Ngeh Dan Nga Tersengeh Ternganga


Hishamuddin Rais 
    Mengikut kata sahibul hikayat maka Pakatan Harapan (PH) pun kalahlah dalam pilihan raya kecil Semenyih. Maka anak-anak muda pun berkumpul dan menari-nari. Bertandak dan berjoget. Sambil berjoget sambil membuat pantun sebagai kenang-kenangan zaman berzaman

Siakap senohong
ikan kelah ikan tengeh;
selalu cakap bohong
jawabnya kalah di Semenyih
Maka seantero bumi Pakatan Harapan pun sibuk mencari sebab musabab kekalahan. Malah sosok seperti YB DAP Ronnie Liu yang jarang berfikir panjang pun mengeluarkan pendapat hingga dilapor oleh portal berita

Kelihatan semua ini pencarian sebab musabab rambang. Segala satu macam kisah yang memperkukuh sebab musabab pun dikumpul. Ada yang menyakitkan hati dan ada yang menggembirakan

Dari segala sudut kita dapat mendengar sebab musabab kenapa Pakatan Harapan kalah di Semenyih. Dari segi politik. ekonomi, sosial termasuk kekalahan dari sudut seks

Dari sudut seks? Ini kes apa ini? Sabar dulu baca tulisan ini sampai habis

Saya sendiri tanpa membaca akhbar. Tanpa memiliki telefon bijak penyampai berita WhatApps. Tanpa menonton TV. Saya cuma menerima beberapa kerat SMS. Maklumat pesanan ringkas ini entah dari sapa-sapa. Entah hantu kopek mana yang ingin menyampaikan buah fikiran dan kekecewaan mereka kepada saya

Semua maklumat ini saya kumpulkan. Kemudian saya bersembang dan berlabun dengan kawan-kawan yang menyokong Pakatan Harapan. Ada kawan bekas aktivis yang dah jadi pegawai menteri
 Ada minah yang kini bekerja dengan kerajaan negeri. Ada aktivis yang tak tahu apa nak diaktiviskan lagi kerana sudah ada kerajaan

Kepada saya, labun mereka ini menjadi sumber maklumat kelas A. Hakikatnya saya tahu apa yang terjadi. Jangan ingat kerana saya tak ada TV maka saya tidak tahu apa berita terkini. Jangan ingat saya tidak memiliki telefon pintar maka saya jadi Lokman Adam

Saya mendengar pelbagai surah. Saya mendengar dan membuka telinga. Pelbagai bentuk dan rupa tok perawi datang. Semua mengakui membawa khabar-khabar sahih

Dari surah dan khabar ini saya membuat rumusan tentang Semenyih
WaythamoorthySaya yakin kes Waythamoorthy, si mamat yang cuba menjadi wira perjuangan India ini mempengaruhi keputusan di Semenyih. Si wira ini sedang senyap tak bersuara lagi tapi bahang celopar mulutnya belum selesai. Nama Adib masih segar di telinga

Keyakinan saya ini diperkukuhkan dengan adanya satu tunjuk perasaan yang kecil selepas sembahyang Jumaat, sehari sebelum membuang undi

Rentak boria yang sama

Demo kecil ini bukan kes kuil. Ini kes hina nabi. Tapi rentak dan bunyinya sama. Tukang pukul gedang dan tetawak pun dari pembacaan saya datang dari kumpulan boria yang sama. Apa isi dan bentuk nabi dihina - wallahualam bisawab

Saya juga menerima khabar bahawa ramai anak muda menyampah dengan Pakatan Harapan kerana kes ganja. Ops, kes rokok! Di Semenyih, anak muda memprotes hak mereka untuk merosakkan paru-paru mereka. Anak muda memprotes hak mereka untuk menjadi bodoh. Hak-hak asasi mereka ini telah diganyang oleh menteri kesihatan Pakatan Harapan
Anak muda ajar mereka di Semenyih

Menurut surah anak-anak muda, cara dan bunyi suara menteri kesihatan menjawab kes rokok dianggap kurang sopan, angkuh, sombong dan hampir-hampir menjelma menjadi Lokman Adam

