Keperluan Semasa Di Wad Nuklear Untuk Rai Kanser Dos Tinggi
KEPERLUAN SEMASA DI WAD NUKLEAR UNTUK RAI KANSER DOS TINGGI. Seperti yang kita sedia maklum, RAI kanser dos tinggi mesti di kuarantin di wad nuklear selama lebih kurang 5 hari.
Keperluan semasa di wad nuklear untuk RAI kanser dos tinggi. Gambar diubahsuai dari carian Google.
1- Bilik kuarantin tu sejuk teramat sejuk. Jadi jangan minta nurse slow kan ekon. Sebab wad nuklear tu bukan kita punya. Dan ekon tu disetkan macam tu mestilah bersebab. Penat-penat gov tanggung bayar ekon mahal-mahal, lagi bayar kos RAI yang RM8K sekali sedut tu jadi bawah RM400 aje. Kita pulak banyak songeh nak suruh slow ekon! Kalau tak tahan sejuk, mintak lebih selimut dari nurse.
2- Wad nuklear tu bukan restoran yang kita boleh minta masakan sedap. Biasalah akan rasa masakan tawar. Sekali lagi, mesti ada sebab kenapa diet kita kena ikut spesifikasi tu. Jangan malukan diri dengan file complain kepada KKM.
3- Tolong dengar nasihat dari nurse yang bertugas. Kalau cakap suruh kerap mandi, kenalah kerap mandi. Kalau suruh minum air kerap, minumlah lebih kerap. Radiasi akan keluar melalui pembuangan. Nanti radiasi tak turun, tak boleh balik. Pastu nangis. Hihi.
4- Jangan saja-saja sengaja nak tunda sendiri tak mahu datang ambik RAI. Kanser merebak sebab lambat buat RAI. Nangis, salah siapa
Alang-alang dah share ni, nak share sekali untuk mereka yang ambik RAI HYPER.
5- Yang ambik RAI Hyper dan suka suki tak nak datang RAI, suka suki nak tunda RAI atas alasan hormon tiroid dah normal atau takut covid19, selepas ini bila doktor suruh ambik RAI, silalah tolak siap-siap. Bolehlah doktor beri peluang kepada rakan-rakan pesakit lain yang takut kena masalah jantung. Yang takut kena masalah darah putih kurang. Yang nak pulih! Korang kuat kan. Setakat masalah radang hati. Masalah jantung bengkak. Bak kata budak sekarang, "Apa de hal"
Ingat doktor saja-saja ke suruh ambik RAI? Dahlah cecair iodine beradioaktif tu kena order dari luar negara. Harga pulak 5K (Syukur ada subsidi gov) sekali sedut. Pastu farmasi dah siap bancuh, korang pulak tak datang minum. Menyusahkan nurse, menyusahkan doktor.. Malah menyusahkan diri sendiri.
Mungkin ada yang tak tahu, bekalan iodine beradioaktif ni pernah kehabisan stok. Pihak Farmasi hospital tak boleh janji jika bekalan iodine beradioaktif ni ada bekalan pada masa akan datang. Kalau ada pun, akan diutamakan kepada pesakit kanser tiroid terlebih dahulu. Kalau nak tolak RAI, tolak awal-awal masa doktor cadangkan RAI tu. Jangan dah dapat tarikh tapi tak datang. Menyusahkan semua org. Tau tak
Oklah, kembali kepada tujuan asal. Antara yang ditulis ni, adalah panduan saja. Ikutlah kebijaksanaan sendiri mana yang perlu bawak dan mana yang tak. Berapa banyak nak bawak, agak-agaklah untuk 5 hari punya penginapan.
-Baju tebal/sweater/jaket (sebab sangat sejuk)-Baju untuk keluar ward -Seluar panjang (sebab ada cctv) -Telekung untuk wanita dan sejadah kecil-Tudung sarung (sebab ada cctv)-Pakaian dalam-Stoking tebal-Selipar bilik -Selipar untuk tandas-Tuala mandi-Keperluan mandi seperti sabun, shampoo, ubat gigi, berus gigi semua bersaiz kecil-Pelembab muka (muka jadi kering sebab sejuk sangat) -Vaseline untuk kulit kering-Sikat rambut-Roti-Biskut -Asam-asam dan gula-gula (untuk hilangkan loya)-Buah yang sesuai (bukan durian)-Pisau kecil untuk potong buah-Cawan dan sudu untuk bancuh air jika bawa milo/teh/ribena-Sambal pedas tanpa belacan dan jeruk lada untuk menambah selera makan-Minyak angin-Ubat untuk penyakit sedia ada (PENTING) -Charger fon-Bahan bacaan (quran boleh baca melalui fon)-Laptop (kalau ada kerja yang nak buat)
JANGAN -Pakai barang kemas-Bawa duit banyak
Moga, bermanfaat.
Kredit : Grup FB TIROID DAN ANDA (ORI)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ciklapunyabelog.blogspot.com/2021/11/keperluan-semasa-di-wad-nuklear-untuk.html