Negara Jiran Dah Lama Menggunakannya Sebagai Perubatan Kenapa Malaysia Terlalu Lambat Dalam Membuat Sesuatu Keputusan


 
Malaysia minat belajar guna kanabis dalam perubatan dari Thailand.


Bernama -August 24, 2022 
Khairy Jamaluddin dan rakan sejawatan dari Thailand, Anutin Charnvirakul (dua dari kiri, depan) melihat tanaman dan produk kanabis di Pertubuhan Farmaseutikal Kerajaan cawangan Thanyaburi di Pathum Thani semalam. (Gambar Bernama)BANGKOK: Malaysia berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai kanabis, terutama dalam aspek aplikasi berasaskan penyelidikan dan produk farmaseutikal untuk kegunaan perubatan, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Beliau juga berharap Malaysia dan Thailand akan terus saling bertukar pengetahuan teknikal dan penyelidikan klinikal untuk memastikan keselamatan serta keberkesanan produk kanabis dalam perubatan.
“Pegawai kami (Malaysia dan Thailand) masih meneruskan pertukaran maklumat teknikal supaya kami lebih memahami bukti klinikal penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan serta kerangka kerja pengawalseliaan baharu,” katanya dalam sidang media bersama rakan sejawatannya, Anutin Charnvirakul, di sini semalam.
Khairy dalam lawatan kerja empat hari atas undangan Anutin, yang juga timbalan perdana menteri Thailand.
Terdahulu, Khairy melawat Pertubuhan Farmaseutikal Kerajaan (GPO) dan diberi taklimat mengenai dasar perubatan kanabis di Thailand, termasuk amalan, kaedah penanaman dan penyelidikan serta penggunaan kanabis dan ketum untuk tujuan kesihatan.
Pada 9 Jun lalu, Thailand menjadi negara Asia Tenggara pertama yang membenarkan penanaman dan pemilikan kanabis untuk perubatan.
Khairy berkata, beliau dan Anutin turut berbincang mengenai potensi dan peluang Thailand membekalkan produk kanabis kepada Malaysia melalui GPO untuk tujuan penyelidikan klinikal bagi keselamatan dan keberkesanan penggunaan produk kanabis.
“Saya turut meminta Anutin mengkaji kemungkinan Malaysia membekalkan Thailand dengan daun dan pokok ketum mentah,” katanya.
Beliau berkata, penanaman kanabis menawarkan sumber pendapatan baharu untuk petani dan orang ramai.
Ditanya sama ada Malaysia bercadang membenarkan penggunaannya untuk tujuan perubatan, Khairy berkata: “Jika terdapat bukti klinikal yang membolehkannya”.
“Antara ilmu penting yang diperoleh daripada pengalaman di Thailand ialah mengenai data klinikal dan data yang dikumpul sejak penggunaan kanabis untuk perubatan.
“Sekiranya kami berpuas hati dengan data itu, pasti akan mempengaruhi kami untuk membenarkan penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan.”
Katanya, langkah Thailand menerajui usaha membenarkan penanaman dan pemilikan kanabis untuk tujuan perubatan ialah contoh baik di rantau Asean dengan negara anggota lain boleh menggunakan data yang ada bagi merangka dasar.
Sementara itu, Anutin berharap dapat berkongsi pengalaman Thailand dalam perubatan kanabis dengan Khairy dan Malaysia.
Anutin juga berbesar hati untuk berkongsi pengalamannya tentang proses membenarkan kanabis dalam perubatan.
Terdahulu, Khairy melawat Hospital Antarabangsa Bumrungrad, antara hospital swasta terbesar di Asia Tenggara, untuk mempelajari amalan terbaik dalam pelancongan perubatan.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/08/negara-jiran-dah-lama-menggunakannya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penipuan Kerja Di Luar Negara 168 Rakyat Malaysia Terkandas

Penipuan Kerja Di Luar Negara 168 Rakyat Malaysia Terkandas

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 298 hits
Penipuan kerja di luar negara 168 rakyat Malaysia terkandas Dikemas kini 33 minit yang lalu Diterbitkan pada 19 Aug 2022 6 5
Waspada Panggilan Yang Menyamar Sebagai Pegawai Cybersecurity Malaysia