Sebenarnya kes rokok dan kes kuil ini sama. Dua pak menteri ini memang berniat baik. Tidak ada niat jahat dalam benak mereka. Mereka mahu menjadi wira rakyat. Mereka nak buktikan kepada para pengundi bahawa mereka sedang melakukan sesuatu. Nak membuktikan bahawa kementerian mereka menjalankan tugas

Tetapi pak menteri dua ekor ini terlupa tentang konsep demokrasi. Tentang konsep berbincang. Tentang mendengar pandangan orang lain dalam usaha, niat dan cita cita mereka untuk membawa kebaikan dan kesejahteraan umat

Yakinlah sejarah telah dan masih membuktikan bagaimana Presiden Bush dari Rumah Putih datang membawa projek kebebasan dan demokrasi untuk warga Iraq. Hasilnya apa? Gua tak mahu komen. Lu fikir sendirilah

Hang Jebat ada beri ingatan, buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. Hishamuddin Rais ada berkata, buat baik tak ada salah tapi bincang terlebih dulu. Hang bukan 'terer' sangat. Amin

Dari Pahang saya membaca kenyataan dari seorang gedebe PKR yang memberi sebab kenapa kalah. 
Mengikut gedebe ini kekalahan disebabkan Pakatan Harapan telah hilang roh dan jiwa. Bukan lagi berjiwa rakyat

Ini juga sebab yang betul. Kecil pinggan tose dulang tembaga saya hulurkan kepada gedebe ini. 
Dalam masa sembilan bulan ini kelihatan Pakatan Harapan, lebih tepat lagi kelakuan dan perangai para gedebe dan menteri, cukup memualkan

Umum telah merasakan bahawa gedebe dan menteri ini merasa bahawa kemenangan 9 Mei dahulu adalah kemenangan mereka

Mereka telah mabuk ganja. Ops, maaf, mereka telah mabuk kuasa! Mereka lupa yang menjatuhkan Najib dan Rosmah ialah orang ramai. Undi dan sokongan orang ramailah yang membolehkan Dr Dzul dan Waythamoorthymenjadi menteri.  
Perkara ini wajib ditanamkan ke dalam benak mereka yang semakin tebal seperti kepala Lokman Adam

Dari Nogori kita terdengar suara seorang mamat veteran. Si mamat ini halus bahasanya. Cakapnya bersopan. Yang keluar dari mulutnya pastilah berbudi dan berbahasa

Sekali sekali perlu membuluh

Rais Yatim membuka surah tentang suara dan perangai DAP. Ini berkait rapat dengan bunyi suara dan komentar politik dua beranak dari keluarga Lim. Dalam bahasa Melayu, dalam istilah Rais Yatim, parti Cina DAP ini wajib dilunakkan

Zaman saya kanak-kanak dulu selalu saya terdengar kisah dan teladan tentang mulut anak-anak kena lada kerana celopar. Sebenarnya bukan terkena lada tapi sengaja disapu lada padi. Nak beri pengajaran

Dalam kuliah politik hari ini mulut wajib dilada hanyalah satu konsep. Mustahil Mahathir akan melada mulut Guan Eng dan mulut Kit Siang atau mulut Ronnie Liu

Saya tak nak komen tentang suara dari 'menteri buluh'. Tak baik. Faham fahamlah maknanya. Sekali sekali perlu juga membuluh. Nak tahu maknanya ayat saya ini sila tanya Rais Yatim

Dalam fikrah saya apa saja hujah yang kita dengar minggu ini tentang sebab musabab Pakatan kalah di Semenyih adalah sahih. Walaupun bunyinya bodoh. Tapi dalam suasana sekarang Pakatan harapan wajib menerima- yang baik atau yang busuk

Mesti ada yang bersuara - Hishamuddin Rais ini kaki complaint. Pandai complaint. Tapi tidak memberi jalan keluar. Sabar dulu beb. Saya memiliki jalan keluar yang cekap, pantas dan tuntas

Kita dengar Pakatan Harapan tidak tunai janji. Satu Semenyih heboh dengan labun janji Pakatan Harapan. Cakap-cakap tak tunai janji ini memang tepat. Janji wajib ditepati bukan dicapati

