Negara Dijajah Pendatang Tanpa Izin Secara Senyap



HANYA selang beberapa minit, penulis dapat merasai pengalaman berada di Dhaka, Bangladesh dan Kathmandu, Nepal dengan hanya memandu di tengah ibu kota hujung minggu lalu.

Lazimnya, setiap hujung minggu laluan di hadapan Dataran Merdeka akan ditutup dan kenderaan terpaksa mengikut jalan sisi antara bangunan Straits Trading dan pejabat Majlis Peguam Malaysia, menerusi Lebuh Ampang jika mahu ke Jalan Raja Laut atau Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Bermula dari persekitaran Medan Pasar dan belakang Pasar Seni, sudah mula kelihatan lautan warga Bangladesh yang menjadikan kawasan itu pusat pertemuan dengan rakan senegara dan bila menghala ke Lebuh Ampang pula, kelibat warga Nepal dan tidak kurang juga warga Myanmar, semakin ramai.

Selain mereka yang memandu melalui kawasan terbabit, boleh dikatakan tiada langsung rakyat tempatan lalu lalang di situ, malah kebanyakan kedai sudah diambil alih warga asing, yang menjual barangan dari negara masing-masing atau mengusahakan restoran menyajikan masakan mereka.

Secara tidak langsung pemikiran diterpa kegusaran sama ada rakyat Malaysia sendiri, yang kini makin taasub lagi lantang bersuara dalam konflik antara Melayu dan bukan Melayu, menyedari bahawa negara sendiri ‘dijajah’ secara senyap oleh bangsa asing.

Berdasarkan statistik Jabatan Imigresen Malaysia sehingga September tahun lalu, jumlah pekerja asing yang bekerja di negara ini secara sah adalah 1.73 juta orang, majoriti dari Indonesia, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Pakistan dan China.

Sementara itu, Jabatan Perangkaan menganggarkan jumlah warga asing yang tinggal secara sah di negara ini tahun lalu ialah sekitar 3.3 juta orang daripada keseluruhan 32 juta penduduk di Malaysia.

Nisbah hampir 10 peratus ini agak tinggi memandangkan nisbah penduduk Malaysia berketurunan India hanya sekitar lapan peratus berbanding jumlah keseluruhan penduduk.

Bagaimanapun, sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Sekretariat Khidmat Imigran (SKI), berpendapat warga asing yang berstatus pendatang asing tanpa izin di negara ini melebihi jumlah pekerja asing yang memiliki dokumen dan permit sah.

Berdasarkan statistik NGO itu, pada 2014 lebih 6.7 juta pekerja asing, bekerja dalam pelbagai sektor terutama pembinaan dan peladangan dan daripada jumlah itu, hanya 2.1 juta mempunyai permit, bermakna ketika itu ada lebih 4.6 juta warga asing bekerja secara tidak sah di Malaysia.

Pada 2017 pula, kira-kira 1.73 juta pekerja asing yang sah berbanding 2.1 juta orang empat tahun sebelumnya, namun jumlah pendatang asing tanpa izin yang masih ada di sini terus menjadi tanda tanya. SKI juga berpendapat jutaan pendatang asing tanpa izin masih lagi bebas bergerak dan bekerja di negara ini kerana amat mustahil warga asing terbabit pulang beramai-ramai ke negara masing-masing.

Banteras pendatang tanpa izin agenda utama

Justeru, tidak hairanlah apabila Pakatan Harapan (PH) menerajui pentadbiran negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang dilantik Menteri Dalam Negeri, menjadikan usaha membanteras pendatang asing tanpa izin sebagai agenda utama.

Susulan itu, bekas Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Seri Mustafar Ali, berkata pihaknya mengambil serius isu lambakan pendatang asing tanpa izin di negara ini melalui tindakan operasi dan penguatkuasaan berterusan dengan moto Hari-Hari Operasi iaitu sasaran sebanyak 850 operasi setiap bulan.

Bermula November tahun lalu, sasaran ditambah daripada 850 kepada 1,300 operasi sebulan bagi memastikan kedaulatan negara tidak digugat oleh warga asing terutama pendatang asing tanpa izin.

Namun, pada hakikatnya, negara masih dibanjiri pendatang asing tanpa izin, sekali gus membuatkan kita musykil di mana silapnya sehingga negara terus dihantui masalah ini dan jangan pula ada yang marah bila umum mempersoalkan keberkesanan pihak berkuasa menangani isu ini atau membangkitkan unsur rasuah.

Pihak berkuasa, dalam konteks ini, bukan hanya Jabatan Imigresen, sebaliknya turut membabitkan pihak berkuasa tempatan (PBT), polis dan Kementerian Sumber Manusia.

