Negeri Lain Sibuk Umum Pakej Bantuan Kedah Sibuk Nak Batalkan Cuti Thaipusam






Pemuda PKR (AMK) Kedah membidas Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor kerana belum mengumumkan pakej bantuan buat rakyat Kedah di kala penduduk negeri itu berdepan perintah kawalan pergerakan (PKP) terbaru yang bermula semalam.

 
Ketua AMK Kedah, Mohammed Firdaus Johari, berkata, sebaliknya, Muhammad Sanusi lebih memberikan tumpuan tentang isu pembatalan cuti Thaipusam, seperti yang heboh dilaporkan sebelum ini.
 
“AMK Kedah ternanti-nanti sebarang pengumuman pakej bantuan rakyat Kedah (Covid-19) dari Muhammad Sanusi Md Nor, menteri besar Kedah.
 
“Tetapi malangnya sehingga hari ini tiada sebarang pengumuman bantuan bagi membantu rakyat Kedah dalam tempoh pelaksanaan PKP ini.
 
“Malah lebih menyedihkan, Menteri Besar Kedah lebih tertumpu kepada pembatalan cuti peristiwa perayaan Thaipusam berbanding isu ini yang sepatutnya diberi keutamaan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
 
Dia merujuk kenyataan Muhammad Sanusi 20 Januari lepas bahawa tiada cuti peristiwa untuk Kedah bagi perayaan Thaipusam tahun ini (28 Jan), susulan situasi semasa berkaitan Covid-19.
 
Keputusan itu disusuli kecaman banyak pihak yang menganggapnya sebagai suatu keputusan yang tidak wajar, berat sebelah dan melampau.
 
Muhammad Sanusi mempertahankan keputusan itu bukanlah untuk menafikan hak penganut Hindu, tetapi kerana memang penduduk sedang ‘dicutikan’ akibat PKP, malah mendakwa Thaipusam hanya diberikan cuti peristiwa sejak dua tahun lalu, meskipun cuti diberi untuk perayaan itu sejak 2014.
 
Kata Mohammed Firdaus, satu peruntukan khas harus diluluskan di bawah pakej bantuan khas bagi membantu kumpulan sasaran yang terjejas dan memerlukan bantuan.
 
Ia juga dapat melancarkan aliran aliran tunai serta mengurangkan impak serta kos operasi yang terpaksa ditanggung dalam tempoh pelaksanaan PKP.
 
Kedah, seperti semua negeri lain di Malaysia – kecuali Sarawak – dikenakan PKP bermula 22 Jan hingga 4 Feb, menyusuli beberapa negeri lain dan wilayah persekutuan yang dikenakan perintah itu lebih awal.
 
Keputusan itu dibuat setelah purata kes meningkat di negeri-negeri berkenaan.
 
Oleh hal yang demikian, Mohammed Firdaus mencadangkan agar menteri besar dan kerajaan negeri mengenal pasti kumpulan sasar yang memerlukan bantuan daripada pakej bantuan yang belum diumumkan itu.
 
Antara yang dicadangkan, termasuklah peniaga dan penjaja gerai, pasar, kantin sekolah; penoreh getah, pesawah dan petani,  nelayan,  golongan B40 dan M40 yang layak menerima bantuan bakul makanan.
 
Tidak ketinggalan pelajar sekolah yang tidak mempunyai peranti untuk mengikuti pembelajaran dalam talian, serta waris atau kontak rapat Covid-19 yang dikuarantin dan tidak dapat keluar membeli makanan dan barangan dapur.
 
Antara negeri yang sudah mengumumkan pakej bantuan terbaru bagi meringankan beban rakyat berdepan PKP 2.0, termasuklah Pulau Pinang (RM20 juta) dan Selangor (lebih RM70 juta).
 
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pula pada 18 Januari mengumumkan Pakej Bantuan Pelindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) bernilai RM15 bilion.
 
Kedah sebelum ini ada mengumumkan bantuan dalam musim Covid-19, antaranya RM21 juta sejurus selepas PKP 1.0, Mac tahun lalu, serta peruntukan bantuan khas RM5.6 juta dalam belanjawan 2021 negeri yang diumumkan Nov tahun lalu.
 
Peruntukan itu untuk diberikan kepada penjawat awam, termasuk bayaran ‘one-off’ RM200 kepada petugas barisan hadapan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah.
 

 

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/01/negeri-lain-sibuk-umum-pakej-bantuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awani Ringkas Pm Ucap Selamat Hari Thaipusam Dpmm Agih Bantuan Ke Negeri Dilanda Banjir

Awani Ringkas Pm Ucap Selamat Hari Thaipusam Dpmm Agih Bantuan Ke Negeri Dilanda Banjir

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 311 hits
PM ucap Selamat Hari Thaipusam DPMM agih bantuan ke negeri dilanda banjir SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https ww
Batal Cuti Thaipusam Pemimpin Mic Nasihat Pas Didik Mb Kedah

Batal Cuti Thaipusam Pemimpin Mic Nasihat Pas Didik Mb Kedah

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 429 hits
Timbalan Presiden MIC M Saravanan menasihatkan kepimpinan PAS supaya mendidik Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Mohd Nor Katanya MIC dan PAS telahpun menjalin hubungan mesra tetapi tindakan Sanusi menguji kerjasama erat itu Saya sangat be...
Tindakan Kedah Batal Cuti Thaipusam Dikecam

Tindakan Kedah Batal Cuti Thaipusam Dikecam

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 281 hits
Muhammad Sanusi Md Nor Kedah PAS deputy commissioner 1 during the press conference at PAS headquarters in Alor Setar Kedah Starpic by MUSTAFA AMAD The Star 12 May 2020 Menteri Sumber Manusia M Saravanan dan Timbalan Ketua Menteri II Pulau P...
Batal Cuti Thaipusam Kerajaan Pas Kedah Tak Hormati Kaum India

Batal Cuti Thaipusam Kerajaan Pas Kedah Tak Hormati Kaum India

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 405 hits
Tindakan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang membatalkan cuti peristiwa sempena perayaan Thaipusam tahun ini dengan alasan Perintah Kawalan Pergerakan dikritik sebagai tidak menghormati hak beragama kaum India Menurut Ahli Dewan...
Bila Nak Umum Sop Syed Saddiq Tegur Dan Beri Cadangan Susulan Pengumuman Pkp Di 6 Buah Negeri Oleh Perdana Menteri

Bila Nak Umum Sop Syed Saddiq Tegur Dan Beri Cadangan Susulan Pengumuman Pkp Di 6 Buah Negeri Oleh Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 334 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari ini mengumumkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari yang akan bermula pada Rabu 13 Januari sehingga 26 Januari di 6 buah negeri iaitu Pulau Pinang Selangor Wilayah Persekutuan Kuala Lum...
Wajar Teruskan Amalan Isytihar Cuti Umum Thaipusam

Wajar Teruskan Amalan Isytihar Cuti Umum Thaipusam

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 351 hits
Wajar teruskan amalan isytihar cuti umum Thaipusam Wajar teruskan amalan isytihar cuti umum Thaipusam
Batalkan Cuti Taipusam Kedah Pas Perlu Pertahan Sanusi

Batalkan Cuti Taipusam Kedah Pas Perlu Pertahan Sanusi

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 584 hits
Walaupun ini bukan krisis timur tengah sebaiknya utara tanah air KEPUTUSAN SANUSI mesti dipertahan Undian dari kaum India kepada PAS tidak pernah ujud dan tiada kepentingan untuk dipertimbangkan Banyak perkara lain yang lebih PENTING bagi K...
Mee Rebus Terengganu Lain Negeri Lain Cara Masaknya

Mee Rebus Terengganu Lain Negeri Lain Cara Masaknya

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 1001 hits
Mee Rebus Terengganu Lain Negeri Lain Cara MasaknyaBoleh tak ramai2 tolong share post resepi mee rebus terenganu ni
Ketua Polis Selangor Mengesahkan Tiada Unsur Khianat Dikesan Dalam Siasatan Letupan Gas Putra Heights

The Salt March Of 1930 Gandhi S Peaceful Revolution That Shook An Empire

Lg Ai Home Promo Gives You Rm2 800 Ewallet Credits

The Science Behind Stress Sips How Breakthrough Boosts Hormonal Harmony

Rihanna Drops Fenty X Puma Smurfs Collab

Which Snack Is Better For Health Chips Or Biscuits

Apa Sudah Jadi Madani

Udang Goreng Dengan Kacang Dan Karot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Penipuan Sekuriti Bekas Pegawai Bank Pelaburan Dipenjara 2 Tahun Denda Rm1 Juta

Ucapan Hari Jadi Birthday Wishes Yang Sweet

Simple Birthday Celebration Untuk Encik Suami

Resipi Kuih Puteri Ayu Lembut Gebu Begini Cara Buatnya

Monolog Jiwa Disebalik Senyum 2

Syazwan Syahmi Luka Dalam Diam Chord