Justeru jalan keluar yang cepat dari suasana muram ini dan sebelum bertempur di Rantau ialah menunaikan janji. Tunaikan dengan cepat dan pantas

Mustahil kita lupa dengan janji kita. Saya tidak akan lupa bermalam malam di pentas ceramah melaungkan janji yang akan dilakukan apabila Pakatan Harapan menubuhkan kerajaan baru

“Bila kita tubuhkan kerajaan baru, Najib dan Rosmah akan di tangkap, mereka masuk penjara.” - Petikan ucapan Hishamuddin Rais
“Tun, sila angkat pen. Lihat Mahathir masih boleh angkat pen. Pen ini untuk tandatangan Najib dan Rosmah masuk penjara.” - Petikan ucapan Mat Sabu
Ingat. Ingat. Ingat. Mari kita bersama-sama melawan lupa

Bukankah kita telah berkempen ke hulu ke hilir berjanji untuk menangkap Najib dan Rosmah. 
Bukankah dari Kangar hingga ke Gelang Patah hingga ke Tanjung Piai hingga ke Gua Musang hingga ke Kota Belud hingga ke Kuching kita telah berjanji

Kita berjanji akan menangkap pencuri, penyamun, perompak, perasuah dan penyalah guna kuasa

Mana janji itu? Azeez Tabung Haji. Isa Samad. Tengku Adnan. Nazri bin Aziz. Azalina. Sahrizat. Zahid Hamidi. Mat Hasan. Khairy Jamaluddin. Hishamuddin Hussein. Apa jadi

Dunia mengetahui bahawa si Najib dikaitkan dengan kes pembunuhan. Ini bukan lebong dari Hishamuddin Rais. Ini laporan TV Australia. Khalas

Hei, bro Muhyiddin
Saya difahamkan kaki busuk, orang jahat di belakang tabir sudah dibenarkan keluar negara. Apakah ini betul? Jika betul kita mahu tanya Bro Muhyiddin

“Hei bro, apa sudah jadi? Rusuk siapa telah patah?”
Hakikatnya, orang ramai mahu semua orang jahat masuk penjara. Inilah janji yang dinanti-nanti oleh orang ramai. Janji ini wajib dituntaskan dengan segera

Lim Guan Eng tidak perlu pergi ke China untuk pinjam duit untuk menunaikan janji ini. Azmin Ali tak perlu pinjam duit Bank Dunia atau International Monetary Fund untuk memenjarakan Najib dan Rosmah. Kita tidak perlu tunggu Jabatan Penjara Malaysia menjadikan quinoa pengganti nasi

Masukkan orang-orang jahat ke dalam penjara sekarang. Sudah hampir satu tahun
Najib dan Rosmah di mahkamah.Justeru wajib disedari bahawa orang ramai kecewa kenapa Najib dan Rosmah tidak memakai baju kuning - orang kena tuduh- ketika ditahan. Kenapa Najib dan Rosmah tidak digari

Malah saya dengar si Najib ini enggan masuk ke kandang orang salah ketika dibicarakan di Mahkamah Jalan Duta

Woit, si Najib ini siapa? Kenapa si Najib berani berbuat demikian? Hadiahkan Najib satu penampar untuk sedarkan dia bahawa United Malays National Organisation akan dipadamkan

Ops, hampir terlupa, kekalahan Pakatan Harapan di Semenyih dari sudut seks. Kisah-kisah seks ini dimunculkan kembali akibat kemarahan parti Islam PAS terhadap Anwar Ibrahim. Parti Islam marah kerana Anwar membocorkan maklumat yang mendakwa bagaimana parti Islam ini membayar untuk menyelesaikan kes dengan Sarawak Report di mahkamah

Seorang gedebe pemuda parti Islam ini telah membuat surah untuk membuktikan bahawa kekalahan Pakatan di Semenyih ini adalah akibat pengundi parti Islam PAS benci kepada Anwar Ibrahim. Amin

Siakap senohong
dalam belanga kena tumis;
buat janji bohong
mulut ternganga gigi tersengeh

