Negara Akan Dikuasai Bukan Islam Jika Melayu Tiada Kesedaran Politik


malaysiakini.com
B Nantha Kumar
Diterbitkan: Mar 1, 2023 9:45 AM
Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengingatkan bahawa negara ini akan dikuasai oleh golongan bukan Islam sekiranya kaum Melayu tidak mempunyai kesedaran politik.

Bercakap pada program Dialog Ulama: Negarawan bertajuk Mendepani Cabaran Globalisasi Media Masa Kini di Kuala Lumpur malam tadi, Hadi berkata bahawa kedudukan politik sangat penting bagi masyarakat Melayu di negara ini.

"(Selepas PRU15)... saya jumpa Tun Mahathir (Dr Mahathir Mohamad) walaupun di luarnya nampak berbalah tapi di belakang baik bincang-bincang.

"Dia jemput saya datang ke rumah dia, saya pergi. Dia sangat runsing melihat pilihan raya baru-baru ini.
"Walaupun, Perikatan Nasional (PN) mencapai kemenangan mendapat undi Melayu dan orang Islam paling besar, Pakatan Harapan (PH) dapat undi bukan Islam (menubuhkan kerajaan).

"Peratus bukan Islam yang keluar mengundi 98 peratus. Peratus orang Melayu yang keluar mengundi 68 peratus. Ia sangat membimbangkan," katanya.

Menurut Ahli Parlimen Marang itu, masyarakat Melayu perlu menyedari tentang kepentingan untuk keluar mengundi.

"Tapi, orang kita masih pandang buat umrah sunat lebih afdal daripada (keluar) mengundi.

"Kalau macam ini negeri kita akan dikuasai oleh orang (bukan Islam) akan datang ini. Bahaya yang kita tak sedar, perlunya pilihan raya, perlunya politik," katanya.
Pada PRU yang lalu, gabungan PN diterajui dua parti besar PAS dan Bersatu menang 74 kerusi berbanding PH 82 dan BN 30.

Walaupun, gagal menubuhkan kerajaan, PN menguasai sebahagaian besar kawasan majoriti Melayu selain berjaya menubuhkan kerajaan negeri di Perlis.

Hadi juga menyatakan bahaya sekiranya masyarakat Melayu menghindar kepentingan mengundi.

"Kalau orang kita 68 peratus keluar mengundi dan 98 peratus bukan Islam keluar mengundi. Ini sangat bahaya jumlahnya sikit. Kalau kita tak keluar ia boleh (masyarakat lain) menguasai.
"Alhamdulillah dalam parlimen, ahli parlimen Islam bumiputera 160 sudah mencecah dua pertiga kerana berpecah. Sepatutnya boleh kuasai, tapi ini hal orang politik, tak nak bersatu.

"Contohnya di Perak, Pahang kita dapat kerusi besar bergabung dengan Umno boleh buat kerajaan.

"Tapi, orang Umno (fikir) kalau kerjasama dengan PAS, parti itu akan bunuh Umno. Padahal, PH yang bunuh Umno," katanya.

Pada pilihan raya itu, Umno mengambil keputusan bekerjasama dengan PH untuk menubuhkan kerajaan negeri di Perak dan Pahang.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/03/negara-akan-dikuasai-bukan-islam-jika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Strategi Pecahkan Dominasi Islam Melayu Dalam Pentadbiran Negara Umno Hanya Bisu

Strategi Pecahkan Dominasi Islam Melayu Dalam Pentadbiran Negara Umno Hanya Bisu

papar berkaitan - pada 16/2/2023 - jumlah : 160 hits
Kenyataan Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang P Ramasamy disifatkan sebagai suara parti itu yang mendedahkan strategi sedang disusun untuk memecahkan dominasi Melayu Islam di negara ini Penganalisis politik dan pendakwah Prof Dr Mohd Ridhua...
Tak Salah Wajib Cakap Politik Islam Di Masjid Kata Hadi

Tak Salah Wajib Cakap Politik Islam Di Masjid Kata Hadi

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 198 hits
Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata larangan ahli politik memberikan kuliah ceramah agama dan khutbah Jumaat di seluruh masjid serta surau di Terengganu hanya mengulangi arahan lama sejak 1960 an PETALING JAYA Presiden PAS Abdul Hadi Awan...
Langkah Terbaik Raja Raja Melayu Melarang Tempat Ibadat Mainkan Isu Politik

