Ngo Bantah Pilihan Peniaga Bazar Ramadan Secara Dalam Talian


Mohamad Fadli


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Bertindak Bazar Ramadan 2019 hari ini menyerahkan referendum membantah peraturan baru Kementerian Wilayah Persekutuan yang mewajibkan permohonan tempat niaga di bazar Ramadan dibuat dalam talian.

Jurucakap mereka, Gulam Muszaffar meminta Menteri Khalid Samad menimbang semula peraturan tersebut dan mahu persatuan dan NGO yang diberi peranan menganjur seperti di tahun-tahun lepas.

“Untuk makluman Khalid, kami ada alasan kukuh untuk beliau pertimbangkan cadangan kami, antaranya peranan utama yang diberikan kepada kami selaku penganjur adalah disebabkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sendiri mengakui tidak mampu melaksana dan mengawal selia modus operasi baik dari segi pengurusan, keselamatan, kebersihan atau kelancaran operasi harian,” katanya di luar bangunan Parlimen.

Beliau juga berkata perkara berkaitan penganjuran itu termaktub kepada undang-undang atau peraturan ditetapkan pihak DBKL.
Katanya, sebelum ini penganjuran dibenarkan bagi mengelak kewujudan penjaja haram atau “penjaja rambo” yang menimbulkan ketidakadilan dan ketidakpuasan hati dalam kalangan penjaja.

Beliau juga berkata sekiranya permohonam bazar Ramadan wajib dilakukan dalam talian tahun ini, ia akan menyukarkan proses permohonan, ditambah dengan karenah birokrasi, dan memberi kesempatan kepada orang tengah mengaut keuntungan

“Di bawah konsep rahmatan lil alamin, kami percaya Khalid, seorang menteri peduli rakyat, dapat menimbang semula permohonan kami.

“Selaku penganjur bazar Ramadan yang 100% orang Melayu dan Islam, diharap urusannya dikekalkan bawah persatuan dan NGO seperti sebelum ini,” katanya.

Referendum diserahkan kepada wakil Khalid pagi tadi.

Khalid dalam sidang medianya kemudian berkata, beliau menerima referendum itu dan akan meneliti permohonan mereka.

Buat masa ini pihaknya mahu mengekalkan permohonan untuk berniaga di bazar Ramadan secara dalam talian.

Ini bagi mengelakkan unsur penipuan dan ada pihak mengambil kesempatan

“Bazar Ramadan dipindahkan lebih baik bukan sahaja lokasi tetapi soal cara bagaimana dapat lot.
Sebelum ini diurus oleh persatuan. Lepas itu persatuan akan sewakan kepada ahli mereka.

“Ini kita tak nak lakukan kerana kita dapati boleh datangkan peluang ambil kesempatan. Misalnya persatuan dapat pada kadar yang murah dan kemudian dia sewa kepada peniaga dan penjaja pada kadar yang mahal.

“Kita buat secara talian dan diurus DBKL dan semua peniaga dan penjaja dapat kadar yang murah dan kalau dapati mereka sewakan lot mereka, ia akan diberi kepada orang lain,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata DBKL akan melaksanakan tempoh percubaan bagi kawasan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) iaitu antara Jalan Isfahan dan Jalan Melayu akan ditutup kepada semua kenderaan persendirian pada Sabtu dan Ahad serta hari cuti umum.

Beliau berkata jalan ditutup dari 8 pagi hingga jam 12 tengah malam dan akan dilaksanakan bermula 1 April ini.

“Hanya bas, teksi, bomba, ambulans dan kenderaan polis serta kenderaan penguatkuasa dibenarkan.
“DBKL juga memastikan Lorong Tuanku Abdul Rahman dan Lorong Gombak dikosongkan sepenuhnya dari penjaja dan halangan,” katanya.

Khalid juga berkata para penjaja yang sah akan dipindahkan ke kawasan lain di sekitar Jalan TAR selepas kiosk dibina untuk kegunaan mereka.

Ini dalam usaha untuk membersihkan Lorong TAR, maka pasar malam dan bazar Ramadan di situ akan dipindahkan ke lokasi baru yang akan diumumkan kemudian.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membuat keputusan ini khasnya Persatuan Peniaga Batu Road (Barra) dan Persatuan Peniaga Jalan Masjid India (Miba) serta para peniaga dan orang ramai yang memberikan maklum balas sehingga keputusan ini dibuat.

“Saya yakin keputusan ini akan memberikan kebaikan untuk semua serta memajukan lagi kawasan Jalan TAR sebagai mana majunya kawasan segi tiga emas di Bukit Bintang,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/ngo-bantah-pilihan-peniaga-bazar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bazar Ramadan Lorong Tar Ditempatkan Di Jalan Raja Tahun Ini

Bazar Ramadan Lorong Tar Ditempatkan Di Jalan Raja Tahun Ini

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 351 hits
Pasar Ramadan di Jalan TAR akan dipindahkan ke Jalan Raja tahun ini BERNAMA FailKL Operasi bazar Ramadan Lorong Tuanku Abdul Rahman Jalan Masjid India dan kawasan sekitarnya pada tahun ini akan dipindahkan ke Jalan Raja iaitu berhadapan Ban...
Lenovo Melancarkan Ideacentre Aio A340 Dengan Pilihan Cip Intel Dan Amd

Lenovo Melancarkan Ideacentre Aio A340 Dengan Pilihan Cip Intel Dan Amd

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 245 hits
AIO ialah komputer pilihan bagi mereka yang mempunyai ruang yang kecil di rumah Kesemua komponen tersimpan padat di dalam kerangka bersaiz kecil Di MWC 2019 Lenovo IdeaCentre AIO A340 telah dilancarkan dengan pilihan pemproses keluaran Inte...
Yugana Crepe Pilihan Ramai Penggemar Kain Polos

Yugana Crepe Pilihan Ramai Penggemar Kain Polos

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 342 hits
Assalamualaikum dan selamat sejahteraYUGANA CREPE PILIHAN RAMAI PENGGEMAR KAIN POLOSRata rata cust berpuas hati dgn material Yugana crepe Ni Cantik terletak bila dah jadi baju Material kain pon best Xpanas Jangan tak tahu Yugana crepe berma...
Ahy Sayangkan Fenomena Left Group Keluarga Kawan Karena Beda Pilihan Politik

Ahy Sayangkan Fenomena Left Group Keluarga Kawan Karena Beda Pilihan Politik

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 270 hits
AHY Sayangkan Fenomena Left Group Keluarga dan Kawan Karena Beda Pilihan Politik Di Jakarta seorang penumpang taksi online diturunkan di tengah jalan hanya gara gara menggunakan kaos yang berbeda dengan pilihan politik pengemudinya kata AHY
Top Commentator Pilihan Cikla Untuk Bulan Februari 2019

Top Commentator Pilihan Cikla Untuk Bulan Februari 2019

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 332 hits
Top commentator pilihan cikla untuk bulan Februari 2019 Assalamualaikum wbt Alhamdullilah kita dah pun masuk bulan Mac 2019 Pejam celik pejam celik dah masuk 3 bulan kita di tahun 2019 kan Syukurlah kita masih diberi kesempatan menikmati re...
Tak Ada Hubungan Dengan Pilihan Politik Ma Ruf Doakan Kesembuhan Zulkifli Hasan

Tak Ada Hubungan Dengan Pilihan Politik Ma Ruf Doakan Kesembuhan Zulkifli Hasan

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 241 hits
Kendati Zulkifli berbeda posisi politik dan mendukung pasangan calon presiden nomor urut 02 Prabowo Subianto dan Sandiaga Uno Ma ruf menyebut doa itu tidak pilih pilih Mustasyar PBNU itu sempat bercanda barangkali Zulkifli bisa berubah piki...
9 Pilihan Bra Bagi Si Pemilik Plus Size Anti Slip Dan Nggak Akan Nongol Belahannya

9 Pilihan Bra Bagi Si Pemilik Plus Size Anti Slip Dan Nggak Akan Nongol Belahannya

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 213 hits
Memilih bra untuk payudara ekstra memang harus jeli Nggak pengen kan tumpah ke mana mana
Jual Rokok Seludup Peniaga Didenda Rm100 000

Jual Rokok Seludup Peniaga Didenda Rm100 000

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 312 hits
TINDAKAN peniaga menjual rokok seludup di kedai runcitnya membawa padah apabila dia dikenakan hukuman denda RM100 000 oleh Mahkamah Majistret Kemaman Chukai hari ini Majistret Nik Mohd Termizie Nik Mohd Shukri mengenakan hukuman itu terhada...
Peniaga Pakai Cosplay Tarik Pelanggan

Peniaga Pakai Cosplay Tarik Pelanggan

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 248 hits
Pemakaian kostum atau cosplay anime atau superhero semakin menjadi satu fenomena yang trending pada masa kini Menurut Merriam Webster Dictionary cosplay merupakan perbuatan berpakaian seperti watak fiksyen Menurut Kamus Dewan edisi yang kee...
Failed Startups To Success

Telefilem Sinar Ramadan

Rasuah Warga Asing Dapat Lesen Penjaja

Lirik Lagu Terpaling Puasa Papa Pipi Bell Ngasri

Me Time Sempena Women S Day

Pengasuh Didakwa Bunuh Kanak Kanak Perempuan Tiga Tahun

Resipi Almond Cluster Sedap Hanya Guna 2 Bahan

How Motion Controls Are Revolutionizing Fitness And Sports Gaming


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Raya Outdoor Photoshoot 2025 Riceeagle Studio Kota Kinabalu Sabah

10 Amalan Ni Buatkan Korang Kaya Di Bulan Puasa Ni

Mab Officer S Sacking For Playing Takraw While On Extended Mc Upheld

Man Nabbed For Molesting Women At Ramadan Bazaar

The Morphing Of Sapura Energy S Rm1 1b Lifeline Extension Into Madani Style Strategic Investment

Rekaan Sampul Raya Jadi Pilihan