Negara Lain Cuti Bersalin 120 Hari Ada Juga Sampai 6 Bulan 60 Hari Cuti Tak Cukup Untuk Mama


“Bila akak bersalin?”, tanya Imah kepada rakan sekerjanya, Rozita. “Ikut ‘due’, in shaa Allah, hujung bulan ni,” jawab Rozita. “Wah, ‘bestlah’ cuti lama lepas ni,” balas Imah selepas mendengarkan jawapan daripada Rozita. ‘Best’ cuti lama, tetapi kenapa cuti bersalin perlu lama? Adakah ia penting?
Baca: Cuti Bersalin 90 Hari. Bakal Dilaksanakan Mulai 2021 Untuk Sektor Swasta

Pentingkah cuti bersalin?
Adakah cuti bersalin atau maternity leave adalah waktu untuk bersuka ria? Adakah cuti yang diberikan itu membolehkan wanita yang bersalin itu berehat sepuas-puasnya seperti andaian kebanyakan individu?
Tidak! Tidak sama sekali. Jika itu adalah dakwaan dan andaian yang bermain di fikiran anda berkaitan dengan cuti yang diberikan kepada kaum wanita yang bersalin, anda adalah dalam kalangan individu yang tidak memahami keperluan berpantang dan penjagaan diri selepas bersalin bagi wanita.
Tahu ‘tak’ cuti untuk wanita bersalin di Malaysia ini; 60 hari bagi kakitangan swasta dan 90 hari bagi pekerja kerajaan adalah cuti bersalin yang paling singkat berbanding luar negara?
Perbezaan cuti
Daripada pembacaan penulis, kebanyakan negara seperti Singapura dan United Kingdom memperuntukkan purata maternity leave sekurang-kurangnya 120 hari. Wah…banyak bukan?
Itu baru ‘sikit’, dekat negara Vietnam maternity leave diberikan sebanyak enam bulan. ‘Giler’ lama, kan? Haa…sebelum ini ibu yang bersalin dekat sana dapat cuti empat bulan. Empat bulan pun dah kira banyak, apatah lagi enam bulan.
Kalau duduk di Eropah pula, diperuntukkan cuti untuk individu yang bersalin ini sebanyak 14 minggu atau bersamaan 98 hari. Keluar topik sikit, menariknya dekat Eropah, ada peraturan yang membolehkan ibu bapa mengambil parental leave sekurang-kurangnya 18 minggu untuk setiap anak. Baguskan?

Sebab perlunya cuti panjang
Seperti yang dikatakan awal tadi, cuti bersalin paling lama pun adalah sebanyak 90 hari, itu kalau ibu yang bersalin itu adalah kakitangan kerajaan. Adakah tempoh itu mencukupi? Sebenarnya tidak.
Berdasarkan pengalaman penulis sendiri ketika melahirkan anak 4 tahun lepas yang ketika itu bekerja di salah sebuah syarikat penerbitan akhbar, dengan cuti bergaji sebanyak 60 hari adalah tidak mencukupi.
Tempoh 60 hari yang bersamaan dua bulan itu belum cukup sesuai dirasakan penulis untuk menghantar anak; yang masih kecil dan lembut lagi kepalanya kepada pengasuh. Jadi atas sebab itu penulis mengambil cuti tanpa gaji selama sebulan. Inilah dikatakan pengorbanan seorang ibu (puji diri sendiri).
Maternity leave bukan untuk kaum ibu yang baru bersalin berehat seperti anggapan kebanyakan individu. Tetapi cuti bersalin yang panjang itu adalah untuk memastikan bayi dilahirkan bersedia sebelum dihantar untuk jagaan pengasuh.
Mengeratkan hubungan
Tahukah anda terdapat risiko wujudnya masalah berkaitan kesihatan semasa tempoh kehamilan? Antara masalah yang sering berlaku adalah seperti kemurungan, postnatal blue melibatkan tekanan, diabetes melitus gestational, asma dan hipotiroidisme.
Malah, selepas melahirkan, hampir 50 peratus wanita akan berdepan dengan masalah kemurungan dan ia boleh bertukar menjadi situasi yang serius seperti post-partum depression (PPD). Antara simptom PPD adalah:
-Insomnia
-Menangis tanpa sebab
-Ketidakupayaan untuk menguruskan tugasan harian
-Wujud keinginan untuk mencederakan bayi atau diri
-Rasa tidak bernilai dan putus asa
-Kehilangan tenaga dan kelesuan
-Hilang selera atau penurunan berat badan
-Kepentingan maternity leave yang panjang bukanlah semata-mata untuk memberikan rehat kepada ibu yang baru melahirkan anak kerana sesungguhnya tidak wujud istilah rehat selepas melahirkan anak. Ini terutama bagi individu yang terpaksa menjaga anak sendirian tanpa bantuan pihak lain.

