Negeri Sembilan Mahu Denda Kesalahan Buang Sisa Ke Sungai Dinaikkan Rm2j


 Oleh BADRUL HAFIZAN MAT ISA
TUANKU Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir mencemar duli melakukan gimik pelancaran program World Cleanup Day Peringkat Negeri Sembilan dan Pelancaran Kempen Negeri Sembilan Bersih di Taman Malaysia, Seremban hari ini. Turut kelihatan Aminuddin Harun (dua dari kanan). - UTUSAN/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE SEREMBAN: Sudah tiba masa denda terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang melepaskan sisa buangan ke perairan daratan dan perairan Malaysia di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dinaikkan daripada RM500,000 ketika ini kepada RM2 juta.
Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, saranan itu mengambil kira beban kos tinggi terpaksa ditanggung syarikat pembekal air dan agensi yang terbabit serta kesengsaraan dialami orang ramai setiap kali loji rawatan air terpaksa ditutup serta gangguan bekalan air berlaku.
“Pembuangan sisa industri atau buangan terjadual ke dalam sungai di Selangor baru-baru ini sepatutnya menjadi pengajaran kepada kita. Di Negeri Sembilan pada 2019 dan 2020 telah ada tiga kejadian serupa melibatkan pembuangan sisa industri atau buangan terjadual ke dalam sungai daripada lori.
“Dua daripada kejadian ini menyebabkan loji rawatan air Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) terpaksa ditutup mengakibatkan gangguan bekalan air melebihi tempoh 24 jam di beberapa kawasan. Kos pembersihan sungai yang terlibat dalam kes ini mencecah lebih daripada RM200,000 tidak termasuk gaji pekerja, kos penghantaran air ke lokasi yang terjejas serta kerugian hasil kepada SAINS sendiri akibat terputusnya bekalan air bersih,” katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada majlis World Cleanup Day Peringkat Negeri Sembilan dan Pelancaran Kempen Negeri Sembilan Bersih di Taman Malaysia dekat sini hari ini.
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan mencemar duli hadir dan melancarkan majlis berkenaan. Baginda turut diiringi, Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin.
Yang hadir sama,Undang Luak Jelebu, Datuk Maarof Mat Rashad; Undang Luak Johol, Datuk Muhammad Abdullah dan Tunku Besar Tampin Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri.
Menurut Aminuddin, bagi mengelakkan berlaku kejadian pencemaran sungai, kerajaan negeri juga mengambil inisiatif memberi ganjaran kepada pemberi maklumat termasuk mengenai aktiviti pembuangan sisa industri.
“Kerajaan negeri dalam konteks kebersihan ini menawarkan ganjaran RM10,000 kepada pemberi maklumat tentang pembuangan sisa industri atau buangan terjadual sehingga tertangkapnya pihak yang bertanggungjawab menyebabkan pencemaran di sungai.
“Bagi memastikan sungai bersih daripada sampah-sarap, kerajaan negeri juga dalam perancangan melaksanakan dua kaedah utama kawalan iaitu dengan pemasangan perangkap sampah di longkang dan pemasangan ‘logboom’ di sungai bagi memerangkap sampah dari terus terlepas ke sungai dan laut,” katanya.
Sementara itu, katanya, program World Cleanup Day peringkat negeri hari ini dijalankan serentak di beberapa lokasi di seluruh daerah dengan tema bagi peringkat negeri ialah ‘Moh Pungut Sampah’. – UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/09/negeri-sembilan-mahu-denda-kesalahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kempen Kembalikan Nama Asal Hapuskan Jejak Penjajah Kini Ke Negeri Sembilan

Kempen Kembalikan Nama Asal Hapuskan Jejak Penjajah Kini Ke Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 415 hits
Bandar Ainsdale Forest Height perlihat kurangnya sensitiviti angkat bahasa Melayu SELAKU Jawatankuasa Pusat Pemuda ISMA kami menyatakan bahawa kecintaan kami kepada negara tiada tolok bandingnya Kami berkemahuan agar identiti negara terus d...
Kos Perlupusan Sisa Mahal Punca Sungai Tercemar

