Negara Tetap Perlukan Rafizi Walaupun Kerajaan Semasa Tidak Pedulikannya






Disember
 13, 2019

Hari ini barangkali merupakan hari yang benar-benar menggembirakan buat Rafizi Ramli.
Ini berikutan beliau kini bebas sepenuhnya daripada beban perundangan setelah Pejabat Peguam Negara menarik balik rayuan pembebasannya di bawah Akta Perbankan dan Institusi-Institusi Kewangan atau BAFIA.
“Pagi ini Peguam Negara melalui Timbalan Perdakwa Raya (DPP) telah menarik balik notis rayuan yang difailkan sebelum ini. Notis rayuan itu telah ditandatangani oleh Tommy Thomas sendiri (Peguam Negara).
“Ini bermakna keputusan melepaskan dan membebaskan Rafizi oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 November lalu adalah kekal. Kini Rafizi lepas dan bebas sepenuhnya,” jelas peguam Rafizi, Ahmad Nizam Hamid.
Begitu pun, kegembiraan bekas Naib Presiden PKR dan bekas Ahli Parlimen Pandan itu tentunya tidak dikongsi sepenuhnya oleh penyokong-penyokong beliau dalam PKR serta mereka yang rasa terhutang budi dengan banyak sumbangannya selama ini dalam usaha menumbangkan UMNO dan BN.
Rata-rata mereka rasa terkilan dan kecewa dengan keputusan yang dibuatnya beberapa hari lalu untuk bersara sepenuhnya daripada politik.
Kata mereka, keputusan itu adalah mengejutkan dan tidak sepatutnya diambil, lebih-lebih lagi dalam suasana politik semasa sekarang memperlihatkan keberadaan Rafizi dalam PKR khususnya, masih lagi diperlukan.
Rafizi selama ini banyak membuka mata masyarakat berhubung pendedahannya dalam kes NFC, Tabung Haji, 1MDB, Yapeim dan beberapa skandal yang lain.
Dalam semua pendedahannya itu, Rafizi telah berjaya mengemukakan fakta-fakta yang mengejutkan, sekaligus menyebabkan rakyat semakin sedar betapa bobroknya kerajaan yang ditadbir oleh BN dan perubahan mesti dilakukan.
Dalam PRU14 lalu pula, meskipun dilarang bertanding kerana dijatuhi hukuman di bawah Akta BAFIA kerana mendedahkan skandal NFC, Rafizi tetap bekerja keras berkempen ke seluruh negara bersama trak bergeraknya.
Harus diakui, melalui trak bergerak dan beberapa siri pendedahan skandal dalam BN itulah yang tidak harus dinafikan turut sama menyumbang kepada kemenangan PH dan seterusnya hari ini berjaya menjadi kerajaan.
Maka itu, meskipun sumbangan dan peranan Rafizi seolah-olah tidak dihagai oleh kerajaan PH hari ini, sebaliknya mereka yang pernah menolak Tun Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri sebelum PRU14 lalu lebih diberikan laba jawatan dan kedudukan, beliau tidak seharusnya mudah mengalah, lemah dan patah semangat.
Dunia memang selalu begitu, kaca lebih menyerlah cahayanya berbanding permata.
Lagi pun, mereka yang masih menyokong dan menghargai sumbangannya tidak pernah sama sekali melupakannya.
Dengan usianya yang masih muda, Rafizi ada masa depan yang cerah di hadapannya, lebih daripada itu, berbanding ramai pemimpin dan menteri yang ada sekarang, negara lebih memerlukan kebolehannya berbanding mereka itu.
Oleh itu, Rafizi harus menilai kembali keputusan bersara yang dibuatnya itu agar dalam dia gembira kerana bebas dan lepas sepenuhnya, ramai yang lain juga dapat bergembira sama dengan sumbangan dan khidmat baktinya kepada masyarakat.
Tidak lama lagi, peranan beliau pasti akan lebih diperlukan dalam negara ini.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/02/negara-tetap-perlukan-rafizi-walaupun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tubuh Kerajaan Pintu Belakang Rosakkan Negara Dr Jeniri

Tubuh Kerajaan Pintu Belakang Rosakkan Negara Dr Jeniri

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 339 hits
Sebarang usaha untuk menubuhkan kerajaan menerusi pintu belakang adalah mengkhianati rakyat tegas seorang penganalisis politik Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata pada bila bila masa sekali pun usaha menjalinkan kerjasama antara parti pembang...
Cara Isikan Borang Ke Luar Negara Untuk Pegawai Kerajaan

Cara Isikan Borang Ke Luar Negara Untuk Pegawai Kerajaan

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 709 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Cuti hujung tahun ni nak ke mana Ada plan nak keluar negara tak Haaa kalau dah siap2 beli tiket guru guru atau pegawai kerajaan perlulah mengisi borang ke luar negara Jadi di sini saya nak memberikan pand...
Kerajaan Pintu Belakang Heret Tun M Mungkir Janji

Kerajaan Pintu Belakang Heret Tun M Mungkir Janji

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 272 hits
Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim tampil membidas pihak yang cuba mengekalkan Dr Mahathir terus jadi perdana menteri dengan memungkiri janji Dalam satu kenyataan Hassan Karim berkata walaupun rancangan menghalang Presiden Parti Keadil...
Isu Kerajaan Baru Selesai Isu Siapa Ganti Mahathir Selesai

Isu Kerajaan Baru Selesai Isu Siapa Ganti Mahathir Selesai

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 291 hits
Apakah lim guan eng masih cuba sabotaj ejonomi supaya Mahathir dipandang buruk dan dibenci Apakah prestasi pak menteri ditahap yang tinggi
Koleksi Saya Tidak Tahu Versi Kerajaan Ph

Koleksi Saya Tidak Tahu Versi Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 495 hits
Antara yang paling banyak Tak Tahu ialah Peguam Negara kita KES 1 Peguam Negara tak tahu kenapa Jabatan Peguam Negara gugurkan kes majikan Pulau Pinang dera dan bunuh amah Indonesia 21 April 2019 Peguam Negara akan siasat isu gugur kes bunu...
Kerajaan Negeri Rancang Pakej Pelancongan Daerah Marang

Kerajaan Negeri Rancang Pakej Pelancongan Daerah Marang

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 374 hits
Ustaz Ariffin melepaskan itek untuk program menangkap itik Sempena Festival Pecah Panggong Dataran Batu Putih Marang MARANG 8 Februari Kerajaan negeri merancang mengadakan pakej pelancongan khusus mengenai daerah Marang termasuk Dataran Bat...
Matta Kerajaan Jalin Kerjasama Bendung Koronavirus

Matta Kerajaan Jalin Kerjasama Bendung Koronavirus

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 286 hits
KUALA LUMPUR 8 FEB Persatuan Ejen Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia akan menjalin kerjasama rapat dengan kerajaan bagi membendung ancaman jangkitan koronavirus 2019 Dalam kenyataan hari ini Presiden Matta Datuk Tan Kok Liang berkat...
Sibuk Nak Pertahan Kerajaan Goyah Apa Strategi Ph Berdepan Harga Minyak Dunia

Sibuk Nak Pertahan Kerajaan Goyah Apa Strategi Ph Berdepan Harga Minyak Dunia

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 316 hits
UMNO Online KUALA LUMPUR Timbalan Prersiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan meminta Kerajaan Pakatan Harapan memberi kepastian bagaimana untuk mendepani harga minyak mentah di pasaran antarabangsa yang telah merudum ke paras terendah iaitu US...
Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord