Neelofa Tercalon Dalam Anugerah Monaco
Pengacara dan pengusaha bisnes hijab, Neelofa bakal 'terbang' ke Monaco kerana selebriti itu tercalon dalam kategori 'Entrepreneur' sempena anugerah berprestij bertaraf antarabangsa, Influencer Awards 2019. Majlis itu bakal berlangsung pada 5 dan 6 Oktober nanti, Neelofa mengakui tidak sangka dirinya tercalon dalam acara anugerah yang dipengerusikan oleh keluarga diraja Monaco.
"Sejujurnya, saya tidak menyangka tercalon dalam anugerah ini. Selain dikelolakan oleh keluarga diraja dan diadakan di luar negara, majlis anugerah ini juga bakal dimeriahkan dengan calon-calon lain daripada negara-negara berbeza.
"Tentulah, menang bakal menjadi satu yang besar kepada saya. Tetapi, saya mahu ke sana kerana merasakan ia masa yang sesuai untuk berjumpa dengan individu-individu berpengaruh lain dan mengembangkan rangkaian saya," kata Neelofa.
Menurut Neelofa, aspek pengangkutan dan penginapan juga disediakan oleh pihak penganjur dan oleh itu dia tidak mahu melepaskan peluang ini. Influencer Awards 2019 Monaco merupakan anugerah yang berprestij. Ini merupakan penganjuran kedua selepas diadakan dengan jayanya pada tahun lalu.
So stoked to be nominated at the Influencer Awards 2019 Monaco! Can’t believe this but Alhamdulillah, so grateful for this opportunity! Can’t wait for the event and can’t wait to share it with you guys! ❤
— Neelofa (@Neelofa) June 23, 2019
"Insya-Allah, saya akan terbang ke sana kerana segala pengangkutan dan penginapan telah disediakan. Peluang ini bukan datang selalu, jadi saya sangat menghargainya. Saya juga berharap agar pencalonan ini dapat memberi inspirasi kepada orang Malaysia lain untuk bermimpi lebih besar dan mencari lebih banyak peluang," katanya.
Anugerah ini direalisasikan oleh Pauline Ducruet iaitu anak sulung kepada Puteri Monaco, Stephanie dan beberapa individu lain seperti Lolita Abraham, Maxime Giaccardi dan Thomas Peters.
Influencer Awards 2018 Monaco diadakan pada 7 Oktober 2018 di Hotel Meridien Beach Plaza. Sebanyak 27 anugerah telah diserahkan pada majlis tersebut.
Antara pemenang pada majlis tersebut termasuklah blogger fesyen dari Perancis, Caroline Receveur (kategori Lifestyle) dan jurumekap Kim Kardashian, Mario Dedivanovic (kategori Make-Up Artist, Influencer).
Sumber: Oh! Media
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.terengganu11.com/2019/06/neelofa-tercalon-dalam-anugerah-monaco.html