New Interface Blog Semua Ok Cuma Part Gambar Je Tak Ok
hai assalammualaikum
New Interface Blog, Semua Ok, Cuma Part Gambar Tak Ok - Sebelum ni, banyak nad nampak blog kawan -kawan nad dah berubah ke new interface, dashboard blog berubah ke baharu. Ramai kata, pening dengan new interface ni. Tapia da sesetangah blogger, ok je dengan new interface blog ni. Nad ada baca, memang blog akan bertukar baru pada bulan Julai tak silap. Tapi waktu ni, dashboard nad masih lama. Tiba-tiba, 31 Julay haritu, nak update blog, eh bertukar dah dashboard blog. So nad ingat memang dah memang bertukar baru, jadi kita pakai jela.
New Interface Blog, Semua Ok, Cuma Part Gambar Tak Ok
Masa mula-mula tukar tu, nad tengok ok je. Semuanya tersusun elok je. Takda masalah bila nad nak update. Ada beberapa button yang berlainan sedikit. Tapi takda la pening atau terkial-kial nak guna dia. Nad pun update dengan laptop. Tak cuba lagi dekat phone waktu tu.
Bila dah update, dah masukkan gambar, yang menjadi masalah sekarang ialah part gambar. Kalau dashboard sebelum ni, hanya guna "Large", " X Large, " Original size "..tapi yang baru, dia guna simbol " + " dan " - "..jadi tak boleh agak, size berapa ok.
Biasalah, nad cuba-cuba buat size besar, macam sebelum-sebelum ni, sekali bila publish, gambar jadi penyek dan memanjang. Sangatla tak cantik. Memang banyak kali adjust part gambar, stress, fade up..Ingat nak balik kampung dengan tenang, sekali jadi macam ni, terus rasa down.
Lepas tu, ada kawan blogger, kak Azni bagitau, gambar dekat home, blur, ada pulak gambar yang hilang. Arghh sudah!!. Tengok-tengok ya, memang blur dan ada yang hilang. Disebabkan berlaku 31 Julai, jadi hanya dua entry yang macam tu. Gambar mainkan peranan penting dalam entry. Ornag suka tengok gambar. Tapi terjadi masa dekat home je, bila buka entry tu, gamabr elok je. Cumabila baca dekat phone, gamabr jadi tak cantik. Lepas tu nad tak update blog sepanjang cuti dekat kampung, nak tenang dulu..hahaa.
Ada godek juga buka dengan phone, ok, semua. Lepas tu masalah lain, dekat html, memang tak sama macam sebelum ni. Macam lagi kucar kacir. Fuh, jenuh oii..Kot la kita nak update size video ke apa, nak mencari tu..pening..
Benda ni jadi sama macam blogger lisa. Tag la nama dia dekat facebook. Ramai yang komen. Ramai rupanya cakap dashboard blog baru tak best..huhu..Bagi nad dashboard baru ni ok, cuma kebanyakan masalah dekat gambar..haishh..Kebanyakan mereka masih menggunakan yang lama. Yela, ramai yang update guna phone. Bila banyak bertukar, jadi rumit.
Sifu Hasrul Hassan sendiri berubah ke lama. Nad ingat memang dah tetap dashboard baru ni. Nasib boleh tukar, maka kita pun revert semula ke asal. Hah, selesai masalah.
Gambar yang hilang, kita upload semula, dan ia pun kembali pulih.
Tapi katanya, new interface ni akan jadi juga. Jadi, nak taknak kene terima,dan kene cari penyelesaian untuk gambar ni. Kata boleh bagi feedback dekat Google. Jomla kita bagitau. Kalau tak, hancur gambar kita kat blog.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2020/08/new-interface-blog-semua-ok-cuma-part.html