Waspada Panggilan Yang Menyamar Sebagai Pegawai Cybersecurity Malaysia

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 195 hits
Menurut CyberSecurity Malaysia CyberSecurity Malaysia menasihati orang ramai agar berhati hati dan berwaspada dengan penyamaran sebagai pegawai CyberSecurity Malaysia yang dibuat melalui panggilan telefon CyberSecurity Malaysia
Kempen Derma Darah Anjuran Mcdonald S Malaysia Dengan Kerjasama Pusat Darah Negara

Kempen Derma Darah Anjuran Mcdonald S Malaysia Dengan Kerjasama Pusat Darah Negara

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 426 hits
Kempen Derma Darah Anjuran McDonald s Malaysia Dengan Kerjasama Pusat Darah NegaraAlhamdulillah Abe berkesempatan untuk bersama sama pada program kali ini Satu pain darah yang mengandungi kira kira 450 mililiter darah boleh menyelamatkan ti...
Purata Gaji Penduduk 10 Negara Di Asean 2022 Malaysia Di Tempat Ke Berapa

Purata Gaji Penduduk 10 Negara Di Asean 2022 Malaysia Di Tempat Ke Berapa

papar berkaitan - pada 14/8/2022 - jumlah : 383 hits
Pernahkah anda tertanya tanya berapakah purata gaji penduduk di negara jiran kita Di Malaysia purata gaji dianggarkan sekitar RM2 673 Paling tinggi adalah Singapura dengan purata gaji sebanyak RM20 433 diikuti Brunei dengan RM1 5280 Purata ...
Muar Dinobat Sebagai Bandar Memiliki Paling Banyak Lukisan Mural Di Malaysia

Muar Dinobat Sebagai Bandar Memiliki Paling Banyak Lukisan Mural Di Malaysia

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 275 hits
Lukisan Mural Elemen Sejarah Naik Imej Bandar Maharani Selepas dinobatkan sebagai Bandar Pelancongan Terbersih ASEAN bandar Muar sekali lagi mencatat rekod apabila muncul bandar pertama di negara ini memiliki lukisan mural paling banyak Usa...
Kiamat Iklim 2040 Malaysia Antara Negara Terjejas

Kiamat Iklim 2040 Malaysia Antara Negara Terjejas

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 417 hits
Ais yang semakin mencair dengan cepat bongkah ais pecah dan hanyut serta hidupan di Antartika yang kucar kacir kesan pemanasan global antara petanda dunia akan dilanda kiamat iklim dalam tempoh kurang 20 tahun lagi Gambar Sharifah MazlinaKU...
Malaysia Tiada Layanan Istimewa Di Luar Negara Ada Penjara Ala Vip Setaraf Hotel 5 Bintang

Malaysia Tiada Layanan Istimewa Di Luar Negara Ada Penjara Ala Vip Setaraf Hotel 5 Bintang

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 149 hits
Jika di Malaysia mana mana banduan akan dilayan sama rata baik orang kenamaan atau orang biasa bahkan tidak ada penjara yang yang 8216 istimewa 8217 namun di luar negara percayakah anda terdapat penjara setaraf hotel lima bintang sangat sel...
Selangi Tertunda Anwar Sebagai Pm Rafizi Bina Ekonomi Negara Keadilan Akan Terus Bangkit Lawan

Selangi Tertunda Anwar Sebagai Pm Rafizi Bina Ekonomi Negara Keadilan Akan Terus Bangkit Lawan

papar berkaitan - pada 28/8/2022 - jumlah : 138 hits
KEADILAN akan bangkit dari kemerosotan pengaruh akibat pengkhianatan Langkah Sheraton untuk menjadi kekuatan ulung dalam Pilihan Raya Umum ke 15 Pengarah Konvensyen Pilihanraya KEADILAN 2022 G Manivanan berkata demikian dalam ucapan pembuka...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Harga Netflix Malaysia Terkini 2025

Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal