Netanyahu Pemimpin Kejam Pembunuh


TENTERA Zionis giat menahan penduduk palestin termasuk wanita dan kanak-kanak. AGENSI



ANKARA 14 Mac - ‘Perang dingin’ dan ‘perang mulut’ antara Ankara dan Tel Aviv semakin memuncak apabila Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menyifatkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Ne­tanyahu sebagai seorang ‘pe­mimpin kejam yang membunuh kanak-kanak Palestin’.Press TV melaporkan, Recep Tayyip menyatakan perkara itu ketika berucap kepada penyokongnya di sini.“Hei Netanyahu, tolong jaga perangai anda. Anda seorang pemimpin yang kejam kerana sanggup membunuh seorang kanak-kanak Palestin berusia tujuh tahun,” katanya.

Ucapan keras Recep Tayyip itu dibuat beberapa hari selepas Netanyahu menyifatkan beliau sebagai diktator dan pelawak yang menyumbat golongan wartawan ke dalam penjara.“Kepemimpinan diktator Presiden Turki menye­rang demokrasi Israel sedangkan banyak wartawan negara itu disumbat ke dalam penjara hanya kerana bersuara menyatakan pandangan mereka,” tulis Ne­tanyahu dalam Instagram.Ketegangan antara kedua-dua pemimpin sudah bermula beberapa hari lepas apabila Turki menyelar Netanyahu bersikap perkauman secara terang-terangan menentang penduduk Israel berketurunan Arab kerana menyatakan Israel adalah sebuah negara Yahudi dan bukan untuk semua penduduknya.Semalam, Recep Tayyip pula mengkritik tindakan polis rejim Zionis yang menutup semua pintu masuk ke kompleks Masjid al-Aqsa selain menyerang penduduk Palestin yang ingin menunaikan solat Isyak di luar Bab al-Asbat.“Jangan lakukan provokasi. Kami tidak menindas mana-mana penduduk Yahudi di negara ini dan kami tidak melakukan apa-apa terhadap tempat ibadat mereka di sini. Jadi, tolong ja­ngan lakukan provokasi kerana kami tidak akan masuk dalam perangkap anda,” tegas beliau kepada Netanyahu.

BUKIT GOLAN: ‘JAJAHAN’ JADI ‘KAWALAN’Dalam perkembangan lain, Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) menukar deskripsi berhubung Bukit Golan daripada ‘kawasan jajahan Israel’ kepada ‘kawasan kawalan Israel’ dalam laporan hak asasi manusia glo­bal tahunan semalam.Tindakan itu dilakukan selepas Israel bertungkus-lumus melobi mendapatkan pengiktirafan AS untuk meluaskan kawalannya di Bukit Golan selepas merampas kawasan tersebut dari Syria dalam perang Asia Barat 1967.Tiada sebarang kenyataan dibuat oleh pemimpin Israel mahupun AS berhubung terma baharu itu.Bagaimanapun, di Rama­llah, Nabiel Abu Rudeineh, jurucakap kepada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengkritik tindakan AS itu.Beliau menyifatkannya sebagai ‘kesinambungan pendekatan bermusuhan pentadbiran AS terhadap penduduk Palestin dan bertentangan dengan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

LAGI PELAN KEDIAMAN HARAM YAHUDISelain itu, Kementerian Pembinaan dan Perumahan Israel dijangka mengumumkan pelan pembinaan ratusan unit kediaman baharu untuk penduduk Yahudi di kawasan Tebing Barat menjelang pilihan raya yang dijangka berlangsung pada 9 April ini.Portal berita Israel melapor­kan, pelan tersebut akan membina sebanyak 700 unit kediaman haram terletak di Baitulmuqaddis dan sudah diluluskan Jawatankuasa Peranca­ngan Pentadbiran Awam Israel.

51 PENDUDUK PALESTIN DITAHANSementara itu, tentera Israel menahan sebanyak 51 penduduk Palestin termasuk golongan wanita dan kanak-kanak dalam beberapa serbuan yang diadakan di Tebing Barat awal pagi semalam.Menurut Pertubuhan Banduan Palestin (PPS), tentera Zionis juga menahan sembilan penduduk Palestin termasuk wanita di Hebron manakala di tengah Tebing Barat, sebanyak 19 penduduk ditangkap termasuk 17 kanak-kanak perempuan, namun kesemua kanak-kanak dibebaskan selepas itu.Kumpulan hak asasi tahanan Palestin, Addameer menyatakan bahawa sebanyak 5,440 tahanan di penjara di seluruh Israel termasuk 48 tahanan wanita, 209 kanak-kanak dan 46 daripadanya berusia bawah 16 tahun. – AFP/AGENSI