Tetapi dengan cuti bersalin yang lebih panjang, ia sekurang-kurangnya dapat memberikan manfaat terhadap kualiti kesihatan wanita. Ini kerana mereka boleh menumpukan sepenuh perhatian bagi memulihkan kesihatan ibu sebelum memulakan tugas dan mengelakkan tekanan kerja yang boleh memberi impak kepada bayi dan diri sendiri.
Maternity leave juga adalah untuk membolehkan ibu memberikan penyusuan yang eksklusif kepada anak dengan sebaiknya dan dalam masa yang sama dapat membantu mengeratkan lagi ikatan kasih sayang antara ibu dan anak.
Sumber: Health Group
The post Negara Lain Cuti Bersalin 120 Hari, Ada Juga Sampai 6 Bulan! 60 Hari Cuti Tak Cukup Untuk Mama appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/negara-lain-cuti-bersalin-120-hari-ada-juga-sampai-6-bulan-60-hari-cuti-tak-cukup-untuk-mama/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cuti Bersalin 90 Hari Majikan Swasta Yang Ingkar Berdepan Tindakan

Cuti Bersalin 90 Hari Majikan Swasta Yang Ingkar Berdepan Tindakan

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 293 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Belanjawan 2020 Cuti Bersalin 90 Hari Bermula 2021

Belanjawan 2020 Cuti Bersalin 90 Hari Bermula 2021

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 677 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Majikan Swasta Enggan Beri Cuti Bersalin 90 Hari Akan Dikenakan Tindakan

Majikan Swasta Enggan Beri Cuti Bersalin 90 Hari Akan Dikenakan Tindakan

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 260 hits
IPOH 12 Okt Majikan swasta yang enggan memberi cuti bersalin selama 90 hari kepada pekerja wanita bermula 2021 akan dikenakan tindakan Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran berkata majikan swasta perlu mematuhi perkara itu yang dibentangkan...
Cuti Bersalin 90 Hari Bakal Dilaksanakan Mulai 2021 Untuk Sektor Swasta

Cuti Bersalin 90 Hari Bakal Dilaksanakan Mulai 2021 Untuk Sektor Swasta

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 584 hits
Berita gembira buat golongan wanita apabila tempoh cuti bersalin dipanjangkan daripada 60 hari ke 90 hari mulai 2021 Cadangan tersebut antara perkara diumumkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada Pembentangan Belanjawan 2020 di bawah strateg...
Wow Kementerian Cadang Naikkan Cuti Bersalin 98 Hari Bagi Sektor Swasta Boleh Rehat Sambil Jaga Anak

Wow Kementerian Cadang Naikkan Cuti Bersalin 98 Hari Bagi Sektor Swasta Boleh Rehat Sambil Jaga Anak

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 259 hits
Dalam masyarakat Melayu berpantang adalah amalan turun temurun yang masih diamalkan sehingga ke hari ini kerana ada banyak manfaat dengan amalan tersebut Tambahan pula ada berita gembira baru baru ini apabila Kementerian Sumber Manusia menc...
Ini Penjelasan Kenapa Cuti Bersalin 90 Hari Perlu Dipertimbangkan

Ini Penjelasan Kenapa Cuti Bersalin 90 Hari Perlu Dipertimbangkan

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 291 hits
Membesarkan anak sepatutnya menjadi tanggungjawab bersama di antara ibu dan bapa Menurut ahli perniagaan popular Christy Ng cuti bersalin 90 hari perlu dipertimbangkan semula kerana tidak semua syarikat boleh menanggung kakitangan yang berc...
Christy Ng Berpendapat Cuti Bersalin 90 Hari Merugikan Majikan

Christy Ng Berpendapat Cuti Bersalin 90 Hari Merugikan Majikan

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 894 hits
Wow Macam macam pandangan dan reaksi yang Ohmedia dapat tengok bila kerajaan dalam bajet 2020 ada menyebut tentang kenaikan cuti bersalin dari 60 hari kepada 90 hari mulai 2021 Reaksi netizen terhadap perkara ini semakin meningkat apabila u...
Cukup Ke Susu Baby Minum Sebenarnya Kalau Dia Naik Berat 400g 1kg Setiap Bulan Mama Tak Perlu Risau

Cukup Ke Susu Baby Minum Sebenarnya Kalau Dia Naik Berat 400g 1kg Setiap Bulan Mama Tak Perlu Risau

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 509 hits
Setiap bayi yang masih menyusu memerlukan amaun susu yang secukupnya bagi menjamin tumbesaran dan perkembangan mereka Oleh itu sudah menjadi tugas ibu bapa untuk memastikan perkara ini terjamin Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk me...
Lepas 60 Hari Bersalin Masih Berdarah Jangan Anggap Itu Nifas Ia Mungkin Masalah Lain

Lepas 60 Hari Bersalin Masih Berdarah Jangan Anggap Itu Nifas Ia Mungkin Masalah Lain

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 473 hits
Sama ada melahirkan secara normal atau pembedahan darah nifas adalah perkara normal buat ibu bersalin Ia adalah discaj normal yang keluar daripada faraj wanita selepas bersalin yang mengandungi darah mukus tisu rahim Darah nifas boleh berla...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik