Nazri Aziz Setuju Dengan Kenyataan Najib Agihan Jawatan Buat Umno Marah



Pendakwaan terpilih di mahkamah antara sebab kepimpinan Umno menarik sokongannya terhadap Perikatan Nasional (PN), kata Nazri Aziz.

Anggota Parlimen Padang Rengas selama enam penggal dan bekas menteri undang-undang itu berkata, pemimpin Umno juga kecewa dengan pembahagian jawatan kabinet dan pelantikan ke jawatan penting tanpa berunding terlebih dahulu.

Tegasnya, ramai berasa kecewa dengan tindak tanduk Bersatu yang dilihat lebih berkuasa sebelum dan selepas pilihan raya negeri Sabah terutamanya berkaitan pelantikan Pegerusi Bersatu Sabah, Hajiji Noor sebagai ketua menteri yang baru.

Nazri berkata, walaupun Umno bersetuju bahawa proses undang-undang harus berjalan seperti biasa, akar umbi parti itu mempersoalkan pelaksanaan "keadilan yang tidak setara".

Katanya, ini jelas berlaku apabila para pemimpin Umno didakwa di mahkamah sedangkan tidak ada tindakan diambil terhadap mereka yang berada dalam parti komponen PN.

"Kita sokong yang kita perlu tegakkan kedaulatan undang-undang berkenaan Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi, tetapi kita ingin tahu apa yang terjadi pada siasatan terhadap video seks pemimpin kerajaan?" soal Nazri.

Dalam mesyuarat yang dipengerusikan presiden Umno, Zahid Hamidi baru-baru ini, Biro Politik Majlis Tertinggi Umno memutuskan bahawa parti itu harus mempertimbangkan untuk menarik sokongan terhadap PN.

Selain itu, ia juga menetapkan syarat baru untuk terus bekerjasama dengan kerajaan.

"Ada juga isu tuduhan membeli pemimpin Umno untuk melompat ke Bersatu," kata Nazri seperti dipetik portal The Vibes.

"Mengapa pihak berkuasa menghentikan siasatan mengenai perkara ini? Tidak boleh ada pendakwaan terpilih. Inilah menyebabkan kepemimpinan Umno dan akar umbi marah," katanya.

Ramai dalam Umno dikatakan tidak berpuas hati apabila Bersatu diberi lebih banyak jawatan dalam kabinet sedangkan Umno memiliki jumlah kerusi parlimen paling banyak di kalangan parti- parti PN.

Selain itu, ramai yang tidak berpuas hati apabila Umno terpaksa memberi laluan kepada Bersatu untuk bertanding di beberapa kerusi semasa pilihan raya Sabah baru-baru ini.

Di peringkat akar umbi, Nazri berkata Bersatu sudah mulai membuat tuntutan dan mengambil alih beberapa jawatan ketua kampung yang secara tradisi disandang oleh Umno.

"Akhirnya, ada masalah pelantikan pemimpin Umno sebagai pegawai di bawah ahli politik Bersatu, tanpa terlebih dahulu berunding dengan kami, seperti kes di Perak baru-baru ini," katanya, merujuk pelantikan pelantikan Adun Pengkalan Hulu, Aznel Ibrahim sebagai setiausaha politik kepada Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu dari Bersatu.

"Ini hanya usaha memecahbelahkan kita. Jadi, tentu saja, kita tidak gembira. Jangan cuba perlekeh atau pecah belahkan kita, "kata Nazri.

Umno berada dalam BN, yang bersama-sama Bersatu, PAS, GPS dan PBS, membentuk pakatan politik bagi membentuk kerajaan berikutan Langkah Sheraton, yang menyaksikan kerajaan PH tumbang pada penghujung Februari lalu.

Bagaimanapun, hubungan antara Umno, Bersatu dan PAS menjadi semakin rumit terutama dalam isu pembahagian kerusi pada pillihan raya.

Umno pada masa ini memiliki 39 kerusi Parlimen sementara Bersatu menguasai 31 kerusi, diikuti oleh PAS sebanyak 18 kerusi.

