Ni Lak Apa Nih Sammer Melayu Banyak La Ni Scammer Melayu Tak Takut Masuk Neraka Ha Ha
Scam no one
PENTING AWARENESS
Sebelum April 2023, bila PW ditanya mengenai Mahadi, kami simply kata we have no idea.
Walaupun Mahadi cipta kekayaan mendadak, namun kami tak jadikan issue tanpa bukti. Kami tak paparkan issue berdasarkan spekulasi.
Setelah kami siasat dan jumpa bahan bukti, maka pada 28 April kami bongkar penipuan Mahadi memburu mangsa sertai skim Ponzi Kankyo Energy (KE).
Of course masa tu KE masih bayar dividend as usual tanpa henti. Kenapa kami berani tuduh KE adalah scam skim Ponzi?
We did our homework thoroughly.
KE jual saham Islamic RPS dengan menawarkan dividend tetap 15% setahun. Kami crosscheck dengan Shariah Council of Securities Commission kot-kot fixed dividend dibenarkan untuk IRPS.
SC mengenakan syarat yang ketat untuk IRPS. Dividend mestilah dari realized profit.
Seterusnya, kami kaji produk. Diesel masuk air hanyalah hype. That's why kami berani cabar mana kilang untuk hasilkan emulsified diesel. Tergagap pencacai Mahadi nak jawab.
Disebabkan oleh desakan PW, akhirnya pada November 2023 Mahadi buka kilang sebagai smokescreen. Kami tegaskan, kilang tersebut hanyalah untuk tenangkan pelabur.
Namun kilang sama sekali tidak beroperasi.
Ada juga mangkuk yang argue, kalau scam kenapa tak buat laporan polis?
Listen idiyet! Ini namanya public awareness.
KE mula mengutip dana awam pada October 2022.
Pada April 2023, PW mula bongkar penipuan KE.
Pencacai Mahadi hanya sempat kutip dalam RM 75 juta, rough figure.
Target KE adalah RM 250 juta.
Setelah dibongkar, iklan mempromosi saham IRPS KE tidak lagi kelihatan dalam FB.
Bertambah malang bila nama Mahadi naik dalam SC sebagai scammer yang jual saham tanpa lesen.
Pencacai Mahadi tidak boleh lagi bergerak secara terbuka untuk memburu mangsa.
Cashflow KE terhenti.
Duit pelaburan peserta dah banyak habis digunakan untuk melayan kemewahan scammers terlibat iaitu Mahadi, abangnya Mahathir dan Managing Director Liza Tajudin.
Jika PW tak cantas pada April tahun lepas, lagi ramai mangsa akan diperdaya dengan permainan riba pergunakan agama.
So jangan dok kalut suruh kami buat laporan polis bila kami bongkar scammer.
Kami hanya spread awareness supaya tiada mangsa baru yang tertipu.
Bila tiada mangsa baru, cashflow akan terhenti dan scammer hanya mampu menggigit jari.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2024/06/ni-lak-apa-nih-sammer-melayu-banyak-la.html