Nazri Dedah Kisah Buku Hitam Mahathir Yang Gerunkan Menteri



Bekas menteri Nazri Aziz mengenang hari-harinya ketika berkhidmat sebagai menteri Kabinet di bawah pimpinan Dr Mahathir Mohamad terutamanya mengenai apa yang digambarkannya sebagai “buku hitam” yang sering dibawa bekas perdana menteri itu.
“Dia terkenal dengan buku hitam dia. Bila dia keluarkan buku hitam dalam mesyuarat Kabinet, mulalah takut siapa yang kena nanti,” kata Nazri yang berkhidmat sebagai ahli Parlimen lebih dari 25 tahun dalam program temu bual MalaysiaNow, Talk, Now.
Nazri memegang pelbagai jawatan kerajaan dan politik semasa kali pertama Mahathir mengetuai kerajaan termasuk pengerusi Mara dan ketua Pemuda Umno.
Di bawah pimpinan Mahathir, Nazri turut bekhidmat sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, timbalan menteri kewangan dan menteri pembangunan usahawan.
Beliau merupakan antara penentang utama Mahathir ketika bekas perdana menteri itu mengetuai usaha menggulingkan pentadbiran Najib Razak.
Nazri juga sempat digelar biadab ketika menyerang pemimpin veteran tersebut namun tidak mengalah sekali gus membidas pengkritiknya dengan mengatakan Mahathir juga bersikap kurang ajar terhadap Tunku Abdul Rahman ketika akhir 1960-an.
“Masa itu saya berumur 15 tahun dan sebagai orang muda, saya melihat ia merupakan fenomena baru. Saya tengok Mahathir ni lain jadi saya terikut-ikut dengan dia,” kata Nazri kepada pemberita sebulan sebelum kerajaan Barisan Nasional tumbang pada Mei 2018.
Ketika ditemu bual MalaysiaNow baru-baru ini, ahli Parlimen Padang Rengas itu mengakui beliau masih kekal menjadi peminat Mahathir walaupun berbeza pandangan dalam politik sambil menambah ketika berkhidmat dengan pemimpin veteran itu beliau berdepan dengan keadaan senang dan susah.
“Dia perdana menteri selama 22 tahun. Saya cukup senang bekerja dengan dia dan juga cukup susah, sebab kita sentiasa berhati-hati,” kata Nazri.
Beliau berkata sesiapa yang menganggotai Kabinet Mahathir perlu sentiasa bersedia dan berdisiplin.
“Jadi senang, kalau kita buat kerja, dia sukalah. Susah sebab dia ada pressure, bukan dia pressure kita, tapi dia punya aura dengan waktu itu umur sudah 60 tahun lebih, saya baru 40 lebih dah jadi menteri, jadi kita terlalu hormat dan respect. Jadi ini menyebabkan kita rasa takut,” katanya.
Menurut Nazri, jika seseorang ada keberanian untuk bercakap secara berdepan menyatakan pandangan di depan Mahathir, mereka tidak akan menghadapi masalah.
“Jangan cakap benda tak betul, itu saja.”
Beliau turut mengenang secebis nasihat dari Mahathir yang mengatakan sebagai anggota kerajaan mereka perlu jadi “lebih putih dari putih”.
“Bermakna bagi orang politik, kalau dituduh sahaja, itu sudah mencukupi untuk kita melepas jawatan.
“Dia pesan apa perlu pakai kereta cermin gelap, sebagai timbalan menteri, kena dilihat dan telus supaya rakyat nampak,” katanya.
‘Apa yang anda tengok, itulah yang anda dapat’
Nazri turut berkata selain “buku hitam”, Mahathir juga selalu membawa kamera ke mana-mana.
Beliau berkata Mahathir akan mengambil gambar dalam lawatan-lawatannya, hal itu akan menjadi bukti untuk memperkuatkan nota-nota yang beliau catat dalam buku tersebut.
“Jadi saya senang dan susah juga sebab dia memang satu orang yang betul-betul strict. Tapi kita enjoy, tak ada masalah.”
Nazri berkata beliau banyak belajar dari Mahathir sejak masih menjadi pelajar di United Kingdom (UK) pada 1970-an.
Beliau berkata, Mahathir juga biasa melawat UK sebagai menteri pendidikan.
“Dia datang bagi ucapan di Dewan Malaysia di London, saya selalu ikuti ucapan dia.”
Namun, kata Nazri, minat beliau terhadap bekas pemimpin Umno itu hanyalah pada sudut sikapnya yang sentiasa berterus-terang dalam menyampaikan pendapat peribadi.
“Dia satu orang yang apa yang dia fikir, dia cakap, apa yang kita tengok, kita dapat. Dia tak berlakon,” tambahnya.
Laporan dari MalaysiaNow

