Ngo Gesa Mpk Pantau Premis Warga Asing Di Jalan Bukit Ubi



KUANTAN - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) digesa pantau dan bertindak segera termasuk menarik balik lesen perniagaan mana-mana pemilik warga tempatan yang dipercayai menyewakan premis mereka kepada warga asing di bandar ini.

Demikian ditegaskan oleh Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), Mohd Shukri Mohd Ramli hari ini. Beliau berkata kini operasi perniagaan warga asing dikatakan tumbuh bagaikan cendawan di bandar Kuantan.

Menurut Shukri antara lokasi yang dikenalpasti ialah sekitar Jalan Bukit Ubi dan Jalan Pasar. Malah lebih mengejutkan katanya ada warga asing yang sanggup membayar dua tiga kali ganda sewaan semata-mata untuk menjalankan operasi mereka.

"Dapat dilihat dengan jelas dari jalan utama, beberapa buah restoran, kedai runcit, kedai telefon yang dimiliki oleh warga asing di bandar ini. Mungkin bagi mengaburi mata pihak berkuasa tempatan (PBT) mereka menunjukkan lesen perniagaan pemilik asal yang digunakan. Mereka juga mendakwa mereka hanyalah pekerja. Walhal pemilik asal hanya goyang kaki kaut untung lumayan atas sewaan sahaja", kata Shukri.

Beliau juga hairan kenapa MPK seolah-olah menutup mata melihat senario ini.

"PBT seolah-olah tiada kuasa untuk menghalang. Sedangkan mereka boleh melihat dengan jelas apa yang berlaku. Apalah wajar dibiarkan Kuantan kini berubah menjadi Selayang ?? yang dipenuhi dengan warga asing hingga menakutkan orang tempatan?", katanya lagi.

Beliau turut mendakwa berasa sedih dengan apa yang berlaku, katanya warga tempatan jika mahu berniaga bukan main ketat peraturan yang telah dtetapkan. 

"Jika berniaga macam-macam hal dikenakan kepada peniaga tempatan, anihnya warga asing seolah-olah segalanya dipermudahkan. Perseolannya mereka ini berniaga atas tiket apa? Mereka pelancong atau bekerja? Apakah mereka dibolehkan menjalankan perniagaan sedangkan mereka seatutnya bekerja dalam bidang pembinaan, perladangan dan sebagainya. Bagaimana mereka boleh dibenarkan berniaga di negara ini tanpa ada sebarang sekatan dan tindakan. Jika ada pun, sekejap saja tutup kemudian beroperasi semula", kata Shukri lagi.

Justera dakwanya, sesuai dengan bulan Ramadan Al-Mubarak ini beliau merayu kepada Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) agar menjalankan tanggungjawab dengan amanah untuk membenteras warga asing yang menyewa premis untuk menjalanan perniagaan di bandar ini.

"Kami juga akan turun padang tidak lama lagi untuk membantu MPK mengenalpasti premis yang berkenaan. Kita akan buat siaran Live FB agar semua ini tidak jatuh fitnah dan memudahkan pihak terbabit mengambil tindakan. Kerjasama akan diberikan sehingga ke tahap kami akan temubual peniaga-peniaga terbabit dan dapatkan maklumat lanjut bagaimana mereka boleh berniaga sewenangnya tanpa ada tindakan daripada pihak berkuasa", tambah beliau lagi. 

Kuantan kini menuju ke arah bandaraya, apakah kita mahu lihat situasi seperti ini disajikan kepada generasi akan datang. Akhirnya warga asing menjadi "tuan" di bumi tercinta ini. #pahangdailyhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/05/ngo-gesa-mpk-pantau-premis-warga-asing.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ngo Gesa Jpn Siasat Penjualan Mykad Kepada Warga Asing

Ngo Gesa Jpn Siasat Penjualan Mykad Kepada Warga Asing

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 325 hits
KUALA LUMPUR Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa menggesa Jabatan Pendaftaran Negara melakukan siasatan dalaman bagi memastikan tiada kes berhubung pengeluaran sijil kelahiran dan kad pengenalan secara penipuan berleluasa Presiden...
Covid 19 11 Warga Asing Larikan Diri Selepas Jalani Ujian Saringan Ditahan Bukit Aman

Covid 19 11 Warga Asing Larikan Diri Selepas Jalani Ujian Saringan Ditahan Bukit Aman

