Ngo Kanak Kanak Pencari Suaka Turut Dihantar Pulang Terpisah Dengan Keluarga


MALAYSIAKINI

Sekurang-kurangnya dua kanak-kanak pencari suaka terpisah daripada keluarga mereka dan dihantar pulang ke Myanmar, dakwa Jaringan Hak Asasi Pelarian Asia Pasifik (APPRN).
Dua kanak-kanak itu sebahagian daripada sejumlah 1,086 warga Myanmar yang dihantar pulang dengan kapal tentera laut negara itu awal minggu ini, menurut pertubuhan itu lagi.
"APRRN mendapat pengesahan yang sekurang-kurangnya dua kanak-kanak pencari suaka dihantar pulang ke Myanmar, bersama-sama 1,086 yang lain, dan dipisahkan daripada keluarga mereka.
"Kerajaan Malaysia bukan saja melanggar perintah Mahkamah Tinggi, tetapi telah meletakkan nyawa-nyawa dalam bahaya," dakwa APRRN dalam kenyataan di Twitter.
Dalam satu kenyataan bersama, APRRN, Asian Forum for Human Rights and Development dan Asean Parliamentarians for Human Rights and the International Detention Coalition dengan tegas menggesa kerajaan Malaysia untuk memberi akses penuh dan segera kepada Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) ke pusat tahanan imigresen di Malaysia.
"Kami juga menggesa kerajaan menyiasat penghantaran pulang 1,086 individu ke Myanmar pada 23 Februari, yang melanggar arahan penangguhan sementara oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur," kata kenyataan itu.
Terdahulu, seramai 1,200 warga Myanmar dilaporkan akan dihantar pulang ke negara itu, yang kini sedang dalam kemelut politik.
Ia selepas tentera merampas kuasa daripada kerajaan Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) pimpinan Aung San Suu Kyi, awal bulan ini.
Menurut Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee Daud, semua yang dihantar pulang tidak dipaksa, tetapi telah bersetuju dengan langkah itu.
Dalam pada itu, APPRN berkata kerajaan Malaysia masih belum memberi maklumat berkenaan lokasi 114 lagi yang belum dihantar pulang.
"Pegawai imigresen berkata 1,086 yang dihantar pulang itu tidak melibatkan pencari suaka politik dan pelarian Rohingya.
"Bagaimanapun ada risiko besar yang kumpulan itu turut melibatkan pelarian dan pencari suaka politik, termasuk kanak-kanak," kata APRRN.
Peguam yang mewakili Jabatan Imigresen, Ahmad Hanir Hambaly mendakwa perintah mahkamah dikeluarkan pada tengah hari 23 Februari, sedangkan langkah penyerahan kepada tentera Myanmar telah dibuat pada pagi hari yang sama.
Perintah itu dikeluarkan susulan permohonan semakan kehakiman oleh Amnesty International Malaysia and Asylum Access Malaysia.
Dua pertubuhan itu berkata memiliki maklumat berkenaan tiga pencari suaka yang berdaftar dengan UNHCR serta 17 individu bawah umur yang termasuk dalam kumpulan yang akan dihantar pulang.
Sebaik selepas pihak berkuasa mengumumkan tentang rancangan penghantaran pulang, sejumlah NGO telah menggesa agar langkah itu dipertimbang semula.
Antaranya Pusat Sumber Untuk Memajukan Masyarakat Dan Perumahan (Reach) yang menggesa kerajaan agar mengambil pendekatan berhati-hati ekoran wujud kebimbangan terhadap keselamatan etnik Rohingya yang mungkin berdepan penindasan sebaik tiba di sana.
UNHCR pula dipetik Reuters sebagai berkata, sekurang-kurangnya enam individu yang berdaftar dengannya dipercayai termasuk dalam senarai yang akan dihantar pulang.
PH juga berharap langkah itu dipertimbang semula memandangkan konflik yang sedang tercetus mungkin menjejaskan keselamatan pelarian.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/ngo-kanak-kanak-pencari-suaka-turut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ngo Gesa K Jaan Dedah Identiti Warga Myanmar Dihantar Pulang

Ngo Gesa K Jaan Dedah Identiti Warga Myanmar Dihantar Pulang

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 415 hits
Dua NGO yang memperjuangkan hak imigran menggesa kerajaan mendedahkan senarai 1 086 warga Myanmar yang dihantar pulang semalam dan apakah mereka dijamin selamat apabila tiba ke negara itu NGO berkenaan juga menggesa kerajaan memberi akses s...
Video Suami Buat Kejutan Pulang Ke Rumah Lepas Setahun Terpisah Reaksi Isteri Anak Anak Bikin Sebak

