Naza Kia Picanto 2020 Kami Bawa 110km J Tidak Membuai
SOURCE : Naza Kia Picanto 2020: Kami Bawa 110km/J Tidak Membuai appeared first on Portal Mypt3.
Naza Kia Picanto 2020: Harga Terbaik Dari Naza Kia Malaysia
Kali ini kami nak berita sedikit mengenai ciri kereta Kia Picanto 2020, bagaimana rasanya bila memandu dan bawa model kereta ini.
Modle ini boleh dikatakan rival yang agak kuat jika dibandingkan dengan model kereta Honda Jazz ataupun Perodua Myvi baru serta tidak lupa juga kadang-kadang ada juga yang bandingkannya dengan Perodua Axia.
Dengan harga Kia Picanto 1.2 EX RM52,000, apa yang bakal anda perolehi?
Kata orang, penampilan kereta ini lebih menampakkan pemilikan yang sesuai kepada kaum hawa. Benarkah. Tetapi terus terang kami katakan apabila bawa kereta ini, tidak rasa MALU. Sebab? Nah…ini sebabnya yang kami kongsikan kepada anda.
5 Kelebihan Kia Picanto 2020
Dibandingkan dengan harga Kia Picanto yang dahulu sekitar RM60,000 lebih dengan saiz yang kecil. Tetapi dengan versi 2020 sangat berdaya saing. Antaranya ialah :
Kereta ini memang sedap mata memandang luar (exterior) dan dalam (interior). Bawa pun sedap dikala kelajuan 120km/j tidak membuai.
Dikala kami bawa 110 km/j dan….. dengan bantuan 4 disc brake, kami berhenti kereta dengan mengejut pun sangat-sangat mudah! Kadar cengkaman lebih seimbang.
Bawa tanpa ada rasa masalah kerosakan di mana Naza Kia Malaysia dengan senang hatinya memberikan 5 tahun jaminan (WARRANTY) tanpa had perjalanan
Ruang belakang yang diberikan agak luas ditambah dengan tempat duduk yang disediakan selesa.
Mutu audio? PELIK! Kami rasa Kereta Segmen B pun kalah.
Kekurangan
Untuk yang ada anak kecil memerlukan penggunaan stroller, ruang boot belakang agak kecil. Sukar untuk kami memasukkan stroller
Cakap-cakap kos maintenance kereta Kia ini mahal, dulu ya kami akui ada benarnya.
Tetapi selepas kami sendiri membuat perkiraan untuk perjalanan 100 ribu kilometer, lebih kurang sahaja kos dan perbelanjaan penyelenggaraan kereta ini dibandingkan model kereta lain untuk segmen yang sama.
Ditambah sekarang ini pusat servis Kia di seluruh Malaysia pun sudah semakin bertambah, iaitu sudah 54 jumlah kesemuanya (service center).
FAKTA: Jenama Kia? Eueeewww….Ini semua persepsi khalayak umum adalah perkara biasa. Tetapi, tahukah anda jumlah jualan Jenama adik beradik ini Hyundai dan Kia di pasaran dunia adalah LEBIH BANYAK berbanding :
Kumpulan PSA : Peugeot & Citreon
Honda
Mazda
P/S : Untuk anda yang mencari-cari kereta untuk bawa di kawasan bandar, mungkin model kereta ini boleh dipertimbangkan!
SOURCE : Naza Kia Picanto 2020: Kami Bawa 110km/J Tidak Membuai appeared first on Portal Mypt3.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mypt3.com/harga-kia-picanto-naza