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 347 hits
KUALA LUMPUR 6 Mei Seramai 11 individu daripada 145 warga asing yang melarikan diri selepas menjalani ujian saringan wabak COVID 19 di tapak pembinaan Pavilion Embassy Jalan Ampang di sini kelmarin ditahan polis Pengarah Jabatan Siasatan Je...
Warga Asing Tidak Dibenar Masuk Malaysia Kata Putrajaya

Warga Asing Tidak Dibenar Masuk Malaysia Kata Putrajaya

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 302 hits
Menteri Kanan Keselamatan Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan masih mengekalkan polisi tidak membenarkan warga asing memasuki negara buat masa ini termasuk menerusi laluan udara Beliau berkata perkhidmatan penerbangan termasuk AirAsia hany...
Covid 19 Airasia Tak Dibenar Bawa Masuk Warga Asing

Covid 19 Airasia Tak Dibenar Bawa Masuk Warga Asing

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 304 hits
PUTRAJAYA Kerajaan masih kekal dengan dasar tidak membenarkan warga asing memasuki Malaysia termasuk menerusi laluan udara Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkhidmatan penerbangan termasuk AirAsia hanya dibenarkan memba...
Berhenti Ambil Pekerja Warga Asing Di Pasar Selayang Kata Annuar Musa

Berhenti Ambil Pekerja Warga Asing Di Pasar Selayang Kata Annuar Musa

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 268 hits
Pasar Selayang yang terkenal dengan warga Rohingya jangan lagi dilabel sebagai Little Myanmar sebaliknya perlu dikekalkan nama asal Tan Sri Annuar Musa sebagai Menteri Wilayah Persekutuan mengingatkan tauke atau majikan perniagaan di Pasar ...
28 Pekerja Warga Asing Positif Covid 19 Kkm Sahkan Kesan Kluster Tapak Pembinaan

28 Pekerja Warga Asing Positif Covid 19 Kkm Sahkan Kesan Kluster Tapak Pembinaan

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 368 hits
Satu lagi kluster baharu dikesan dari tapak pembinaan Kuala Lumpur selepas 28 pekerja pembinaan warga asing dilaporkan positif virus PKC Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah men
Tauke Diarah Henti Ambil Warga Asing

Tauke Diarah Henti Ambil Warga Asing

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 265 hits
Menurut laporan PKPD mengakibatkan sebilangan peniaga tidak dapat meneruskan operasi atau beroperasi dalam skala yang lebih kecil ketika pasar borong dibuka kembali pada 25 April kerana pekerja imigran pasar borong terkurung di rumah mereka...
Warga China Polis Tumpas Sindiket Judi Atas Talian Di 2 Premis Mewah

Warga China Polis Tumpas Sindiket Judi Atas Talian Di 2 Premis Mewah

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 313 hits
Sindiket perjudian atas talian yang beroperasi di 2 premis mewah di Jalan Raja Chulan Kuala Lumpur dianggarkan mengaut keuntungan RM4 5 juta sebulan KUALA LUMPUR Seramai 19 warga China termasuk seorang wanita ditahan kerana dipercayai terba...
Covid 19 Koloni Warga Asing Berisiko Cetus Kluster Baharu

Covid 19 Koloni Warga Asing Berisiko Cetus Kluster Baharu

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 315 hits
KUALA LUMPUR Koloni buruh warga asing yang berselerakan di sekitar Lembah Klang berisiko tinggi mencetuskan kluster baharu jangkitan wabak COVID 19 di negara ini sekali gus berpotensi merencatkan usaha Kementerian Kesihatan Malaysia mengawa...
Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Dibunuh Kerana Tak Mahu Rujuk Selepas Bercerai Mayat Disumbat Dalam Bagasi

Saya Harap Isu Aliff Aziz Tak Jejaskan Saya Cari Rezeki Di Malaysia Aaron Aziz

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

Contoh Inspirasi Poster Ucapan Selamat Hari Pekerja 2024



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Henry Ridley Kuala Tembeling Jerantut 1911

10 Toner Untuk Kulit Berminyak 2024

Mesyuarat Negara Negara Asean Dalam Bidang Sains Dan Teknologi Kuantum

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Sarapan Pagi

Pas Quashing Of Zafrul S Affidavit Raises Concerns About Govt S Integrity