MR :   UMNO kalau tak boleh jawatan boleh jadi giler 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/10/nazri-aziz-setuju-dengan-kenyataan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Berang Dengan Pendakwaan Selektif Agihan Jawatan Nazri

Umno Berang Dengan Pendakwaan Selektif Agihan Jawatan Nazri

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 188 hits
MALAYAIAKINI Pendakwaan terpilih di mahkamah adalah antara sebab kepimpinan Umno menarik sokongannya terhadap Perikatan Nasional kata Nazri Aziz Anggota Parlimen Padang Rengas selama enam penggal dan bekas menteri undang undang itu berkata ...
Dr M Marah Sebab Anak Dia Mukhriz Kalah Tanding Naib Presiden Umno Najib

Dr M Marah Sebab Anak Dia Mukhriz Kalah Tanding Naib Presiden Umno Najib

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 219 hits
on AHLI Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak membuat andaian kemarahan Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad bermula selepas anaknya Datuk Seri Mukhriz tewas dalam pertandingan merebut jawatan Naib Presiden UMNO Najib berkata ...
Ini Sebab Umno Marah Najib Senarai Sebab Dalam Facebooknya

Ini Sebab Umno Marah Najib Senarai Sebab Dalam Facebooknya

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 229 hits
Ada yang sokong dan ada yang kritik kenyataan UMNO semalam untuk pertimbangkan sokongan pada kerajaan PN dan meletakkan syarat Keputusan ini adalah keputusan sebulat suara Biro Politik UMNO dan disokong oleh semua ketua perhubungan setiap n...
Keputusan Umno Pertimbang Keluar Pn Munasabah Kata Najib

Keputusan Umno Pertimbang Keluar Pn Munasabah Kata Najib

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 247 hits
19 total views 19 views today Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan keputusan UMNO mempertimbangkan semula kerjasama dengan Perikatan Nasional munasabah dan tidak keterlaluan Beliau berkata tindakan tersebut mampu mem...
Najib Backs Party Decision Says Grassroots Unhappy With Umno Bersatu Cooperation

Najib Backs Party Decision Says Grassroots Unhappy With Umno Bersatu Cooperation

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 264 hits
Former prime minister Najib Abdul Razak has revealed that grassroots dissatisfaction over Umno s imbalanced relationship with Bersatu is the reason why he supports the Umno political bureau s decision to consider withdrawing support from th...
Umno Tak Akan Hukum Zahid Najib Sekiranya Mereka Sokong Anwar Kata Penganalisis

Umno Tak Akan Hukum Zahid Najib Sekiranya Mereka Sokong Anwar Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 359 hits
freemalaysiatoday com October 21 2020 12 31 PMUmno tidak mungkin mengambil tindakan disiplin terhadap Presiden Zahid Hamidi dan bekas presiden Najib Razak sekiranya benar kedua duanya menyokong usaha Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana ment...
Umno Won T Punish Zahid Najib Even If They Back Anwar Say Analysts

Umno Won T Punish Zahid Najib Even If They Back Anwar Say Analysts

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 299 hits
Umno is unlikely to take disciplinary action against its president Ahmad Zahid Hamidi and his predecessor Najib Razak if it is true the two are backing Anwar Ibrahim s bid to become prime minister PETALING JAYA Two political analysts have v...
Accused Of Insulting Rulers Najib Clarifies Bersatu The One Who Asked Umno Pas To Form Perikatan Govt

Accused Of Insulting Rulers Najib Clarifies Bersatu The One Who Asked Umno Pas To Form Perikatan Govt

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 283 hits
Datuk Seri Najib Razak arrives at the Kuala Lumpur High Court October 13 2020 Picture by Shafwan ZaidonKUALA LUMPUR Oct 14 Former prime minister Datuk Seri Najib Razak has clarified that it was Parti Pribumi Bersatu Malaysia that had asked ...
Najib Beri Senarai Mengapa Umno Harus Tinggalkan Muhyiddin

Najib Beri Senarai Mengapa Umno Harus Tinggalkan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 217 hits
malaysiakini comDikemaskini Hari ini 6 16 pmULASAN l Ada yang sokong dan ada yang kritik kenyataan Umno semalam untuk pertimbangkan sokongan pada kerajaan PN dan meletakkan syarat Keputusan ini adalah keputusan sebulat suara Biro Politik Um...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults

Is It Really Good Reading The Newspaper Daily