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/09/nazri-dedah-kisah-buku-hitam-mahathir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mangsa Ustaz Kongsi Kisah Hitam Dorong Mangsa Lain Tampil Buat Laporan Polis

Mangsa Ustaz Kongsi Kisah Hitam Dorong Mangsa Lain Tampil Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 204 hits
M Fakhrull Halim Mangsa takkan pernah lupa itu ayat terakhir dalam hantaran media sosial seorang wanita yang mendakwa pernah menjadi mangsa gangguan seksual seorang lelaki bergelar ustaz Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Sha menyifatkan ...
Menteri Wilayah Semasa Pentadbiran Ph Keluar Minit Sokongan Dedah Portal

Menteri Wilayah Semasa Pentadbiran Ph Keluar Minit Sokongan Dedah Portal

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 172 hits
AGENDA DAILY Tanah Kuala Lumpur Sebuah portal mendedahkan bekas Menteri Wilayah Persekutuan semasa pentadbiran Pakatan Harapan mengeluarkan minit sokongan kepada sebuah syarikat pemaju swasta untuk mendapatkan kelulusan bagi memindahkan plo...
Kit Siang Dedah Rahsia Gembira Khairy Dilantik Menteri Kesihatan

Kit Siang Dedah Rahsia Gembira Khairy Dilantik Menteri Kesihatan

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 189 hits
Malaysiakini Pemimpin DAP Lim Kit Siang secara terbuka hari ini mengakui pelantikan Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Kesihatan adalah satu satunya berita baik dalam peristiwa pembentukan kabinet Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Ahli Par...
Nak Ambil Penang Bukan Mudah Seperti Mengambil Janda Orang Menteri Kena Bersara Diingatkan

Nak Ambil Penang Bukan Mudah Seperti Mengambil Janda Orang Menteri Kena Bersara Diingatkan

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 302 hits
Kedah mahu ambil Pulau Pinang Adakah Kedah mahu DAP jadi MB Oleh MALAYSIA DATELINE September 26 2021Pas disifatkan membuat angan angan Mat Jenin apabila mahu Pulau Pinang dipulangkan kepada Kedah kembali kononnya selepas pajakannya tamat se...
Menteri Pas Harus Letak Jawatan Jika Tidak Mahu Dituduh Bersekongkol Lulus Judi

Menteri Pas Harus Letak Jawatan Jika Tidak Mahu Dituduh Bersekongkol Lulus Judi

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 201 hits
MALAYSIA DATELINEMenteri menteri Pas yang berada dalam posisi kabinet hari ini harus meletakkan jawatan sekiranya tidak mahu dituduh bersekongkol meluluskan kenaikkan cabutan judi Ketua Pemuda AMANAH Terengganu Zamil Ghazali berkata menteri...
Vaksin Tak Wajib Tapi Menteri Mcm Hitler

Vaksin Tak Wajib Tapi Menteri Mcm Hitler

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 304 hits
Guru enggan divaksin berdepan risiko pertukaranArtikel Penuh https www sinarharian com my article 163606 BERITA Nasional Guru enggan divaksin berdepan risiko pertukaran utm source izooto utm medium push notifications utm campaign Guru engga...
Semua Sekolah Di Negeri Fasa 4 Ppn Perlu Bersedia Sepenuhnya Sebelum Dibuka Kata Menteri

Semua Sekolah Di Negeri Fasa 4 Ppn Perlu Bersedia Sepenuhnya Sebelum Dibuka Kata Menteri

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 245 hits
BERNAMA Pihak sekolah perlu memastikan sistem pengudaraan yang baik bagi mengurangkan sebarang risiko penularan jangkitan Covid 19 Menteri Kesihatan Radzi Jidin dalam satu lawatan ke sebuah sekolah di Langkawi yang kini berstuatus Fasa 4 PP...
Tsmy Bekas Perdana Menteri Yang Kena Balun Bekerja Tanpa Honeymoon Period

Tsmy Bekas Perdana Menteri Yang Kena Balun Bekerja Tanpa Honeymoon Period

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 385 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan satu satunya Perdana Menteri yang berkhidmat tanpa honeymoon period semasa zaman pemerintahannya sehingga ke hari terakhir Itu pun beliau tidak meninggalkan habis tugasannya komited melawan COVID 19 sehing...
Lelaki Ini Geram Kenyataan Menteri Kesihatan Yang Flip Flop

Lelaki Ini Geram Kenyataan Menteri Kesihatan Yang Flip Flop

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 140 hits
September 26 2021 KERAJAAN PN BN TOLONG UNTUK TIDAK BODOH SEHARI BOLEH Saya tak faham kenapa menteri atau kerajaan ni sukar menggunakan otak atau barangkali sel sel otak ini sukar bersambung Beberapa hari lepas tular poster berkait pemberia...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023