*HISHAMUDDIN RAIS seorang aktivis politik, penulis dan pengarah filem.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/ngeh-dan-nga-tersengeh-ternganga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Taliban Isu Cukup Lapuk Nga Kor Meng Usahlah Permainkan Kebijaksanaan Rakyat Malaysia

Taliban Isu Cukup Lapuk Nga Kor Meng Usahlah Permainkan Kebijaksanaan Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 364 hits
TALIBAN ISU CUKUP LAPUK NGA KOR MENG USAHLAH PERMAINKAN KEBIJAKSAAN RAKYAT MALAYSIA oleh Muhammad Khalil Abdul Hadi Nama saya Muhammad Khalil sudah hampir dua minggu saya menjadi pelarian di negeri sendiri Sejak PAS dan UMNO mengumumkan aka...
Kerjasama Pas Umno Ibarat Taliban Di Afghanistan Kata Nga Kor Ming Viralhancing

Kerjasama Pas Umno Ibarat Taliban Di Afghanistan Kata Nga Kor Ming Viralhancing

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 347 hits
Kerjasama UMNO dengan Pas akan memecah belahkan rakyat dan menyebabkan negara menjadi seperti Afghanistan yang diperintah oleh Taliban jika dua parti itu berjaya membentuk kerajaan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Nga Kor Ming berkata pembentu...
Negara Taliban Giliran Nga Kor Ming Menghasut Rakyat Pula

Negara Taliban Giliran Nga Kor Ming Menghasut Rakyat Pula

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 375 hits
Selepas Guan Eng menggelar kerjasama PAS UMNO sebagai satu pengisytiharan perang terhadap kaum bukan Melayu pemimpin pemimpin DAP terus menghasut rakyat Semalam Nga Kor Ming yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat memberitahu wartawan media...
Dap Leaders Mixed Over Nga S Taliban State Remark

Dap Leaders Mixed Over Nga S Taliban State Remark

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 330 hits
DAP deputy secretary general Nga Kor Ming s remark that the union between Umno and PAS could turn Malaysia into a Taliban state has courted mixed reactions from leaders in his party Johor DAP publicity secretary Sheikh Omar Ali said in a st...
Kenyataan Nga Kor Meng Berbaur Perkauman

Kenyataan Nga Kor Meng Berbaur Perkauman

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 360 hits
KENYATAAN AKHBARPengerusi DAP Perak YB Nga Kor Ming perlu berhenti berlakon sebagai pejuang kebangsaan selepas mengundang kemarahan rakyat susulan kenyataannya menggambarkan gabungan UMNO PAS akan menjadikan Malaysia seperti Afghanistan yan...
Nga Kor Ming Ejen Perpecahan Berhenti Berlakon Kononnya Pejuang Kebangsaan Saarani

Nga Kor Ming Ejen Perpecahan Berhenti Berlakon Kononnya Pejuang Kebangsaan Saarani

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 359 hits
Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak Datuk Saarani Mohamad berkata Pengerusi Dap Perak Nga Kor Ming perlu berhenti berlakon kononnya sebagai pejuang kebangsaan selepas mengundang kemarahan rakyat susulan kenyataannya menggambarkan gabung...
Nga Kor Ming Taliban Dap Exco Pemuda Umno

Nga Kor Ming Taliban Dap Exco Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 678 hits
Kenyataan Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming yang cuba menggambarkan kerjasama UMNO PAS kelak bakal menyebabkan rakyat sengsara dan tiada lagi patah balik buat rakyat mengubahnya adalah satu tindakan yang cuba menakut nakutkan rakyat Cubaan...
Video Joseph Lim Guan Eng Dan David Nga Korming Hasutan Anti Islam

Video Joseph Lim Guan Eng Dan David Nga Korming Hasutan Anti Islam

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 363 hits
Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming tidak layak bercakap mengenai perpaduan kerana rekod menunjukkan beliau sering mengeluarkan kenyataan yang boleh menanam semangat kebencian dan mengganggu keharmonian kaum Pengerusi Perhubungan UMNO Perak Da...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip