Dapat Anugerah Atau Pengiktirafan Dalam Kerjaya Satu Bonus
As k.fiezz penah bitau kat entry >> Terima Anugerah Khidmat Cemerlang 2018 , ni kali kedua k.fiezz dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) ..Kali pertama tahun 2009...Eh berlagak pulak k.fiezz ni kan..haha..eh tak..bukan berlagak..Masa tahun 2009 yang kali pertama dapat APC ni, k.fiezz tak aktif berblog lagi...so tak ada la citer kat dalam blog...
Ni dah ada blog & glamour (guwau je) plak tu..haha...boleh la k.fiezz cerita kat sini...BETUL ke K.FIEZZ PERNAH DAPAT APC Sampai 2XKot ada yang meragui dalam entry sebelum ni yang k.fiezz cakap penah dapat APC 2x..betul ke k.fiezz ni penah dapat 2x APC..iya iya je...takkan la bagus sangat kerja..haha...
Malas nak citer banyak..Ni sijil APC k.fiezz tahun 2009 & 2018..
Alhamdulillah...
TAK BERLAGAK, HOKAYBukan nak berlagak plak..tak ada la nak berlagak pun...Rezeki k.fiezz 2x penah dapat APC..Tak mintak pun..tak bodek bos pun..eh tetiba nama naik untuk dapat APC...Rezeki k.fiezz la ni..Rezeki memasing kan..tak perlu nak jeles-jeles pun..Buat je keja macam biasa...
Kebiasaannya, APC ni ikut giliran staff&officer untuk dapat kat setiap bahagian dalam sektor Kerajaan..Bukan tahun ni, tahun depan sampai turn rezeki orang lain plak...gituuu..So tak ada istilah cemburu...
K.fiezz pun bukan la nak eksen pulak tepek gambar sijil APC kat sini..saja nak story...Dulu tak story masa dapat APC kali pertama tahun 2009 sebab belum masuk lagi ke dunia blogging ni..KERJA = TANGGUNGJAWABApapun yang penting kerja kena ikhlas..bukan aiming semata-mata APC atau dapat pengiktirafan..Kalau dapat, satu bonus..tak dapat bukan bermaksud kita tak bagus.. Cuma besa la dah keja dalam tempat yang ramai pekerja pekerja lain..pesaing pun ramai..Jadi kalau terpilih tu, rezeki sangat...Setiap pekerja ada kelebihan dan kekurangan masing-masing jadi kalau yang tak dapat pulak, mungkin rezeki tak memihak pada korang...Tapi jangan la sebab tak dapat pengiktirafan ni, jadi malas buat kerja plak...Kita kena pertingkatkan lagi usaha dan perbaiki mutu kerja untuk tunjuk yang kita buat kerja atas dasar tanggungjawab dan bukan berharap untuk mendapat pengiktirafan...
cewah..acah2 pakar motivasi plak..haha..idak la nak cakap 'oooo sebab k.fiezz dah dapat 2x APC, boleh bagi nasihat kat orang'..idak tau..ni cuma pendapat k.fiezz je...kalau rasa nak ikut atau tak nak ikut..terpulang...
dapat ke tak dapat APC atau pengiktirafan tu, gaji korang tetap jalan setiap bulan kan..so apa ada hal...
macam k.fiezz bitau tadi, dapat APC atau pengiktirafan ni satu bonus..tu je...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.fiezasani.xyz/2019/06/Dapat-Anugerah-Atau-Pengiktirafan-Dalam-Kerjaya-Satu-Bonus.html