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/03/netanyahu-pemimpin-kejam-pembunuh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Melayu Ph Bagaikan Watak Davy Jones

Pemimpin Melayu Ph Bagaikan Watak Davy Jones

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 340 hits
HEBAT betul semangat setiakawan pemimpin pemimpin Melayu dalam Pakatan Harapan senyap sunyi apabila pemimpin DAP melampaui batas dalam mengulas kerjasama UMNO Pas Pemimpin Bersatu hanya diam pemimpin Melayu PKR menyepi manakala pemimpin Ama...
Pemimpin 3 Parti Komponen Mula Mesyuarat Tentukan Nasib Bn

Pemimpin 3 Parti Komponen Mula Mesyuarat Tentukan Nasib Bn

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 356 hits
March 8 2019 11 41 AM 7Pemimpin tertinggi Umno MCA dan MIC bergambar bersama sebelum mesyuarat Dewan Tertinggi BN bermula pagi ini KUALA LUMPUR Pemimpin Barisan Nasional mengadakan mesyuarat Dewan Tertinggi hari ini bagi membincangkan nasib...
Pemimpin Umno Perlu Berhati Hati Beri Kenyataan

Pemimpin Umno Perlu Berhati Hati Beri Kenyataan

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 384 hits
Gelagat Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan selepas sidang media pada Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur foto SYAFIQ AMBAK KUALA LUMPUR Pemimpin pemimpin UMNO diingatkan agar perlu berhati...
Pemimpin Ph Diingat Tidak Letus Api Kaum

Pemimpin Ph Diingat Tidak Letus Api Kaum

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 374 hits
MOHAMMAD ARIFIRIAZUL PAIJOAMARAN dilaungkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bahawa kerjasama PAS Umno merupakan ancaman yang dikatakan sebagai perang kepada rakyat bukan Islam adalah bersifat hasutan Ia boleh mengundang gugatan terhadap k...
Tun Berlembut Pemimpin Umno Pijak Kepala

Tun Berlembut Pemimpin Umno Pijak Kepala

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 728 hits
UMNO menang di Semenyih sekali lagi dengan bantuan Pas tanpa perlu bantuan MCA dan MIC Biarlah Najib Razak dituduh pencuri biarlah pencuri dikatakan tak takut pada kerajaan pengundi Melayu termasuk ahli Pas tetap mengundi parti yang ditunja...
Tok Mat Ingatkan Pemimpin Umno Bn Hati Hati Berceramah Di Prk Rantau

Tok Mat Ingatkan Pemimpin Umno Bn Hati Hati Berceramah Di Prk Rantau

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 345 hits
Tok Mat ingatkan pemimpin Umno BN hati hati berceramah di PRK Rantau Dikemas kini 24 minit yang lalu middot Diterbitkan pada
Samsung Kami Pemimpin Pasar Smartphone Di Indonesia

Samsung Kami Pemimpin Pasar Smartphone Di Indonesia

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 201 hits
Vice President IM Business Samsung Electronics Indonesia Bernard Ang mengklaim bisnis smartphone Samsung kian kuat di Indonesia Mengutip data riset pihak ketiga ia mengatakan Samsung kini menguasai 50 persen pangsa pasar smartphone Indonesi...
Ma Ruf Amin Pilpres Bukan Perang Tetapi Mencari Pemimpin Terbaik

Ma Ruf Amin Pilpres Bukan Perang Tetapi Mencari Pemimpin Terbaik

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 226 hits
Ma ruf sepakat bergandengan tangan dengan generasi muda untuk menjaga keutuhan bangsa dengan mengawal pilpres yang bersih dari fitnah hoaks dan ujaran kebencian
4 Golongan Manusia Haram Disentuh Api Neraka

Funny18 Web Pgslot Pgslot Top 6 By Mickey Funny18 Funny18 Asia 19 25

Teguran Bulan Ramadhan Buat Dj Era

Kakcik Yah Biodata Nenek 75 Tahun Jadi Content Creator Popular

When Politicians Choose Ego Over People

Lirik Lagu Teman Raya Oleh Alieff Irfan Ft Bellestrelle

Lirik Lagu Qunut Subuh Bazli Unic

Ujian Sumatif 1 2025 Sekolah Rendah Bagi Tahun 1 Hingga 6


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Failed Startups To Success

Me Time Sempena Women S Day

Lirik Lagu Terpaling Puasa Papa Pipi Bell Ngasri

Telefilem Sinar Ramadan

Resipi Almond Cluster Sedap Hanya Guna 2 Bahan

Rasuah Warga Asing Dapat Lesen Penjaja