Kos Perlupusan Sisa Mahal Punca Sungai Tercemar

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 480 hits
Via WhatsApp Mengenai pelepasan bahan cemar ke sungai yang menyebabkan penangguhan rawatan air di Selangor terdapat lebih banyak kes tindakan haram oleh kilang Saya baru menerima ini dari seorang rakan yang merupakan jurutera yang aktif dal...
Najib Alihkan Kesalahan Kerajaan Negeri Bn Dengan Menyalahkan Dap Isu Pekebun Durian

Najib Alihkan Kesalahan Kerajaan Negeri Bn Dengan Menyalahkan Dap Isu Pekebun Durian

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 408 hits
RAUB Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak cuba mengalihkan perhatian daripada isu eksploitasi petani durian Musang King di Raub dengan mengubahnya menjadi isu perkauman kata NGO Save Musang King Alliance Pengerusi Samka Chang Ye...
Restoran Mcdonald S Di Tampin Negeri Sembilan

Restoran Mcdonald S Di Tampin Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 1257 hits
Dengan wujudnya Restoran McDonald s di Tampin Negeri Sembilan maka ia menjadi satu satunya restoran makan segera di Malaysia yang bumbungnya bercirikan kebudayaan Minang Kabau Ia dirancang dibuka untuk kunjungan orang ramai pada 25 Septembe...
3h2m Muzium Samudera Sungai Melaka

3h2m Muzium Samudera Sungai Melaka

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 565 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Sebelum nak menyampai ke tempat letak kereta tu sempatlah KK curi masa sikit untuk ke kapal ikonik tengah Melaka niKapal ni dah dijadikan muzium tapi yang buat lagi mengecewakan muzium Samudera ditutup ...
Jangan Leka Terus Pantau Sungai Kim Kim

Jangan Leka Terus Pantau Sungai Kim Kim

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 339 hits
JANGAN LEKA TERUS PANTAU SUNGAI KIM KIM PASIR GUDANG Sebuah pertubuhan bukan kerajaan Sahabat Kanser Pasir Gudang meminta kerajaan terutamanya agensi dan jabatan berkaitan supaya terus memantau keadaan Sungai Kim Kim di sini yang didakwa ma...
Berapa Sisa Umurmu Coba Hitung Pakai Kalkulator Kematian

Berapa Sisa Umurmu Coba Hitung Pakai Kalkulator Kematian

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 331 hits
Sekelompok peneliti dari University of East Anglia Inggris mengembangkan sebuah teknologi kalkulator untuk memprediksi umur seseorang Teknologi kalkulator tersebut diberi nama Mylongevity alias umur panjang Teknologi yang bisa memprediksi k...
Skandal Cuci Duit London Anak Rafizi Jadi Umang Umang Politik Kotor Ismail Sabri Kroni

Lirik Lagu Kota Ini Tak Sama Tanpamu Nadhif Basalamah Aziz Harun Aisha Retno

Awie Alif Ba Ta Chord

Hadiah Pengiktirafan Akademik Penjawat Awam

Amorim Buru Tiga Mata Ke Atas Arsenal

Ringkasan Penuh Jalan Cerita The Karate Kid

Pelbagai Negara Optimis Prestasi Ekonomi China Cgtn

Kotak Packaging Kosmetik Custom Investasi Kecil Untuk Pulangan Besar Dalam Bisnes


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Hilangkan Iklan Di Semua Hp Redmi

Biodata Imran Vokey

Isu Jalur Gemilang Pas Nasihat Umno Dap Kembali Kepada Prinsip Rukun Negara

Newcastle Tumpul Tanpa Isak Diikat Villa 10 Pemain Utusan Malaysia

Siap Gelak Dasar Menunggang Didakwa Selit Agenda Politik Di Solidariti Zara Qairina Rafidah Teruk Dikecam

Kodak Bakal Gulung Tikar Ini Penjelasan Mereka