Video Suami Buat Kejutan Pulang Ke Rumah Lepas Setahun Terpisah Reaksi Isteri Anak Anak Bikin Sebak

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 438 hits
Berjauhan dengan insan tersayang merupakan satu momen perit yang tidak dapat digambarkan dengan kata kata Itulah perasaan yang dialami oleh seorang wanita apabila terpaksa menanggung rindu terhadap suami tercinta
Warga Myanmar Dihantar Pulang Walaupun Mahkamah Benar Penangguhan

Warga Myanmar Dihantar Pulang Walaupun Mahkamah Benar Penangguhan

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 261 hits
PETALING JAYA Jabatan Imigresen berkata seramai 1 086 pendatang asing tanpa izin dari Myanmar dihantar pulang secara sukarela hari ini walaupun Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penangguhan sementara untuk menghentikan kerajaan mener...
Keluarga Rayu Bantuan Bawa Pulang Wanita Terkandas 20 Tahun

Keluarga Rayu Bantuan Bawa Pulang Wanita Terkandas 20 Tahun

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 313 hits
Salmah Adik terkandas di Sibu sejak 20 tahun lalu selepas menjadi mangsa ragut SIBU Keluarga seorang warga emas yang terkandas di Sibu sejak 20 tahun lalu selepas diragut memohon bantuan badan bukan kerajaan untuk membawa wanita itu pulang ...
Ngo Peroleh Perintah Penggantungan Sementara Penghantaran Pulang Pelarian Myanmar

Ngo Peroleh Perintah Penggantungan Sementara Penghantaran Pulang Pelarian Myanmar

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 232 hits
Gambar sebagai hiasan 23 02 2021 08 13 PM KUALA LUMPUR 23 Feb Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan dua Organisasi Bukan Kerajaan untuk mendapatkan perintah penggantungan sementara bagi menghalang Kerajaan Malaysia menghantar pulan...
Lelaki Sudah Dua Hari Mati Ahli Keluarga Tidak Sedar

Lelaki Sudah Dua Hari Mati Ahli Keluarga Tidak Sedar

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 240 hits
Keluarga tidak sedar sudah dua hari tidak kelihatan membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki di dalam bilik tidurnya Baca selanjutnya
Anwar Serah Peranti Untuk Keluarga Yang Memerlukan

Anwar Serah Peranti Untuk Keluarga Yang Memerlukan

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 221 hits
Menyerahkan 300 unit peranti pintar kepada anak anak kakitangan kerajaan di Port Dickson Antara agensi kerajaan yang terlibat adalah Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson Angkatan Tentera Malaysia Majlis Perbandaran Port Dickson Polis Diraj...
Resepi Ikan Masak Asam Kuah Pekat Sentiasa Jadi Pilihan Keluarga

Resepi Ikan Masak Asam Kuah Pekat Sentiasa Jadi Pilihan Keluarga

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 956 hits
Resepi ikan masak asam kuah pekat sentiasa jadi pilihan keluargaLauk macam ni memang sentiasa jadi pilihan seisi keluargaFavorite gilerr ikan masak asam kuah pekat pekat ni Satu lauk dah cukup Sape in love jugak lauk macam ni
Masih Ramai Isteri Yang Tak Kisah Tak Pakai Emas Asalkan Keperluan Keluarga Cukup

Masih Ramai Isteri Yang Tak Kisah Tak Pakai Emas Asalkan Keperluan Keluarga Cukup

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 410 hits
Emas memang menjadi barang perhiasan kegilaan wanita kerana nilainya yang tinggi dan melambangkan kekayaan Namun ada juga yang tidak kisah jika tidak dapat memilikinya asalkan keperluan keluarga dipenuhi Tahu tak masih ramai isteri isteri y...
Rindunya Kita Pada Rasulullah Saw

Maulidur Rasul Jom Throwback Sirah Nabi Dalam Hidup Kita

Khairul Aming Dedikasikan Anugerah Maulidur Rasul Kepada Peniaga Kecil

Misi Membeli Perfume Luggage Dan Hadiah Encik Suami Gagal

Kenangan Bercuti Di Pulau Pangkor

Sambutan Birthday Malam Ambang Merdeka 2025

Filem Badak

Ideas Beef Asado Recipe Slow Cooker


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kotak Packaging Produk Travel Set Solusi Branding Mudah Untuk Usahawan Baru Dengan Design Premium

666 Apa Yang Ditulis Buku Santai Untuk Asah Kreativiti Menulis

Karipap Daging

Menyeramkan Darah Menitis Dari Siling Hospital

Mayat Lelaki Dijumpai Di Dalam Kereta Di Sungai Petani

Momen Pakcik Pakcik Lepak Sambut Hari Lahir Bersama Rakan Runtun Hati Ramai