Neelofa Suami Pertimbang Kemuka Representasi Kes Langgar Sop Pkpb


Bernama

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 21 Oktober depan.

Pengacara program televisyen Noor Neelofa Mohd Noor dan suami Muhammad Haris Mohd Ismail kompleks mahkamah di Seremban pada Mei lalu. Gambar: Bernama Pihak pembelaan dalam kes selebriti Noor Neelofa Mohd Noor dan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail akan mempertimbangkan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara berhubung pertuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di sebuah kedai karpet, di Nilai, awal Mei lepas.
Perkara itu dimaklumkan peguam yang mewakili pasangan itu, Muhammad Shafee Abdullah ketika sebutan semula kes di hadapan Majistret Mahyun Yusuf hari ini.
Bercakap kepada pemberita, Shafee berkata: “Saya baru dapat (dokumen) itu, jadi kami akan kaji dokumen ini untuk persiapan pembelaan ataupun untuk membuat satu representasi berdasarkan dokumen yang kami ada supaya tidak buang masa.
“Ia adalah perkara kecil, daripada semut jadi gajah,” katanya selepas prosiding kes berkenaan di Mahkamah Majistret hari ini.
Proses sebutan semula hari ini melibatkan penyerahan dokumen pihak pendakwaan kepada pihak pembelaan yang diketuai peguam Shafee serta Ramzani Idris, Muhammad Farhan Muhammad Shafee dan Syahirah Hanapiah manakala pihak pendakwaan pula diwakili, timbalan pendakwa raya Nor Azizah Aling dan Iznina Hanim.
Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 21 Oktober depan.
Terdahulu, pasangan berkenaan tiba di mahkamah kira-kira 8.40 pagi.
Pada 20 Mei lalu, pasangan itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.
Kesalahan itu didakwa dilakukan mereka ketika berada di sebuah premis menjual karpet di pusat perniagaan Nilai 3, dekat sini, pada 2 Mei lalu dan berdepan dengan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara hingga enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Haris, 26, didakwa atas dua kesalahan gagal mematuhi SOP PKPB dengan tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka di Kedai Naeem Carpet Sdn Bhd, Kawasan Perindustrian Nilai 3, Nilai, pada 4 petang, 2 Mei lalu.
Neelofa, 32, pula dituduh tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk di premis itu atau menulis secara manual pada masa dan tarikh sama.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/neelofa-suami-pertimbang-kemuka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Langgar Sop Bercuti Ke Janda Baik Polis Siasat Vie Shanti Khan

Hiburan Langgar Sop Bercuti Ke Janda Baik Polis Siasat Vie Shanti Khan

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 328 hits
Susulan kenyataan selebriti media sosial yang juga bekas isteri kepada pelakon Eizlan Yusof Vie Shanti Khan yang dakwanya tidak melanggar SOP ketika bercuti ke Janda Baik Pahang pihak polis dilaporkan telah membuka kertas siasatan mengenai ...
Dikerumuni Sampai Langgar Sop Set Squid Game Di Itaewon Henti Operasi Awal

Dikerumuni Sampai Langgar Sop Set Squid Game Di Itaewon Henti Operasi Awal

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 723 hits
Bagi mempromosikan Squid Game set pop up telah dibina di baris 6 kereta api bawah tanah Stesen Itaewon Pun begitu tak sampai beberapa hari tarikan itu disahkan sudah ditutup oleh Netflix memandangkan orang ramai yang melawatinya Menurut Net...
68 Mp Pembangkang Berhimpun Langgar Sop Diberi Diskaun Kompaun

68 Mp Pembangkang Berhimpun Langgar Sop Diberi Diskaun Kompaun

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 180 hits
AGENDA DAILY Ahli Ahli Parlimen pembangkang berhimpun di Dataran Merdeka Semua 68 Ahli Parlimen pembangkang yang berhimpun dan melanggar prosedur operasi standard semasa menghadiri perhimpunan di Dataran Merdeka pada Ogos lalu mendapat disk...
Pulang Duit Curi Bebas Kes Sop Terkini

Pulang Duit Curi Bebas Kes Sop Terkini

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 323 hits
Pembebasan beberapa individu dalam kes berprofil tinggi sejak kebelakangan ini membimbangkan Pakatan Harapan Majlis Presiden PH berkata kes yang membabitkan penyokong parti pemerintah tersebut dilepas dan dibebaskan sama ada dengan memulang...
Kes Suami Cekup Isteri Bawa Kekasih Ke Rumah Pasangan Disahkan Sudah Ditahan

Kes Suami Cekup Isteri Bawa Kekasih Ke Rumah Pasangan Disahkan Sudah Ditahan

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 356 hits
Baru baru ini kecoh di media sosial rakaman berdurasi 44 saat memaparkan seorang suami didakwa telah menangkap isteri curang dengan lelaki lain Menurut laporan Harian Metro perkara itu telahpun disahkan berlaku di kawasan Bukit Katil pada 2...
Kes Ahmad Maslan Adakah Ini Sop Baru Bagi Kes Berprofile Tinggi

Kes Ahmad Maslan Adakah Ini Sop Baru Bagi Kes Berprofile Tinggi

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 580 hits
Oleh MALAYSIA DATELINE October 2 2021Majlis Presiden Pakatan Harapan menggesa Peguam Negara memberi penjelasan terhadap kes yang melibatkan Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan Menurutnya keputusan untuk mendakwa atau menarik penda...
Kes Saman Mujahid Terhadap Harakah Berhubung Isu Sajat Bertelekung Selesai

Kes Saman Mujahid Terhadap Harakah Berhubung Isu Sajat Bertelekung Selesai

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 253 hits
BernamaMujahid selaku plaintif mendakwa kata kata fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau seorang yang tidak bertanggungjawab apabila membenarkan masyarakat khususnya yang beragama Islam terlibat dalam aktiviti LGBT Gambar fail ...
Kes Kerakyatan Anak Ikut Ibu Kerajaan Tak Perlulah Rayu Gesa Nazri

Kes Kerakyatan Anak Ikut Ibu Kerajaan Tak Perlulah Rayu Gesa Nazri

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 299 hits
Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz menggesa kerajaan menggugurkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bahawa anak yang dilahirkan warganegara Malaysia di luar negara turut diberikan kerakyatan secara automatik oleh ibu mereka Lapo...
Kj Perlu Jelaskan Mengapa Kes Bid Masih Gagal Dikurangkan

Kj Perlu Jelaskan Mengapa Kes Bid Masih Gagal Dikurangkan

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 228 hits
Oleh Nurul Aisyah KES Braught in Dead masih tinggi Memang banyak faktor yang menyumbang kepada perkara tersebut Usaha sedang dijalankan untuk mengurangkan jumlah BID Setakat ini hasil masih belum cukup memuaskan Memetik artikel Kadar kemati...
Monolog Jiwa Menunggu Antara Bertahan Dan Menyerah

Lirik Lagu Sesaat Aina Abdul

Hutang Oh Hutang Peningnya Aku

Bayi Kembar Isteri Arwah Masdeh Rosmin Debaran Saat Kelahiran Cucu

Strawberry Manis

Ayam Goreng Berempah Dan Bab Sedekah Penghapus Dosa

Senarai Filem Tahun 2026

Makluman Gempa Bumi Lemah Di Perairan Batu Pahat Johor Pada 27 September 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


17 Tahun Menghilang Kumpulan X Factor Kembali Reunion Buat Peminat Teruja Helok Helok Walaupun Dah Berusia

Didakwa Tak Bayar Hutang Intan Najuwa Razman Razmi Beri Respon Henti Buli Kami Nak Kami Bun H Diri Ke

Tmj Mengulas Isu Fam Dan Fifa

Pemuda Tempuh Perjalanan Lebih Lapan Jam Demi Segulung Ijazah

Izz Wan Demo Ore Comey Chord

Canopy House By Studio Mk27 A White Prism Suspended In Brazil S Atlantic Forest