Tidak perlulah kita menidakkan fakta, lihat saja pasar borong Selayang atau sekitar kawasan Chow Kit, malah Jalan Petaling yang digelar ‘Chinatown’ sudah semakin pudar ‘kecinaannya’ kerana hampir semua gerai diuruskan warga Bangladesh.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/05/negara-dijajah-pendatang-tanpa-izin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Pendatang China Tubuh Rci Dan Heret Pengkhianat Negara Ke Muka Pengadilan Fairuz

Isu Pendatang China Tubuh Rci Dan Heret Pengkhianat Negara Ke Muka Pengadilan Fairuz

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 420 hits
Dalam keadaan rakyat sedang hangat memperkatakan tentang isu Rohingya jangan pula lupa tentang isu pendatang China yang masuk ke negara ini sebagai pelancong tapi tidak ada rekod keluar kata Exco Pergerakan Pemuda UMNO Fairuz Edzuan Jamalud...
Al Quran Sedang Diajar Secara Senyap Senyap Di Russia Russia Bakal Jadi Negara Islam Tahun 2050 Nanti

Al Quran Sedang Diajar Secara Senyap Senyap Di Russia Russia Bakal Jadi Negara Islam Tahun 2050 Nanti

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 304 hits
Foto Georgia Political ReviewAKU seorang Muslim Rusia Aku mengenal Islam dari seorang ulama yang mengajarkannya secara diam diam ditengah kuatnya hegemoni komunis yang mengusai negeri ini Kini usiaku telah menginjak sembilan puluh lima tahu...
Pn Ditubuh Demi Selamatkan Negara Bukan Ikatan Konkrit

Pn Ditubuh Demi Selamatkan Negara Bukan Ikatan Konkrit

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 230 hits
Kerjasama politik dalam Perikatan Nasional bukan satu ikatan yang konkrit namun dibentuk melalui keputusan setiap parti demi menyelamatkan negara kata Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah Diminta mengulas kenyataan Pengerusi Umno Sabah Bung...
Saya Bukan Rasis Hantar Semula Mereka Ke Negara Mereka

Saya Bukan Rasis Hantar Semula Mereka Ke Negara Mereka

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 892 hits
HANTAR BALIK PENDATANG ROHINGAYA started this petition to SayaBukanRacist Assalamualaikum Salam 1Malaysia PENDATANG HARAM ROHINGYAPendatang Haram Rohingya apabila mendaftar dengan UNCHR akan diberi Kad UNCHR iaitu kad pengenalan diri kepada...
Daftar Negara Dengan Durasi Puasa Ramadan Terpanjang Dan Terpendek Di Dunia Tahun 2020

Daftar Negara Dengan Durasi Puasa Ramadan Terpanjang Dan Terpendek Di Dunia Tahun 2020

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 352 hits
Duh nggak bisa bayangin deh yang harus puasa 20 jam per hari Berat banget pastinya ya
Rohingya Kedaulatan Negara Kebajikan Rakyat Perlu Diutamakan

Rohingya Kedaulatan Negara Kebajikan Rakyat Perlu Diutamakan

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 328 hits
CENTHRA CENTHRA desak guna tekanan perundangan selesai isu Rohingya DALAM isu etnik Rohingya ini CENTHRA berpendirian bahawa kedaulatan negara territorial integrity dan kebajikan rakyat Malaysia perlu diutamakan di samping tidak melupakan t...
Duta Negara Ke China Tahu Atau Tidak 2 Kapal Perang Masuk Perairan Negara

Duta Negara Ke China Tahu Atau Tidak 2 Kapal Perang Masuk Perairan Negara

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 311 hits
A KADIR JASINNak tanya Duta Khas Muhyiddin Mohd Yassin ke China bertaraf Menteri Tiong King Sing sudah ke China ka Bukan apa secara kebetulan sebaik saja dia dilantik Duta Khas bertaraf Menteri China hantar dua buah kapal masuk Zon Ekonomi ...
Polis Akan Rujuk Kertas Siasatan Terhadap Anak Zahid Hamidi Ke Jabatan Peguam Negara

Polis Akan Rujuk Kertas Siasatan Terhadap Anak Zahid Hamidi Ke Jabatan Peguam Negara

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 395 hits
FMT Reporters PETALING JAYA Polis akan rujuk kertas siasatan terhadap anak presiden Umno Nurul Hidayah Ahmad Zahid dan suaminya ke Pejabat Peguam Negara selepas siasatan berkenaan perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan penyakit be...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba