Negara Syiah Sebuah Catatan Perjalanan Pembuka Minda




Zainuddin Hj Omar


Beberapa tahun lalu, saya berhenti sejenak di hadapan sebuah masjid, terdengar ceramah dari corong pembesar suara yang dipasang ke luar. 


Suara penceramah lantang memberi amaran:


“Jangan pergi ke dua negara ini, Iran dan Azerbaijan. Kedua-duanya negara Syiah yang berbahaya.”


Ceramah ini datang dari seorang yang, saya pasti, belum pernah menjejak kaki pun ke mana-mana negara tersebut.


Namun setelah saya sendiri berpeluang menjelajah ke Iran dan Azerbaijan, terutama Iran, segala persepsi yang saya pernah dengar selama ini berubah 180 darjah. 


Ia mengajar saya satu perkara: jangan nilai sesuatu tempat hanya berdasarkan kata-kata orang yang belum pernah ke sana.


1. Iran yang Menakjubkan


Saya menjelajah ke Tehran, Shiraz dan Isfahan, semua kota-kota yang tenang, teratur dan sangat bersih. 


Sistem pengangkutan awam seperti metro bawah tanah mereka efisien, moden dan bersih, lengkap dengan liputan 4G dalam laluan bawah tanah (satu perkara yang masih sukar dicapai di banyak negara Asia Tengah).


2. Tandas awam mereka? 


Bersih, moden, ada toilet duduk dan bidet air. Saya berani katakan lebih bersih dari banyak negara ASWJ termasuk negara-negara Stan (seperti Uzbekistan dan Kazakhstan) dan juga negara kita sendiri.


3. Mereka Tidak Peduli Mazhab Anda


Saya bersolat di masjid-masjid Syiah. Tiada siapa halang, tiada siapa soal. 


Saya solat seperti biasa sebagai seorang Sunni dan mereka tidak kisah pun. 


Di Shiraz, saya lihat ramai penduduk Arab berpakaian tradisional lengkap jubah dan kopiah tetap juga dibiarkan, tidak dicurigai.


Tiada sebarang unsur dakwah untuk “mengajak” saya menjadi Syiah. 


Mereka tahu saya Sunni, tetapi mereka layan saya sebagai tetamu dan saudara Muslim.


4. Isu Sembelihan & Halal


Semua sembelihan di Iran menyebut nama Allah, dan mereka amat menitikberatkan perkara ini.


Namun seperti biasa, isu halal atau tidak sembelihan Syiah adalah terpulang kepada ijtihad dan pegangan masing-masing. Rujuklah guru atau ustaz anda agar tidak timbul was-was dalam hati.


5. Isu Mutaah - Kawin kontrak. 


Saya ada bertanya berkenaan hal ini dan kata mereka ia tidak diamalkan lagi. Tiada ibu bapa merelakan anak mereka berkahwin secara mutaah kata mereka. 


6. Pengangkutan & Kos Sara Hidup


Saya menaiki bas sleeper VIP yang selesa, murah dan menepati masa.
Kos teksi murah, dan kebanyakan pemandu jujur dan amanah. 


Berbanding dengan beberapa negara lain, Iran jauh lebih mesra kepada pelancong.


Kos makanan, penginapan dan pengangkutan juga jauh lebih murah berbanding Turkiye, negara-negara Caucasus mahupun Central Asia.


7. Keselamatan untuk Pengembara Wanita


Saya bertemu ramai pengembara wanita Eropah yang melancong solo. Mereka menyifatkan Iran sebagai negara yang sangat selamat untuk wanita tidak seperti India dan Pakistan yang sering mendapat reputasi buruk dalam hal ini.


8. Warisan, Seni Bina & Sejarah Persia


Iran bukan sekadar negara moden tetapi ia adalah peradaban 2,500 tahun. 


Bagi pencinta seni bina, sejarah dan budaya, kota seperti Tehran, Esfahan, Shiraz, Yazd dan Tabriz adalah khazanah dunia yang perlu dijelajahi.


Yang menarik, Iran tidak pernah dijajah kuasa Barat, justeru identiti bangsanya sangat terserlah dan utuh.


9. Jangan Takut dengan Nama “Negara Syiah”


Orang Iran ramah dan sangat ingin tahu tentang pelancong. Di mana-mana pun saya pergi, ada yang bertanya jika saya perlukan bantuan. 


Saya juga pernah berbual panjang dengan seorang pemuda Iran bernama Ali di Shiraz (gambar pertama) yang begitu berminat nak tahu tentang gadis Melayu kerana katanya dia mahu berkahwin dengan wanita Malaysia! 😄


Penutup: Buka Minda, Buka Hati


Stereotaip seperti “jangan pergi negara Syiah” hanya akan mengehadkan wawasan dan pengalaman kita. 


Realitinya, orang Syiah tidak semuanya seperti yang digambarkan oleh segelintir golongan yang ekstrim. 


Setelah pulang mengembara ke Iran dan Azerbaijan negara Syiah, saya tetap seorang Ahli Sunnah Wal Jamaah. 


Jangan biarkan diri kita hidup dalam ketakutan yang dicipta oleh mereka yang tidak pernah keluar dari zon selesa.


“A mind is like a parachute. It doesn’t work if it’s not open.”


Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar 
FB: Zainuddin Omar








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/06/negara-syiah-sebuah-catatan-perjalanan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kuat Kuasa Peraturan Lpg Bantu Susun Kewangan Negara Kata Ahli Ekonomi

Kuat Kuasa Peraturan Lpg Bantu Susun Kewangan Negara Kata Ahli Ekonomi

papar berkaitan - pada 5/6/2025 - jumlah : 114 hits
Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata usaha KPDN memastikan kelancaran peralihan subsidi pukal kepada bersasar untuk kemampanan kewangan negara KPDN melancarkan Ops Gasak bermula 1 Mei hingga 31 Okt untuk mengekang ketirisan subsidi LPG khusus...
Mahkamah Beku Aset Luar Negara Na Imah Bernilai Gbp132 Juta

Mahkamah Beku Aset Luar Negara Na Imah Bernilai Gbp132 Juta

papar berkaitan - pada 4/6/2025 - jumlah : 170 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk membekukan aset bernilai GBP132 juta di London United Kingdom yang didakwa dimiliki isteri kepada Allahyarham Tun Daim Zainuddin Toh Pu...
Senarai Logo Halal Luar Negara Yang Diitiraf Oleh Jakim

Senarai Logo Halal Luar Negara Yang Diitiraf Oleh Jakim

papar berkaitan - pada 4/6/2025 - jumlah : 138 hits
Untuk pengetahuan ini merupakan senarai penuh logo halal luar negara yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk tahun 2025 Jadi jangan terkejut kalau ada logo halal lain tetapi ada dalam negara kita terutamanya Ini kerana ian...
Alhamdulillah Anak Kedua Angkasawan Negara Terpilih Sertai Program Bakat Olimpik

Alhamdulillah Anak Kedua Angkasawan Negara Terpilih Sertai Program Bakat Olimpik

papar berkaitan - pada 5/6/2025 - jumlah : 100 hits
Alhamdulillah Itulah luahan penuh syukur dan bangga oleh Angkasawan Negara Dato Dr Sheikh Muszaphar Shukor apabila anak keduanya Sophea Natasha 12 tahun terpilih menyertai Program Bakat Olimpik Terpilih ke Program Bakat Olimpik Menerusi lam...
Waspada Angin Barat Kencang Dijangka Bertiup Memasuki Rantau Negara Pada 8 Hingga 12 Jun 2025

Waspada Angin Barat Kencang Dijangka Bertiup Memasuki Rantau Negara Pada 8 Hingga 12 Jun 2025

papar berkaitan - pada 6/6/2025 - jumlah : 105 hits
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia Analisis terhadap model model ramalan cuaca terkini menunjukkan angin barat kencang dijangka bertiup memasuki rantau negara pada 8 hingga 12 Jun 2025 Keadaan ini berpotensi menghasilkan r
Pasangan Beregu Wanita Negara Pearly Thinaah Lakar Kebangkitan Untuk Mara Ke Final Terbuka Indonesia

Pasangan Beregu Wanita Negara Pearly Thinaah Lakar Kebangkitan Untuk Mara Ke Final Terbuka Indonesia

papar berkaitan - pada 7/6/2025 - jumlah : 96 hits
JAKARTA Pasangan beregu wanita negara Pearly Tan M Thinaah melakar kebangkitan menakjubkan untuk mara ke final Terbuka Indonesia sebentar tadi Dalam aksi separuh akhir yang berlangsung di Istora Senayan Jakarta itu pasangan negara yang bera...
Dari Rak Buku Ke Hati Rakyat Pustakawan Diiktiraf Pemacu Ilmu Negara Kpn

Dari Rak Buku Ke Hati Rakyat Pustakawan Diiktiraf Pemacu Ilmu Negara Kpn

papar berkaitan - pada 7/6/2025 - jumlah : 142 hits
Kerajaan MADANI melalui Kementerian Perpaduan Negara merakamkan penghargaan tinggi kepada semua pustakawan di seluruh negara sempena sambutan Hari Pustakawan hari ini Sambutan ini bukan sahaja mengiktiraf sumbangan besar para pustakawan mal...
Krisis Antara Elon Musk Dan Donald Trump Masa Depan Negara Jadi Taruhan

Krisis Antara Elon Musk Dan Donald Trump Masa Depan Negara Jadi Taruhan

papar berkaitan - pada 6/6/2025 - jumlah : 207 hits
Keputusan Elon Musk untuk menghentikan operasi kapal angkasa Dragon milik SpaceX sebagai respon terhadap ancaman Donald Trump yang mahu membatalkan kontrak kerajaan merupakan satu perkembangan yang membimbangkan Ini bukan lagi sekadar peran...
Moga Jadi Penyambung Legasi Anak Sharifah Khasif Muncul Johan Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan

Kes Gaduh Security Vs Jurulatih Mma Selesai Damai Polis Sahkan Tiada Tindakan Lanjut

Azam Baki Should Identify Culprits In Beng Hock S Death Not Doling Out Funds For His Kid

Hold Tight 5 Motorcycle Phone Mounts To Keep You Connected

Tradisi Mencandat Sotong Antara Warisan Ekologi Dan Sains Cahaya

Hotel Comfort Inn Suite Goodearth Perth Australia

Terbang Ke Perth Australia Dengan Air Asia Sempena Wedding Anniversary

Ultimate Port Dickson Travel Guide 2025 Beaches Culture Hidden Gems In Negeri Sembilan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pulanglah Ke Malaysia Tpm Rayu Pelajar Di New Zealand Berkhidmat Di Tanah Air

Gemini 2 5 Pro Kini Aktif Dalam Search Jawapan Lebih Tepat Lebih Laju

Mangsa Pukul Direman Bantu Siasatan Kes Curi

Malaysia International Trade And Exhibition Centre

Lirik Lagu Menamakanmu Cinta Siti Nurhaliza Ade Govinda

Surat Ar Ra D Ayat 11 Arab Latin Arti Tafsir Kandungan