Langkah Terbaik Raja Raja Melayu Melarang Tempat Ibadat Mainkan Isu Politik

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 419 hits
NORMAN RADZUANTidak benarkan ahli politik berceramah di Masjid Surau RAJA2 MELAYU BERTINDAK BETUL DEMI KEHARMONIAN Kenyataan beberapa Raja2 Melayu melarang ahli politik berucap berceramah atau memberi kuliah di Masjid dan Surau2 adalah sgt ...
Kenapa Pn Makin Sangat Relevan Kepada Orang Melayu Islam

Kenapa Pn Makin Sangat Relevan Kepada Orang Melayu Islam

papar berkaitan - pada 24/2/2023 - jumlah : 144 hits
Pihak yang mempunyai PENGARUH yang kuat Dan membawa gejala kemungkaran perlu ditolak dan dijauhi Musuh Islam dalam Dan luar negara sudah pasti tidak akan berdiam diri untuk terus menyusup dan mencuba dalam pelbagai bentuk dan cara untuk men...
Permainan Tradisional Orang Melayu

Permainan Tradisional Orang Melayu

papar berkaitan - pada 28/2/2023 - jumlah : 186 hits
Tajuk Permainan Tradisional Orang Melayu Permainan tradisional Orang Melayu merupakan satu lagi aspek budaya kita yang amat menarik untuk diselami Selain menjadi sejenis kelangsungan tradisi yang kita warisi daripada leluhur kita ia juga me...
Kuih Tradisional Melayu

Kuih Tradisional Melayu

papar berkaitan - pada 28/2/2023 - jumlah : 308 hits
Kuih Tradisional Melayu Kek Mengikut Pakar Peria Ramai yang mengatakan bahwa jika anda sedang berada di Malaysia maka anda wajib mencuba kuih tradisional Pasalnya ubi raya apam balik lompat tikam dan banyak lagi lagi jenis jenis kuih ini sa...
Sejarah Perkembangan Dan Asal Usul Bahasa Melayu

Sejarah Perkembangan Dan Asal Usul Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 28/2/2023 - jumlah : 262 hits
Sejarah Perkembangan dan Asal Usul Bahasa Melayu1 Untuk mengetahui asal usul Bahasa Melayu kita perlu mengetahui asal usul penutur aslinya terlebih dahulu iaitu orang Melayu Asal usul bangsa Melayu sehingga kini masih kabur tetapi beberapa ...
Hati Hati Dengan Pergunakan Tanjak Dan Baju Melayu Untuk Nak Bodokan Melayu

Hati Hati Dengan Pergunakan Tanjak Dan Baju Melayu Untuk Nak Bodokan Melayu

papar berkaitan - pada 1/3/2023 - jumlah : 178 hits
RAJA SHAHRIMGambar orang cina pakai songkok dijaja semula dengan caption untuk ingatkan orang Melayu agar berhati hati oleh pemimpin PAS YA BETUL BERHATI HATI DENGAN ORANG CINA PAKAI TANJAK SEMASA BERKEMPEN UNTUK DAPAT UNDI MELAYU
Lynas Leads Non China Heavy Rare Earths Production At M Sian Facility

Kursus Kenegaraan Pelatih Ecrl

The Rise Of Nostalgia Tv Why Reboots Keep Winning Audiences

Hiburan 50 Hospital Malaysia Diiktiraf Hospital Terbaik Dunia 2025 Ini Senarai Mengikut Ranking Dari Atas

The Fine Line Between Tired And Unhappy

Nasi Goreng Kerabu Sedap Lain Macam Senang Pula Tu

Setiap Orang Ada

Pengkhianat 2 Kakitangan Jpn Terima Rasuah Dipenjara Setahun Denda Rm10 000


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buah Jambu Air Hijau

Yang Perlu Hanya Smart Brain

Akmal To Anwar We Are Not Obsessed With Najib Just Want Fair Treatment

Take Decisive Action Impose Nationwide Ban On Vape E Cigarettes To Protect Public Health Govt Told

Lorry Driver Charged With Causing Death Of Nine Fru Personnel

Hindari Mafia Tanah Pastibpn Id Ajak Warga Bandung Untuk Urus Sertifikat Elektronik