkan untuk dilakukan pada hari Asyura selain dari puasa sunat.
Antaranya adalah:
2. Bersedekah kepada fakir miskin. 2. Memperbanyakkan bacaaan berikut (sekurang-kurangnya 70 kali)
 Hasbunallah Wanikmal Wakil Nikmal Maula Wanikman Nasir 
Maksudnya:
Cukuplah Allah bagi kami dan (Dialah) sebaik-baik wakil. (Dia juga) sebaik-baik penjaga dan sebaik-baik penolong”
3. Menyapu / mengusap kepala anak yatim (menghormati dan memuliakan mereka). 4. Melapangkan masa serta memberi belanja anak dan isteri.  
Doa Puasa Asyura Terdapat beberapa doa yang disunatkan untuk dibaca pada hari Asyura.
Antaranya adalah:

Allaaamumma yaa mufarrija kulli karbin, wa yaa mukhrija zhi-nuuni yauma ‘asyuuraa’, wa yaa jaami’a syamsil Ya’quuba yauma ‘asyuuraa’, wa yaa gafiira zhambi Daawuuda yauma ‘asyuuraa’, wa yaa kaasyifa dzhurri Ayyuuba yauma ‘asyuuraa’, wa yaa saami’a da’wati Muusaa wa Haaruuna yauma ‘asyuuraa’, wa yaa khaaliqa ruuhi Muhammadin shallallaahu ‘alaihi wa sallama yauma ‘asyuuraa’.
Yaa rahmaanad -dun-yaa wal-aakhirah, wa atil ‘umrii fii taa’atika wa mahabbatika wa ridhaka ya arhamar-raahimiin, wa ahyinii hayaatan tayyibataw wa tawaffanii ‘alal-islaami wal-iimaani yaa arhamar-raahimiin.
Wa sallallaahu ‘alaa sayyidinaa Muhammadiw wa ‘alaa aalihii wa sahbihii wa sallam, wal-hamdu lillaahi rabbil-‘aalamiin.
Maksudnya:
Ya Allah, wahai Yang memberikan jalan keluar dari segala kesusahan, wahai Yang mengeluarkan  Zun Nun pada hari Asyura, wahai Yang menghimpun semua keturunan Ya’qub pada hari Asyura, wahai Yang mengampuni dosa Daud pada hari Asyura, wahai Yang melengkapkan penyakit Ayyub pada hari Asyura, wahai Yang mendengar seruan Musa dan Harun pada hari Asyura, wahai Yang menciptakan ruh Muhammad saw pada hari Asyura.
Wahai Yang Maha Pemurah di dunia dan di akhirat, panjangkanlah usiaku dalam taat kepada-Mu, mencintai-Mu dan mendapat ridha-Mu wahai Yang Maha Penyayang di antara para penyayang. Hidupkanlah pula aku dalam kehidupan yang baik dan wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan iman. Wahai Yang Maha Penyayang di antara para penyayang.
Dan semoga Allah melimpahkan rahmat dan salam kepada junjungan kami Nabi Muhammad beserta keluarga dan para sahabatnya, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.”
 
Kelebihan Puasa Asyura Terdapat nas yang menceritakan kelebihan berpuasa pada 10 Muharram ini secara khusus.
1. Dosa dihapuskan setahun sebelumnya Antaranya adalah sebuah riwayat daripada Abu Qatadah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
Berpuasa pada hari ‘Asyura sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya.
— Riwayat Ibn Majah
2. Doa tidak akan ditolak Selain itu, doa pada hari Asyura tidak akan ditolak.
Rasulullah SAW bersabda: 
Lima waktu tidak ditolak sesuatu doa itu iaitu pada malam Jumaat, malam 10 Muharam, malam Nisfu Syaaban, malam Aidilfitri dan malam Aidiladha.”
— Riwayat Bukhari dan Muslim
 
Penutup: Mari Merebut Peluang Ini Semoga panduan ini membantu anda.
Marilah kita merebut peluang ini agar kita sentiasa mendapat keampunan dan rahmat Allah sentiasa.
Semoga bermanfaat!
The post Niat Puasa Asyura (Rumi) & Kelebihannya appeared first on AKU ISLAM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuislam.com/blog/ibadah/niat-puasa-asyura/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anjuran Keutamaan Dan Bacaan Niat Puasa Asyura

Anjuran Keutamaan Dan Bacaan Niat Puasa Asyura

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 314 hits
Anjuran keutamaan dan bacaan niat puasa Asyura Bisa menghapuskan dosa setahun yang lalu Dikerjakan setiap tanggal 10 Muharram
Lafaz Niat Puasa Ahada Asyura

Lafaz Niat Puasa Ahada Asyura

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 611 hits
Lafaz Niat Puasa Ahada Asyura Kalau terlupa atau tak boleh puasa hari ni insyallah korang boleh juga puasa keesokkan harinya Berpuasa pada Bulan Muharam adalah suatu amalan mulia dan The post appeared first on
Niat Puasa Asyura Tata Cara Keutamaan Dan Jatuh Tanggal Berapa

Niat Puasa Asyura Tata Cara Keutamaan Dan Jatuh Tanggal Berapa

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 343 hits
Puasa Asyura merupakan amalan khusus di bulan Muharram berpahala luar biasa Bagaimana niat dan tata cara apa saja keutamaan puasa ini dan jatuh tanggal berapa Berikut ini pembahasan lengkapnya disertai dengan tingkatan puasa ini Juga dileng...
Niat Puasa Tasu A Dan Asyura Pada 9 Dan 10 Bulan Muharram

Niat Puasa Tasu A Dan Asyura Pada 9 Dan 10 Bulan Muharram

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 1490 hits
Muharram dikatakan mulia karena di dalamnya terdapat amalan sunnah yang sangat dianjurkan untuk dilakukan Karenanya pula sangat dianjurkan untuk melaksanakan ibadah wajib dan sunnah di bulan Muharram ini Berikut ini niat puasa sunah Tasu a ...
Peringkat Peringkat Puasa Asyura

Peringkat Peringkat Puasa Asyura

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 235 hits
SOALAN Apakah terdapat peringkat peringkat puasa Asyura dan bilakah bermulanya puasa pada hari Asyura ini JAWAPAN Puasa Asyura merupakan berpuasa pada 10 Muharram dan ia termasuk di dalam kategori puasa puasa sunat yang amat digalakkan Ini ...
5239 Puasa Asyura Tulisan Jawi Utusan Malaysia 06 09 2019

5239 Puasa Asyura Tulisan Jawi Utusan Malaysia 06 09 2019

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 668 hits
Hari ini kita sudah berada pada 6 Muharam 1441 Hijrah Memang cepat masa berlalu Sedar atau tidak umur kita semakin meningkat Semakin dekat kita untuk kembali menemui Allah Rabbul Jalil Persoalannya cukupkah sudah bekalan kita untuk dibawa k...
Selain Berpuasa Tasua Dan Asyura Jangan Lewatkan Lebaran Anak Yatim Di 10 Muharram Ini Haditsnya

Selain Berpuasa Tasua Dan Asyura Jangan Lewatkan Lebaran Anak Yatim Di 10 Muharram Ini Haditsnya

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 226 hits
Selain berpuasa menyantuni anak yatim adalah salah satu amalan sunah yang disarankan Rasul saat bulan pertama pada penanggalan Hijriah yakni saat bulan Muharram Saran Rasul menyantuni anak yatim selain puasa Asyura jadi tradisi yang disebut...
Bie Lepaskan Dia Dengan Talak 3 Suami Kata Tiada Niat Tetapi Mahkamah Kata Lafaz Itu Sah Jatuh Talak Ke Atas Isterinya

Bie Lepaskan Dia Dengan Talak 3 Suami Kata Tiada Niat Tetapi Mahkamah Kata Lafaz Itu Sah Jatuh Talak Ke Atas Isterinya

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 349 hits
The ReporterOkay guys I wanted to share something Kes hari ini DISCLAIMER I will never expose the identity of the parties Cuma jalan cerita kes sahaja untuk beri pengajaran kepada smua Happy reading dan jangan lupa sentiasa anggap cerita in...
Saya Memang Tak Niat Nak Menunjuk Foto Solat Atas Rumput Tular Gadis Ini Jelaskan Situasi Sebenar

Saya Memang Tak Niat Nak Menunjuk Foto Solat Atas Rumput Tular Gadis Ini Jelaskan Situasi Sebenar

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 364 hits
Saya Memang Tak Niat Nak Menunjuk Foto Solat Atas Rumput Tular Gadis Ini Jelaskan Situasi Sebenar Baru baru ini tular di sosial media dengan kisah seorang gadis yang menaiki grab berhenti di tepi jalan dan solat di atas rumput Menerusi perk...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025