Negara Tidak Rugi Jika Kit Siang Bersara
Wartawan MalaysiaGazette                                                                                                                                                                                              

 Ti Lian Ker 
KUALA LUMPUR – Ugutan Lim Kit Siang untuk bersara sekiranya Tun Dr  Mahathir Mohamad tidak menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk  Seri Anwar Ibrahim hanyalah sebagai satu wayang politik.
 Malah, ugutan itu semata-mata mahu memberi gambaran bahawa DAP masih berpengaruh dalam Pakatan Harapan (PH).
Jika Kit Siang benar-benar ikhlas, beliau bersara dengan segera untuk  menunjukkan ketidakpuashatinya terhadap sikap diktator dan kleptokrasi  Dr Mahathir yang mengingkari janjinya sebelum ini dengan melanjutkan  tempoh selama dua tahun lagi tanpa membincangkan keputusannya dengan  Anwar.
 Oleh itu, Kit Siang digesa berhenti berwayang, seperti mana beliau  membuat wayang apabila berjanji bahawa DAP akan menyemak dan mengimbang  Dr Mahathir dan menyiasat semula skandal-skandal yang berlaku semasa  Ahli Parlimen Langkawi itu menjadi perdana menteri keempat selama 23  tahun.
 Tindakan Kit Siang mengugut bersara memang selari dengan sikapnya  selama ini untuk mewujudkan masalah dan membiarkan orang lain  ‘membersihkannya’, kata Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker
 Sebelum ini, DAP di bawah kepimpinannya telah menghasut rakyat  membenci Dr Mahathir tetapi alangkah terkejutnya rakyat apabila DAP  sanggup bekerjsama dengan ‘diktator’ ini semata-mata untuk mendapat  kuasa.
 Demi menyenangkan hati penyokong-penyokong mereka, Kit Siang telah  berjanji akan menyemak dan mengimbangi Dr Mahathir untuk memastikan  perdana menteri itu tidak akan terlepas dari kesalahannya terdahulu.
 “Apakah telah terjadi kepada janji-janji tersebut apabila  kontrak-kontrak kerajaan diberi kepada anak-anak dan kroni-kroninya,  seperti pemberian kontrak TM kepada Opcom milik Tan Sri Mokhzani  Mahathir dan projek RM30 bilion untuk membangunkan Langkawi kepada Tan  Sri Ting Pek Khiing?
 “Sebaliknya, apabila sikap diktator Tun Dr Mahathir mula menyerlah,  Kit Siang pula mahu melarikan diri, malah sanggup berwayang untuk  bersara supaya dilihat sebagai seorang wira,” kaya Lian Ker lagi.
 Hakikatnya, DAP adalah parti  yang mengembalikan seorang diktator  kepada pucuk pimpinan negara atas ketamakan kuasa mereka sendiri.
 Artikel berkaitan: TERKINI : Kit Siang Letak Jawatan! Jika Anwar Tak Jadi PM – Wan Azizah
 Kit Siang masih diperlukan dalam PRU15- Wan Azizah
 Lian Ker berkata, Kit Siang memang tidak memainkan peranannya dengan  baik, dan negara tidak akan kehilangan atau rugi jika beliau masih kekal  ataupun bersara.
 Sehubungan itu, beliau menggesa Kit Siang berhenti membuat wayang  mahu bersara atau lebih baik lag, menunaikan janjinya untuk menyiasat  semula skandal-skandal yang didakwanya berlaku di bawah pemerintahan Dr  Mahathir. – MalaysiaGazette
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/negara-tidak-rugi-jika-kit-siang-bersara.html